April 24, 2024

4 Perkara Ini Berubah Selepas Hadir Seminar Labur Saham Asri Ahmad Academy

Pada mereka yang mula berjinak-jinak dalam pasaran saham Malaysia atau sedang mencari ilmu labur saham, Seminar Labur Saham 2019 yang dikendalikan sendiri oleh Mentor Pelaburan No.1, Tuan Hj.Asri Ahmad adalah program yang WAJIB kau orang sertai.

Aku bukan sembang kencang. Aku sendiri dah pun menyertai Seminar Labur Saham yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada hujung minggu lepas. Hujung minggu beb!

Walaupun hujug minggu, dewan tetap penuh. Dari jumlah peserta yang hadir, dah terbukti, seminar Labur Saham anjuran Asri Ahmad Academy ini bukanlah seminar biasa-biasa. Antara seminar saham terbaik yang ada di Malaysia!

seminar labur saham hj asri

Jika ada yang bertanya “apa yang best sangat Seminar Labur Saham ni?”, pasti mengambil masa yang lama untuk aku bercerita. Pada aku, seminar ini ada keistimewaan yang tersendiri. Paling best adalah, tiada ahli panel atau speaker lain yang terlibat dalam seminar ini. Hanya Tuan Hj Asri Ahmad sahaja yang berdiri di pentas untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam dunia pasaran saham, sama ada di Malaysia atau pun luar negara.

Minat beliau yang mendalam dalam berkongsi ilmu sangat ketara. Jelas kelihatan.

Bayangkanlah, dari jam 8.30 pagi sehingga 2.3 petang, “non-stop” beliau di atas pentas memberi dan berkongsi ilmu saham yang penting dan berguna, terutama kepada mereka yang hendak mula melabur saham. Serius, aku yang kat bawah sekadar mendengar pun terasa penat dan laparnya, tetapi Tuan Hj.Asri sangat energetik dan serius mengajar di atas pentas!

mentor pelaburan saham no.1 Malaysia
Bersama Mentor Pelaburan No.1 Malaysia – Tuan Haji Asri Ahmad

Selama 6 jam bersama Tuan Hj.Asri, banyak input terkini dan ilmu asas teknikal dalam berdagang di pasaran saham yang aku perolehi. Sangat banyak dan amat berbaloi dengan harga yang dibayar untuk seminar ini.

Jika sebelum ini, banyak tanggapan atau stigma negatif terhadap jual beli saham di Bursa Malaysia, namun semua itu hilang selepas di”brainwash” oleh Tuan Hj.Asri.

Aku pasti, 4 perkara ini selalu difikirkan oleh orang kita dan menjadi sebab utama kepada bangsa kita takut untuk terlibat dalam jual beli di pasaran saham.

1# Saham Bukan Hanya Untuk Orang Kaya

Pada kau orang yang dok beranggapan saham ini hanya untuk orang kaya sahaja, awak SILAP! Hei kawan, saham ini untuk semua. Kaya ke tak kaya, semua boleh jual beli di dalam pasaran Bursa Malaysia. Anggapan ini pasti berubah selepas kau hadiri seminar ini, akan terbuka minda dan tahu cara sebenar untuk membeli saham-saham berpotensi tinggi dengan harga rendah.

2# Saham itu Haram.

Pada orang Islam, ramai yang dah ditanam di mindset mereka, saham adalah haram. Seolah-olah pemikiran ini menjadi legasi dari generasi atuk nenek kita lagi. Apa yang membingunkan, yang dok kata saham itu haram, sambil hembus asap rokok dua tiga kepul. Lupa ke fatwa cakap hukum merokok tu haram? Kalau saham itu haram, aku pasti Pusat Pungutan Zakat dan ustaz-ustaz yang tinggi ilmu agamanya tidak turut meyertai seminar Labur Saham ini dan tidak akan bekerjasama dengan Asri Ahmad Academy. Tapi tak, mereka turut terlibat menjadi pedagang atau trader dalam pasaran Bursa Malaysia. Selepas hadiri seminar ini, barulah ramai yang tahu bahawa SAHAM adalah pegangan hak milik satu satu syarikat dalam bentuk ekuiti. Nak bermula labur saham, bukan sekadar tahu tekan BUY atau SELL, perlu juga belajar ilmu pelaburan yang sebenarnya.

3# Rugi

Mana-mana perniagaan, risiko untuk rugi adalah pasti. Nak untung dalam pelaburan saham, bukan sekadar kena tahu ilmu teori, tetapi juga kena amalkannya secara praktikal. Pada pelabur baru, selain hanya sekadar membaca dan menonton Youtube, aku sarankan hadirilah seminar yang dikelolakan oleh mentor-mentor saham yang benar-benar terlibat dalam pasaran saham. Di seminar ini, kau orang akan mendapat ilmu pelaburan saham yang betul dan membantu untuk mengurangkan risiko rugi.

4# Tiada Masa

Jual beli di pasaran saham hari ini sudah tidak sama lagi seperti dulu. Dah tak perlu mengadap skrin untuk monitor turun naik harga saham. Dah tak perlu call broker saham untuk urusan jual beli. Segalanya hanya di hujung jari. Sambil baring atas katil di rumah pun, masih boleh membeli dan menjual saham kesukaan kau orang! Tak percaya? Tak caya sudah..jika kau orang masih tidak mengetahui perkembangan ini, serius, wajib hadiri Seminar Labur Saham ini..

seminar labur saham hotel tenera bangi
Bersama sahabat alam maya yang turut meluangkan masa hadir ke seminar hebat ini.

Aku pasti, sebaik sahaja 4 perkara di atas ini sudah berjaya di atasi, keseronokan berjual beli saham akan lebih dinikmati. Tapi awas, emosi masih perlu dikawal.

Sejarah mengatakan, ramai pelabur tewas di medan perjuangan disebabkan emosi tamak dan tidak cukup ilmu. Keyword penting adalah ILMU.

Secara asasnya, untuk menjadi seorang pelabur atau pedagang saham, nak kena ada ilmu Teknikal Analisis dan Fundamental Analisis. Daripada 2 ilmu pelaburan ini, barulah pelabur akan lebih memahami pergerakan harga saham dan berpeluang untuk buat lebih untung. Nanti akan terjawablah beberapa soalan seperti berikut:

  • Saham APA nak beli?
  • BILA masa yang sesuai untuk beli?
  • BILA masa yang sesuai nak jual?

Seterusnya, barulah pelabur akan nampak lebih jelas bila masa yang sesuai untuk membeli dan pada harga berapakah saham itu patut dijual.

Jadi, sebelum melabur dalam pasaran Saham, adalah lebih baik untuk korang bermula dengan Pelaburan Ilmu untuk diri sendiri terlebih dahulu. Belajar ilmu pelaburan saham bukan sekadar nak untung, tetapi juga untuk meminimakan kerugian yang pasti korang akan tanggung..

Kalau kau orang “ZERO” dan tak tahu apa-apa dalam jual beli saham, aku rekemen untuk sertai Seminar Labur Saham 2019 dengan Tuann Hj Asri Ahmad yang juga merupakan ikon Bursa Malaysia. Bukan mentor biasa-biasa tau. Seminar dia memang selalu FULL HOUSE, jadi kenalah daftar awal.

Untuk daftar Seminar Labur Saham 2019 dan maklum lanjut, layari: http://www.asriahmadacademy.com

“Asas Kejayaan Dalam Pelaburan Adalah Melabur Dalam ILMU Terlebih Dahulu!”

Alhamdulillah, berpeluang makan tengah hari bersama Tuan Hj Asri selepas tamat Seminar Labur Saham 2019.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “4 Perkara Ini Berubah Selepas Hadir Seminar Labur Saham Asri Ahmad Academy

  1. Betul tu.. best je tgk orang post kat FB komen dia buat untung beriban2.. harap dapat join seminar dia lepas covid nanti.. amin..

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *