July 10, 2020

Kebaikan Bercium pon ada?

Mestilah ada, tapi bukan untuk semua, hanya kepada mereka yang sudah disahkan/dihalalkan aje ye..

Ok, tolak pasal rasa ghairah, apa lagi faedah bercium?

Ada kajian mendapati bercium  baik untuk kesihatan.

1- Boleh membantu melancarkan sistem peredaran darah ke jantung, dan boleh membantu jantung berdegup hingga 110 degupran per minit..

2- Selain sistem jantung, bercium juga boleh membantu sistem paru-paru. Ketika bercium, didapati 60 kali tarikan nafas untuk setiap minit jika dibandingkan hanya 20 kali tarikan nafas untuk setiap minit.

3- Eh bercium pon boleh mencegah gigi berlubang?

4- Bercium selama 3 minit juga boleh melawan rasa stress dan bercium dalam waktu lama boleh menghapuskan hormon stress.

5- Tahukah anda, pasangan yang bercium pada setiap pagi sebelum ke tempat kerja, rata-rata mempunyai jangka hayat 5 tahun lebih lama daripada pasangan yang tidak melakukan rutin ini. 

6- Bercium mampu membakar kalori dan meningkatkan metabolime badan. Ada yang mengatakan, bercium secara ghairah 3 kali setiap hari, boleh membantu menghilangkan berat bada. Wow!

7- Aktiviti bercium menggunakan lebih kurang 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Secara ghairah, bercium mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah..

8- Bercium juga boleh mengurankan masalah perut. Erk camano tu?

 

Cukuplah 8 hujah je boleh aku bagi. Ini pun aku amik random daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai ataupun tidak..fakta ke auta, itu pon aku tak pasti. hahah..Janji kalau dikatakan boleh memberi faedah, apa salahnya dijadikan aktiviti harian.

TAPI AWAS!

HANYA UNTUK PASANGAN YANG HALAL DARI SEGI SYARAK, a.k.a SUAMI ISTERI! SELAMAT BERCIUM!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Kebaikan Bercium pon ada?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *