Kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia selepas 3 bulan dipaksa ‘berkurung’ di rumah. Pastinya ramai yang merancang merentas negeri dan melancong di dalam negera. Pulau Pinang menjadi pilihan ramai kerana tempatnya yang cantik dan menawarkan variasi pilihan makanan yang enak dengan harga berpatutan.
Nak tahu makanan sedap yang anda boleh nikmati di Pulau Pinang? Jom baca perkongsian di bawah:
#1- Nasi Kandar
Nasi kandar sememangnya sinonim dengan negeri Pulau Pinang kerana bila sebut saja nasi kandar semua orang mesti akan terlintas nama Pulau Pinang difikaran mereka. Dan perkataan “kandar” sebenarnya berasal daripada tradisi penjaja nasi pada zaman dahulu kala di mana mereka mengandarkan periuk nasi dan lauk pauk pada sebatang kayu yang dibawa oleh mereka untuk dijual kepada pelanggan.
Nasi kandar sangat mudah untuk didapati apabila anda berada di Pulau Pinang kerana boleh dikatakan restoran dan gerai makanan yang menjual nasi kandar berada di mana-mana. Akan tetapi tidak semuanya menyediakan nasi kandar yang terbaik dan berpatutan namun anda tidak perlu risau kerana anda boleh melayari internet untuk mencari yang sesuai dengan bajet anda atau sebagainya.
#2- Cendol
Cendol merupakan pencuci mulut yang sangat disukai ramai bukan saja oleh rakyat Malaysia kerana iklim di Malaysia yang panas malah terdapat juga pelancong yang sangat menggemari hidangan ini. Terdapat banyak restoran dan gerai yang yang menyediakan hidangan ini di serata Malaysia. Jika di Pulau Pinang perniagaan cendol secara umumnya merupakan perniagaan yang menggunakan resepi warisan turun temurun.
Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau,pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan-bahan asas ini, cendol juga sesuai di tambah bahan yang lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, jagung dan juga durian bergantung kepada selera anda. Pulau Pinang merupakan tempat yang sesuai untuk mencari hidangan cendol yang pelbagai.
#3- Pasembur
Pasembur merupakan salah satu menu yang harus di cuba apabila berada di Pulau Pinang. Secara lazimnya pasembur biasa dinikmati bersama cucur udang yang rangup, hirisan timun, sengkuang, telur dan beberapa lagi bahan tambahan seperti sosej, ketam berempah bersama kuah kacang dan sotong goreng.
Jika di Pulau Pinang, hidangan ini biasanya mudah didapati di Persiaran Gurney, Padang Kota Lama dan tapak penjaja di sekitar Jelutong.
#4- Laksa Penang
Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Di negara kita, laksa mempunyai pelbagai jenis versi seperti Laksa Utara, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak dan banyak lagi dan Laksa Penang juga tidak ketinggalan.
Laksa amat terkenal di Pulau Penang. Terdapat beberapa orang yang mengatakan semua jenis laksa ini sama, akan tetapi mereka salah kerana sebenarnya terdapat beberapa perbezaan sebenarnya.
Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan. Contohnya laksa Johor di katakan paling enak di sediakan dengan ikan parang. Kuahnya yang pekat dan berempah pula di makan bersama spaghetti.
Berbanding laksa Kelantan atau lebih popular di panggil laksam mempunyai kuah putih lemak dan kebiasannya menggunakan ikan selayang. Laksam di makan dengan mee laksa yang di buat sendiri dari tepung beras, itulah keunikan laksa Kelantan dan laksa Johor yang lain daripada lain.
Laksa Terengganu pula di katakan mempunyai dua kuah yang berbeza, satu kuah merah yang berempah dan di masak dan satu lagi kuah putih yang tidak di masak. Laksa Perak pula dikatakan lebih masam walaupun di katakan seakan laksa Penang.
#5- Char Kuey Teow
“Char Kuey Teow Penang” bagaikan sebuah kombinasi yang tidak boleh dipisahkan kerana apabila disebut Char Kuey Teow mesti perkataan Penang akan berada dibelakannya.
Secara umumnya, ramuan yang digunakan untuk membuat hidangan ini hampir sama, namun seperti masakan tomyam, teknik masakan dan juga kuantiti bahan-bahan yang digunakan memberi identiti yang tersendiri kepada hidangan ini.
Jika di Pulau Pinang, antara restoran yang terkenal dengan hidangan Char Kuey Teow ialah Sany Char Kuey Teow, Char Kuey Teow Al-Karia, Wadie Char Kuey Teow dan banyak lagi.
#6- Popia Basah
Popia boleh dikatakan satu hidangan yang menjadi kegemaran para penduduk Malaysia. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat hidangan ini sangatlah ringkas iaitu taugeh, sengkuang, lobak dan juga kacang.
Semua bahan yang segar ini kemudiannya akan dibalut dengan kulit popia yang halus dan juga lembut bersama sos istimewa yang pedas dan manis. Di Pulau Pinang, popia basah menjadi kegemaran orang ramai tidak kira bangsa dan juga agama.
#7- Rojak Buah
Rojak buah merupakan kombinasi buah-buahan seperti mangga, nenas, sengkuang, jambu air dan juga timun yang diadun dan digaul bersama ‘petis’ atau kuah rojak dan taburan kacang. Rojak Tonggek Pantai Road sangat sinonim dengan negeri Pulau Pinang di mana variasi buah-buahan dicucuk dengan lidi dan dicecah dengan kuah rojak dalam mangkuk.
Berada Di Penang Tapi Malas Nak Keluar Cari Makan? Apa Susah, Foodpanda Kan Ada!
Semua dah sedia maklum, Foodpanda adalah antara servis penghantaran makanan yang boleh dibuat dengan mudah secara online. Hampir seluruh negara ada Foodpanda ini termasuklah juga di Penang.
Jadi jika teringin nak makan itu dan ini, walau terasa malas nak keluar dari rumah (lagi-lagi dengan adanya virus Covid19), tak perlu nak susah hati dan pening kepala.
Guna saja aplikasi Foodpanda bagi mendapatkan food delivery penang kemudian bolehlah menikmati makanan pilihan masing-masing bersama yang tersayang dengan rasa bahagia dan aman di dalam rumah sendiri.
Hoi gi Penang tak ajak kami..
sebagai penggemar popia, popia basah kat penang tu wajib cuba. kuah dan kulitnya rasa lain dari yg lain
Menarik sekali, isi artikelnya bagus bisa jadi referensi, padat dan berisi.
Artikelnya bermanfaat sekali, boleh nemu dari google, semoga bisa jadi bahan refensi, ditunggu artikel selanjutnya
Ya kalau tak boleh keluar order sahaja guna foodpanda. 🙂