March 19, 2024

Belanjawan 2020: Peningkatan RM1.2 Bilion Kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Aku pasti ramai yang ternanti-nanti pembentangan Belanjawan 2020. Sedia maklum, Belanjawan 2020 adalah bajet kedua yang dibentangkan oleh Kerajaan Baharu Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Menteri Kewangan, YAB Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat dengan tema “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” dan disiarkan secara langsung di saluran TV dan Radio utama di Malaysia.

Selaku belia Malaysia, aku tertarik dengan dengan bajet atau peruntukan khas kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kendalian YAB Syed Saddiq.

Berikut aku kongsikan intipati Belanjawan 2020 untuk KBS:

Peningkatan Peruntukan RM1.2 Billion Kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memasti- kan bahawa tiada rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut

Peruntukan RM138 Juta Untuk Pembangunan Belia.

Peruntukan sebanyak RM138 Juta untuk pembangunan belia yang melibatkan 3 program seperti berikut:

  • Youth Power Club (YP)
  • Malaysia Future Leaders School (MFLS)
  • Volunterism Initiatives

Peruntukan RM179 Juta Untuk Sukan Antarabangsa.

  • Sukan Olimpik Tokyo 2020
  • Hanoi Sea Games 2020
  • Termasuk persediaan atlit Paralimpik

Peruntukan RM20 Juta Untuk e-Sukan atau e-Sports.

Berita baik untuk “player” yang sentiasa mengadap skrin smartphone atau komputer, pertambahan RM10 Juta untuk pembangunan e-Sukan atau e-Sport di Malaysia. Kali ini, Kerajaan bersedia memperuntukkan RM20 juta pada tahun 2020 bagi merancakkan lagi industri e-sukan negara. Justeru, YAB Syed Saddiq telah merancang beberapa program untuk pembangunan e-sports termasuklah membina beberapa pusat latihan e-sports di seluruh negara.

Peruntukan RM299 Juta Untuk Pelaksaan Program Sukan Untuk Semua.

Peruntukan ini bertujuan membina fasiliti sukan yang lebih dan menaik taraf kemudahan sukan negara seperti Kompleks Belia dan Sukan dan juga Pusat Sukan di setiap negeri.

Peruntukan RM10 Juta Untuk Program Sukan Wanita.

Peruntukan ini khas untuk program sukan yang melibatkan kaum wanita termasuklah kelab atau pasukan untuk wanita.

Peruntukan RM45 Juta Untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Mengarus Perdana TVET

KBS mempunyai 22 institusi TVET. Peruntukan RM5.9 Billlion untuk mengarus Perdana TVET.

  • RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA) – tambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri.
  • Menyediakan geran RM20 Juta di samping kolaborasi dengan industri.
  • Tingkatkan penglibatan persatuan atau industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA

Peruntukan ini diperlukan bagi menyokong agenda universiti dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan TVET aras tinggi dan juga menjalankan penyelidikan memenuhi keperluan industri.

MALAYSIAN @ WORKS ( #MALAYSIAKERJA )

Malaysian@Work terbahagi kepada 4 program:

Peruntukan berupa insentif gaji kepada pekerja dan juga majikan. Inisiatif ini akan diuruskan oleh KWSP dan seterusnya akan dikemaskini dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif. Kerajaan menjangkan bahawa inisiatif ini akan menelan kos sebanyak RM6.5 Billion dalam tempoh 5 tahun dan mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan mengurangkan kebergantungan sebanyak 130,000 pekerja asing.

Graduates @ Work ( #GraduanKerja)

  • Menganggur selama> 12 bulan
  • Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
  • Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun.

Womens @ Work ( #WanitaKerja )

  • Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif seperti berikut :
  • Dapat RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif manakala insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
  • RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita (terhad untuk tempoh 2 tahun)
  • Mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan.

Apprentice @ Work ( #PerantisKerja )

  • Menyediakan tambahan elaun RM100 untuk pelatih TVET
  • Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
  • Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Locals @ Work ( #WatanKerja )

  • Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun
  • Majikan: Insentif menyewa sehingga RM250 sebulan selama 2 tahun
  • Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.

Harapan Dari Pembentangan Belanjawan 2020

Sebaik sahaja selesai pembentangn Belanjawan 2020, ada yang tersenyum mendapat apa yang dihajati, dan ada juga mengeluh kerana tidak mencapai apa yang diingini.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia amat mengharapkan Belanjawan 2020 kali ini mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, merangsang ekonomi, mencipta lebih peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dan berjaya menarik lebih ramai pelabur asing melabur di Malaysia.

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Website : www.kbs.gov.my
Facebook : facebook.com/myKBSMalaysia

Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PutrajayaPutrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570

#BELANJAWAN2020 #BELANJAWANANAKMUDA2020 #BUDGET2020

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Belanjawan 2020: Peningkatan RM1.2 Bilion Kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *