April 19, 2024

7 Beza Orang Senang dan Orang Susah

Tipikal orang kita, kena lihat berapa tebal poket orang untuk bezakan antara orang senang dan orang susah. Sebenarnya, perbezaan sebenar di antara orang senang dan orang susah BUKAN terletak kepada pendapatan bulanan mereka. Membandingkan duit dalam akaun bank seseorang adalah persepsi yang salah tetapi sering dijaja sana sini.

Kerana realitinya jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah hasil daripada mindset dan tindakan seseorang. Disitulah terletaknya perbezaan sebenar!

𝟕 𝐏erkara 𝐎rang 𝐊aya 𝐋akukan 𝐓etapi 𝐓idak 𝐔ntuk 𝐎rang 𝐒usah

Perkara #1 : Orang Kaya Tidak Menghabiskan Masa Menontont TV

Perasan tak orang kaya jarang menonton TV? Tetapi yang menonton TV ini kebanyakkan orang yang susah (low income and middle class). Kalau perasan paling banyak piring Astro dekat rumah flat berbanding kejiranan orang kaya. Orang kaya banyak habiskan masa mereka dari menonton tv sebaliknya membaca buku yang menambahkan nilai dalam hidup dia.

Perkara #2 : Orang Kaya Dibayar Oleh Result Usaha Mereka

Perasan tak kebanyakkan orang kaya ini berniaga. Mereka tahu pendapatan mereka diperolehi dari usaha yang mereka lakukan. Lagi kualiti usaha yang mereka lakukan, lagi tinggi pendapatan mereka. Tetapi sebaliknya orang susah dibayar oleh jam yang mereka kerja walaupun usaha mereka luar biasa, orang susah banyak work hard dari work smart.

Perkara #3 : Orang Kaya Bertanggungjawab Atas Kesilapan Yang Terjadi

Perasan tak orang kaya ini dia ada sifat gagal sekali, dia bangkit sekali, gagal seribu dia bangkit seribu kali. Dia tak salahkan orang lain, dia tetap salahkan diri dia dan dia cuba improve. Dia mengamalkan konsep “try&adjust” bukan “try&error”. Tiada kegagalan dalam hidup mereka, semua itu adalah kerugian disebabkan mereka tak punyai cukup ilmu. Tetapi sebaliknya orang susah akan banyak menyalahkan orang lain disekeliling, menyalahkan kerajaan, menyalahkan syarikat, menyalahkan ibu bapa dan banyak lagi. Dia sentiasa rasa yang menyelamatkan dia adalah syarikat yang dia bekerja dan kerajaan, orang kaya percaya yang menyelamatkan diri dia adalah diri dia sendiri! bukan orang lain! 

beza orang kaya orang miskin


Perkara #4 : Orang Kaya Fokus Melabur Bukan Menyimpan

Orang kaya faham untuk jadi kaya dia perlu invest atau melabur. Invest kepada orang, invest kepada sistem supaya satu hari nanti dia boleh kecapi Financial Freedom bila orang dan sistem berjalan automatik dan memberi duit kepada dia. Dia tak percaya kepada simpanan atau saving. Bagi dia the best saving is investment. Tapi orang susah memang sangat percaya kepada simpanan, dia lupa akan adanya Inflation. Rm50 dulu tak sama dengan RM50 hari ini. Simpan tak buat anda kaya, sebenarnya simpan buat anda susah.

Perkara #5 : Orang Kaya Terus Menerus Belajar

Perasan tak orang-orang yang kaya ini sentiasa belajar, sama ada ke seminar, membaca buku, dan berjumpa dengan orang-orang yang boleh bagi dia new ilmu. Bagi dia the more dia belajar, the more dia tak tahu. Tapi sebaliknya orang susah ini selalu cakap “alaaa takpayah la belajar, aku dah tau dah” . Bila kita rasa kita dah tahu, kita menempah tiket kesusah dalam hidup.

Perkara #6 : Orang Kaya Rasa, Bila Miskin Akan Banyak Berlaku Kehancuran

Orang kaya tahu bila miskin dia susah nak berbakti kepada orang ramai. Orang kaya tahu dia WAJIB mencari harta untuk mendapat kehidupan yang diingini dan boleh fokus beribadat. Dia pernah rasa bila susah kewangan, ibadat susah nak jadi sempurna. Tapi orang susah akan rasa orang kaya ini banyak jadi jahat, dia lupa yang mana banyak orang miskin yang desperate merompak, mengisap dadah, merogol dan susah untuk beribadat.

Perkara #7 :Orang Kaya Tahu Nak Jadi Kaya Itu Bukan Nasib, Tapi Kena Usaha

Orang kaya tahu tiada beza fizikal orang kaya dan orang susah, semua ada dua kaki dua tangan. Semua ada 24 jam sehari. Perbezaanya adalah apa? USAHA! Mereka usaha untuk belajar, bila mereka belajar mereka dapat ilmu baru untuk lakukan usaha yang baru dan mendatangkan kewangan yang baru! Tapi tidak bagi orang susah, bagi dia, dia hanya mengharapkan kenaikkan gaji sebab dah kerja lama dan bonus dan pencen! Mereka percaya kepada JACKPOT dan nasib.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “7 Beza Orang Senang dan Orang Susah

  1. Mindset orang kaya berbeza sekali dengan orang kebanyakkan.

    Perkara yang merugikan apabila menyempitkan fikiran dengan bersangka buruk kepada orang kaya sedangkan semua orang miliki potensi dan peluang yang sama. Wallahuaklam

  2. Betul tu. Orang berjaya ni ada usaha dan minda yang positif. Always think of opportunities. Setiap hari, mereka mencari-cari kejayaan. Masa mereka juga digunakan dengan berguna, bukan sia-sia.

Leave a Reply to Badrin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *