Sebelum ini, insiden 13 Mei sentiasa diingat dan tidak ingin ianya berlaku lagi.
Tetapi rekod 13 Mei 2020, iaitu hari ini, membuatkan ramai pelabur dan pedagang di Bursa Saham tersenyum lebar.
Sejarah terpahat di Bursa Malaysia
Mengikut perkongsian oleh remisier hebat MIB, Jeffry Azizi, sebanyak 9.592 billion unit saham telah didagangkan pada hari ini. Itulah jumlah dagangan di Bursa Malaysia. Jumlah ini adalah rekod tertinggi yang pernah dicatatkan di Bursa Malaysia. All time high bak kata orang Jawa.
Anda yang trading saham pada hari ini pasti tersenyum lebar bukan? Sambil berkira-kira untung dan duit raya masing-masing pada tahun ini. 😆
Jumlah yang tinggi ini datang dengan fakta yang sedikit rare, tetapi jika diteliti tidaklah menghairankan sangat. Mengikut data pada hari semalam iaitu 12 Mei 2020, 39% jumlah dagangan hadir daripada pelabur runcit. Biasanya penglibatan pelabur runcit adalah sekitar 15-20% sahaja.
Ini tidak lain dan tidak bukan kesan daripada PKP dan kerja dari rumah. Sambil-sambil bekerja dari rumah, monitor PC lagi satu buka platform saham. Kan? Jika ya sila angkat tangan. Haha.
Antara sentimen daripada perkara ini adalah :
1. Covid 19. Bursa Malaysia adalah satu pasaran yang unik di mana terdapat banyak syarikat Glovemaker dan Healthcare. Di negara lain mungkin tiada saham-saham Glovemaker. Dengan demand yang tinggi, harga saham sektor ini meningkat naik dengan banyak.
Dalam saham komponen KLCI pun terdapat saham sektor ini iaitu Hartalega dan Topglove. Ini menyumbang kepada kenaikan KLCI, volume pasaran dan kemeriahan pasaran.
2. Prestasi ekonomi yang melebihi jangkaan. Laporan GDP hari ini menunjukkan prestasi 0.7% sahaja tetapi angka ini adalah lebih tinggi daripada jangkaan awal.
3. Data jangkitan yang semakin berkurang dan stabil. Ini telah menyebabkan kelonggaran PKP dan pembukaan kembali ekonomi dan perniagaan sekaligus kembali merangsang aktiviti ekonomi.