Pesanan khidmat masyarakat.
Sediakan simpanan kecemasan minimum 3 bulan belanja
Pastikan takaful anda
1) fully covered minimum 10 tahun belanja kalau mati dan tpd
2) ada pampasan sakit kritikal minimum 5 tahun belanja atau separuh dari no 1
3) medical card annual limit 500k minimum
Anda nak bayar berapa lama tu, check poket anda. Rules utk 3 items tu adalah 5-10% gaji. Tak termasuk lagi untuk anak anak.
Invest di tempat low risk dahulu, kemudian medium dan high risk.
Low risk – ASB, ASN, AHB. Selamat dan pulangan memuaskan.
Medium Risk and Liquid – ASBf, Unit Trust. Ada 600 Unit Trust yang ada. Buat portfolio Unit Trust. Jangan masuk hanya satu unit trust sahaja. Jangan masuk hanya dari satu company sahaja. Sekali lagi, kuncinya adalah portfolio. Kalau tak tahu, cari financial planner.
Medium Risk non Liquid – Beli hartanah. Pastikan long term target. Tak perlu kreatif sangat nak short term melainkan poket dah penuh.
High Risk – Saham. Labur atau trade. Kena belajar. Tak belajar memang ke laut nanti. Jangan nak untung terlalu cepat, jangan hanya masuk kaunter murah. Invest in business rather than quick gain. Kalau dapat cepat tu Alhamdulillah, tapi jangan guna semua duit modal untuk quick strategy macam tu.
Kalau ada modal besar, elok bagi Licensed Fund Manager.
Zakat – bayar zakat pendapatan dan zakat harta.
Cukai – bayar cukai yer. Jangan lari. Kalau terkena banyak, minta bayar installment pun ok 😆😆😆.
Hutang – kurangkan hutang monthly installment, hutang pinjaman peribadi, hutang credit card, hutan kereta.
Pusaka – buat wasiat walaupun harta sedikit. Buat hibah kalau ada keperluan memberikan harta kepada yang kita mahukan ikut kehendak kita.
Sumber: FB Alwi Adam
10 tahun tu minimum. Dengan ada persediaan awal, waris atau keluarga yang di tinggalkan ada sedikit wang belanja untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Tips yang simple dan menarik. Tapi nak buat, perlukan komitmen yang tinggi
Assalamualaikum. Terima kasih diatas perkongsian ini. Nanti sy akan amalkan dlm kehidupan ini. Jemputlah ke blog abe kie nanti…
HI, SALAM KENAL.
JEMPUT SINGGAH BLOG SY, ESPECIALLY KEPADA YANG NAK BUAT SIDE INCOME DENGAN JAMU TUN TEJA
https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html
Yes I totally agree with you that writing a will is very important indeed. 😀