Aku baru saja berkesempatan menonton filem aksi Sangkar 2 hari lepas. Mungkin agak terlewat selepas 2 minggu tayangan tetapi untuk makluman, movie hall untuk filem ini tetap sentiasa penuh. No wonderlah filem ini berjaya mengutip RM8 juta dalam masa 10 hari!
Pada awal, aku dan isteri agak keberatan untuk membawa Dayyan dan Danish bersama. Risau anak-anak aku terikut-ikut aksi “ganas”. Maklumlah, Sangkar kan filem Malaysia pertama yang mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA). Tetapi sangkaan aku meleset. Pada pendapat aku, elemen positif yang tersirat dan tersurat dalam filem ini lebih kuar berbanding aksi ganas lain. Aku rumuskan 3 sebab filem Sangkar ini berjaya menarik perhatian penonton.
1# Bukan Sekadar ‘Fighter Scene’, Tentang Keegoan, Kemaafan, Perhubungan Keluarga, Sahabat dan Dakwah.
Di sebalik perlawanan hebat di dalam gelanggang yang dipaparkan dalamĀ Sangkar, apa yang cuba diketengahkan oleh produksi filem tersebut adalah tentang bagaimana dua lelaki yang berjuang di luar gelanggang untuk melepaskan diri daripada belenggu dan anasir negatif dalam diri sendiri.
Watak Adam yang dijayakan oleh Zul Ariffin ternyata berjaya menjentik hati penonton dengan lakonan bersahaja dan lontaran dialog yang tidak dibuat-buat serta kelihatanĀ natural. Sesekali respon kelakar Adam mencuit hati kami.
Manakala Remy Ishak yang memegang watak Johan pula tidak boleh dipandang ringan kerana ternyata bukan mudah untuk menukar lakonan secara 180 darjah daripada seorang atlet tinju yang berbadan sasa kepada seorang lelaki lumpuh yang tidak sengaja terbuang air besar di dalam tren.
Johan dan Adam yang pada awalnya seterus di sangkar, bertukar menjadi sahabat baik. Adam menjaga Adam sebaik mungkin disebabkan rasa bersalah di dalam dirinya. Dalam masa yang sama, Adam berubah menjadi insan yang lebih baik selepas merasai ‘nikmat’ mempunyai sebuah keluarga.
2# Semangat Fighter Dalam Diri Setiap Orang
Aku pasti, setiap penonton filem Sangkar teruja menonton aksi lincah MMA. Lagi teruja bila hasil tangan Aman Ra menjadi lagu OST untuk filem ini. Semangat fighter atau berjuang pasti ada dalam jiwa kita, cuma mungkin caranya berbeza. Yang pasti, kita adalah fighter di dalam kehidupan masing-masing. Seleps menonton, aku pasti, kau, kau dan kau akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup!
3# Filem Gabungan 4 Penerbit
Filem Sangkat adalah hasil kolaborasi empat penerbit gergasi iaitu Primeworks Studio, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment. Ramai menjangkakan filem ini penuh dengan kelainan dan dilihat mampu mencatatkan kutipan pecah panggung dan menjadi fenomena di negara ini.
Jika soalan “Best ke tak filem Sangkar ini?” aku pasti akan angguk laju-laju. Serius best dan wajib tonton. Harus juga diingat, filem ini bukanlah filem aksi ganas terlampau dan sangat sesuai ditonton seisi keluarga.
Sangkar bukan sahaja berkisarkan kisah pertarungan sukan MMA, tetapi juga disulami dengan permainan emosi.
Ada babak-babak yang berjaya menyentuh perasaan aku selaku fighter untuk keluarga aku sendiri!
aduh… terlepas tgk filem ni hari tu… nampaknya kena langgan dkt astro la lepas ni… ramai yang bagi review positif dan rating yang tinggi untuk filem ni.. tahniah kepada pihak krew produksi filem ni.. sbb berjaya hasilkan filem yang lain dari yang lain…
permainan emosi ini yang menarik untuk filem
Rasa nak tengok lepas baca review ni