Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Kali ini aku menyambut hari istimewa ini di kampung. hehe..tahun ni aku berpeluang bercuti panjang di kampung sempena hari bersejarah ini. Sejak hari Khamis lepas lagi aku dah pulang ke kampung.
5 hari di kampung, hari ini kami akan bertolak pulang ke kotaraya. Puas dapat rehat lama-lama di kampung. Tenang. Paling penting, udara di Besut, Terengganu ini lebih segar dan bebas daripada jerebu! hehe..
Sebelum balik kampung, aku dan isteri dah plan untuk mencuba beberapa tempat makan sedap yang terdapat di dalam perjalanan mahupun di kampung. Umum maklum, di negeri Pantai Timur terutama Kelantan, terdapat banyak menu makanan menarik yang susah dijumpai di tempat lain. Ikutkan senarai, memang panjanglah.
Tetapi selepas disenarai pendekkan, adalah beberapa tempat yang sempat kami singgah.
Tempat makan pertama yang kami singgahi adalah Lemang To’ki. Memandangkan kali ini aku menggunakan route Gombak-Bentong-Gua Musang-Besut dan trafik sangat baik, aku menggunakan peluang ini untuk makan tengah hari di Lemang To’ki ini.
Lemang To’ki terletak di Bentong. Betul-betul di tepi jalan utama menuju ke Gua Musang. Aku dah perasan tempat makan sedap yang diperkatakan ramai ini, tetapi setiap kali lalu, bersusun kereta di depan kedai ini, aku batalkan sahaja niat untuk berhentin mencuba.
Kali ini, tak terlalu banyak kereta. Mungkin hari Khamis, orang bandar masih belum bertolak balik ke kampung.
Sebaik mendapat tempat, aku terus mendapatkan lemang dan rendang. Konsep di sini ialah “self service”. Ambil makanan, terus bayar dan duduk.
Menu utama di sini ialah lemang. Lemang di sini adalah lemang ‘fresh’. Maksud aku, lemang dibakar di kedai ini secara langsung, sentiasa panas. Lemang ini dijual dalam set bersama rendang atau serunding dan boleh juga dibeli mengikut saiz batang. Nak beli rendang asing-asing pun boleh.
Untuk pengalaman kali pertama di Lemang To’Ki ini, kami mencuba lemang bersama rendang ayam dan rendang daging. Aku jarang makan lemang di luar musim perayaan. Lagi satu, aku dah tawar hati untuk membeli lemang di kedai kerana sudah beberapa kali aku terbeli lemang ‘basi’ atau keras di tempat menjual lemang tersohor di Kijal.
Tapi tidak di Lemang To’Ki ini. Suapan pertama lemang bersama rendang daging, perghh, aku terus jatuh cinta. Lemang lembut, cukup lemak bersama rendang yang cukup rempahnya, memang kombinasi yang sangat sempurna. Bukan aku sahaja, Dayyan yang pada awalnya tak nak makan lemang, terus berulang menyuap selepas suapan pertama. Begitu juga dengan Danish dan isteri aku. Terasa tak cukup pula 2 set lemang tu.
Hajat di hati nak tambah 2 set lagi, tetapi kami dah pun mengambil nasi campur bersama satu lagi menu panas di Lemang To’Ki ni iaitu ayam bakar.
Oh ye, di Lemang To’Ki ni, bukan sekadar ada lemang ye. Ada baaaaaanyak lagi menu lain, daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Yang menjadi sebutan selain daripada lemang, semestinya ayam bakar dia. Ayam ni pun dibakar panas-panas dengan perapan istimewa.
Aku taknak puji perapan tu, tapi aku tertarik dengan sos ayam bakar tu. Serius sedap weh!
Cukup rasa, ada pedas masam dan manis. RM7.50 untuk satu set. Cukup untuk kami sekeluarga.
Pada aku, harga makanan yang ditawarkan di Lemang To’ki ni sangat berbaloi dengan kualiti rasa. Servis juga cepat. Paling penting, walaupun kau nampak kereta berderet park depan kedai, tetapi meja dan kerusi yang disediakan sangat banyak. Jadi, kalau menunggu pun, aku rasa takdelah terlalu lama. Mungkin..
Jadi, kalau kau orang melalui jalan ini untuk pulang ke Kelantan atau Terenggau, bolehlah singgah menjamu selera di Lemang To’Ki ni. Recommeded. Jika ada orang tanya kat mana boleh jumpa lemang paling sedap di Malaysia? Kat sinilah tempatnya.
Ada juga yang sanggup datang ke Bentong dari KL, semata-mata untuk menjamu selera lemang di sini.
Berbaloilah kan!
ktorang la tu yg pegi bentong semata nk mkn lemang. breakfast lemang to’ki pastu patah balik ke klang. day trip hahaha. siap tapau lemang ngan ayam bakar tu wat mkn kt umah pulak.yela dh balik umah lapar balik semula. apa2 pon mmg terbaek lemang ngan ayambakar nye.sentiasa terigau
hehe..memang feveret sangat tu sampai ke lemang to’ki balik hari je. Tapi memang berbaloi kan..lemang tu kl bawa balik rumah, still lembut lagi ke?
baca cerita pun rasa mcm dah terliur dah… bukan senang nak cari lemang di luar musim perayaan ni…
insyaAllah blh cuba bila lalu bentong nanti..
famous juga lemang toki, apasal aku baru tahu ni.?ahahaha
Whoa.. bukan musim raya pun boleh menikmati lemang ye. Terbaiklah.. Ingatkan masa raya je.Hehehe. Kat Bentong ye.. Boleh la try bila balik Kelantan lagi.