December 5, 2020

The Best Pau in Town-Jertih, Besut.

Hujung minggu lepas, berkesempatan pulang ke kampung aku di Besut, Terengganu. Sampai di sana petang Sabtu, pagi Ahad dah gerak balik. Penat? Of kos, sebab travel time saja, at least makan masa 8jam. Tapi tak kisah, sebab itu tanggungjawab aku sebagai pemegang jawatan ‘anak sulung’ ..;-)  Sampai lebih kurang jam 1.00petang..lepas lunch, rest sebentar sambil layan drama ‘Projek Memikat Suami’ ..oh ye, trip kali ni tanpa Dayyan & wife aku.

 

On the way dari KL ke Besut, ada berborak dengan umi pasal the best pau in town yang menjadi feveret aku sejak kecik. Aku aim, bila petang nak ke bandar Jertih dan beli pau ikut nafsu. Kami panggil ‘pau mamat’. Tak pasti lak nama/brand sebenar. Kalau dulu, ayah kepada brader dalam gambar ni yang menjual menggunakan basikal, sekarang ni menggunakan van dengan perkakasan mengukus pau yang masih klasik. Lokasi adalah di depana KFC/Pizza Hut/Anakku di jalan utama bandar jertih a.k.a right after Masjid Hadhari Jertih. Rasanya lepas waktu Asar, brada ni dah mula berniaga.

The best pau in town ni ada 3 inti ; ayam, kaya dan kacang. Yang pau ayam besar tu paling besar, siap ada telur lagi ala-ala karipap IKEA. Pau ayam normal just RM1.00. Masa aku sekolah luh, 50sen je..huhuhu..pau kaya/kacang lak 80 sen je. Petang tu, aku amik pau ayam besar 8 biji, kaya 4 biji. Cukuplah untuk lepaskan rindu kan..hehe..

 

Tipikal style pau ayam yang aku makan di luar sana, mempunyai isi ayam hancur-hancur, pendek kata di’blend’ hancur. Tapi yang kat sini, isi ayam boleh rasa seketul-ketul. Tak pedas dan tak terlalu manis. Isi ayam memang lembut. Isi ye, bukan lemak ayam mahupun hati ayam. Arghhh melelah lak air liur aku nak ‘describe’kan rasa pau ni..hahaha.. Ok lah. Kang aku cerita panjang-panjang, aku lak yang terseksa. So, kalau korang ada plan ke Pulau Perhentian, boleh singgah di bandar Jertih ni. Tak jauh pun..tak jumpa tempat, boleh call aku..hehehe.. Burp!!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “The Best Pau in Town-Jertih, Besut.

  1. Hahaha…pernah gak makan pau ni..memang best dan tak jemu makannya..ha ah..biasanya lepas asar ala la abang ni jual..hehe

  2. Pau ayam RM1 je, sangat berbaloi. pau kukus macam ni memang lebih sedap dan gebu banding guna dapur moden. Kena inti yang ada resepi turun temurun, mesti terangkat punyalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *