Menu sihat terbaru daripada Kenny Rogers Roasters(KRR) kembali lagi. Memang sesuai untuk sapa-sapa yang sedang amalkan diet sihat. TERRIFIC TERIYAKI TREAT kali ni mengandungi 5 set hidangan yang boleh dicuba bersama keluarga atau kawan-kawan.
Dengan tawaran harga bermula dari RM12.90, pasti berbaloi dengan rasa, kualiti dan juga kuantitit dari KRR ni kan. Aku konfiden cakap sedap sebab dah cuba kesemua set TERRIFIC TERIYAKI TREAT ni. Kenny Rogers Roasters tak pernah mengecewakan. Rasa unik rasa Asia memang sesuai untuk hidangan di hujung tahun ni kan.
T-Wrapped Chicken datang lagi. Tak silap aku, awal tahun hari tu pun ada menu wrap wrap ni. Kali ni rupa sama, tapi rasa pasti berbezalah kan. Ayam segar diperap dengan special teriyaki sauce bersama rempah-ratus rahsia dan dibakar hingga masak sempurna. Set ni dihidangkan bersama Aromatic rice, mushroom chicken soup dan Kenny’s Homemade Muffin. Harga untuk satu set ni adalah RM18.50.
Mesti ramai peminat Kenny’s Homemade Muffin kan?
Ayam yang dimasak sempurna dalam wrap tu pasti rasa lebih ‘deep’. Sampai ke dalam isi ayam terasa rempah rahsia T-Wrapped Chicken ni tahu.
T-Chic Steak, sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet protein. Set ni adalah bahagian dada seksi ayam bersama sos teriyaki yang dipanggang sempurna dan dihidangkan bersama tiga side-dishes. Kalau rasa tiga side dishes ni banyak, korang boleh pilih Lite T-Chic Steak seperti kat bawah ni. Harga menu ni adalah RM19.60, ok la kan.
Lite T-Chic Steak-RM16.50.
T-Chic Rice. Ini untuk mereka yang tak boleh takde nasi. Rice lover! Dada ayam dipanggang bersama sos teriyaki dan dihidangkan dengan Aromatic rice+Mushroom Chicken Soup.
T-Chic Salad ni lain sikit. Ni ayam panggang bersama sos teriyaki yang dibaringkan seksi di atas salad dan dihidangkan bersama Mushroom Chicken Soup. RM12.90 untuk set T-Chic Salad/T-Chic Rice aku rasa masih berbaloi dan affordable untuk dinikmati dengan gembiranya.
Amacam? Terliur tak?
Mungkin KRR boleh dimasukkan dalam senarai tempat makan menarik untuk dikunjungi bersama anak-anak sempena cuti sekolah hujung tahun ni kan. Boleh check lokasi KRR yang terdapat di seluruh Malaysia di website Kenny Rogers Roasters Malaysia.
Selamat menjamu selera ya!
kenny rogers..memang jenama yang popular dan sudah pasti puas hati kalau dapat makan kat sana..
Nampak sedap menu kali ni. Terutamanya ayam tu.
Singgah BW di sini. Nak follow tapi tak tahu nak klik button mana.
Ada masa silalah jenguk blog saya. 🙂
Memang nampak sedap ayam tu, pekena kuah dia memang terangkat la jawabnya hehe.
bila nak repeat ni bro…macam nak lagi la T-Wrapped Chicken tu..terbaik woo !
Nice…. kuah teriyaki tu memang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak…kalau aku mesti mesti mintak kuah extra laaa
Harga tak mahai…bagus review JMR ni…berjaya memikat julia nak bawa suami mkn sini yeyyyyyyyyy
suka dgn T-wrap tu… sedap…
Wahhh..tetiyaki tuu..
Lama tak makang nihh..