Coway adalah jenama penapis air pilihan rakyat Malaysia hari ini. Kebanyakan rumah-rumah di Malaysia terdapat sebuah penapis air untuk menjamin kebersihan air yang diminum setiap hari. Oh ye, produk Coway ni bukan sahaja penapis air, ada juga penapis udara dan lain-lain lakukan selepas kematian penama. Info ini, kami kira penting untuk dikongsikan bersama.
Kalau tiba-tiba saya mati, siapa nak sambung bayar saya punya Coway?
Anak isteri ke kena sambung bayar? Hutang Coway macamana?
Tahun lepas saya ada seorang pelanggan Coway yang baru pasang sebulan, lepas tu dia meninggal.
1. Kena maklumkan ejen atau pihak Coway tentang kematian pelanggan. Standby siap-siap dokumen kematian daripada JPN dan Balai polis.
2. Selepas Coway maklum, tunggu dia proses. Dia akan call untuk tanyakan jika ada yang sudi menyambung bayar.
3. Jika ada yang nak sambung, kena buat urusan pemindahan akaun yang baru.
4. Kalau tiada yang sudi sambung bayar, Coway akan ambik balik mesin.
5. Kontrak sewa beli akan terbatal, akaun si mati dengan Coway pun terbatal.
6. Tiada sebarang hutang atau tuntutan kepada si mati daripada pihak Coway.
Kredit : Coway Malaysia Sdn Bhd
Terima kasih, sangat membantu sebab saya pun pakai Coway di rumah.
Ouh rupa-rupanya begitu prosesnya. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.