Dah pekena Coconut Shake Klebang, perjalanan diteruskan menuju ke Bandar Hilir.
Ingatkan nak check in hotel tapi memandangkan dah agak lewat, kena cari juadah makanan tengah hari dulu. Kalau tak, kesian lak isteri mengandung dan baby dalam kandungan kan.
[ Panduan Memasak Nasi Arab Ayam ]
Tak sah kalau datang Melaka tak mencari menu asam pedas. Restoran Asam Pedas Selera Kampung menjadi pilihan kali ini. Restoran ni terletak tak jauh dari Menara Taming Sari di tengah Bandar Hilir. Ada dua bahagian, yang kat dalam, berhawa dingin dan di luar tak berhawa dingin.
Ada pelbagai jenis masakan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. Menu utama semestinya asam pedas (pari/ikan parang), daging salai, ketam masak lemak, udang galah masak lemak, ikan keli masak chili, siput sedut, cencaru sumbat, ulam-ulaman dan bermacam lagi. Pilih saja, tepuk dada tanya selera.
Pilihan aku kali ni, daging salai masak lemak. Agak pedas tapi tetap kena dengan selera aku. Daging salai dipotong nipis dan sangat lembut. *lapairliur….
Asam pedas ikan parang. Kena hati-hati makan ikan ni sebab tulang ikan agak banyak. Ingatkan pedas menu asam pedas ni, tapi langsung tak. Mungkin kalau dipedaskan sedikit, rasa lebih umpphh..
Sayur kangkung tu sedap. Masakan kampung sebegini, makan dengan nasi panas + telur masin setengah biji, memang membangkitkan selera. Aku siap bertambah sepinggan nasi lagi..hehehe..
Korang yang datang area Bandar Hilir ni, bolehlah singgah ke sini. Recommended. Walaupun aku rasa harga kat sini agak tinggi sedikit. Harga untuk makan tengah hari kami kali ni, RM34 termasuk air (sirap). Tapi masih berbaloi dengan rasa dan kuantiti.
Burpp..alhamdulillah.
Perh, tengok gambar pun dah nampak sedap, kalau dapat makan apatah lagi. Terbaik, memang terbaik.
Meleleh air liur. Sangat menarik dan sangat membantu. Selalu kalau bercuti di Melaka, orang tak tau nak cari kat mana makan sedap. Btw, kat sini untuk lunch je ke?
haha tempat yg sama.. slalu datang ke sini klau ke melaka..
haha….lama dah tak makan asam pedas….
Sedap dan menyelerakan even hanya tengok gambar..
Malam-malam baca entri ni buat perut berkeroncong.. Telur masin tu memang penambah selera
Jumpa entri di kala malam begini membuatkan perut saya menjerit-jerit minta diisi….terus lapar
pehhh..
nampak menyelerakan sungguh nih..
Perghhhh best tu JMR, julia pernah buat entry di restoren yang sama bulan lepas, memang best tgk daging salai masak lemak tu, hari tu tak amik lauk tu…pas ni kena patah balik melaka la jawabnya…
#nangisbaca hehhehe
wuuuuuuuuuuuuu lapar
uit terus lapar ni..tak brekpes ke?
baru p ni. memang sodap!
baru p gak ye