“Tiada siapa boleh jaga anak papa macam papa…” – Saadom
Sebagai peminat tegar Afdlin Shauki, dari filem Soal Hati, Setem membawak ke filem Papadom 2, memang sangat puas hati dengan lakonan Afdlin Shauki. Series ke, sempi ke, lawak ke, sedih ke, semua menjadi.
Khamis lepas, selepas sesi Meet&Greet dengan Afdlin Shauki&Liyana Jasmay di Kenny Rogers Roasters Berjaya Times Square, aku berpeluang menonton sambungan filem Papadom, Papadom 2 pada hari pertama tayangan.
“Papadom 2 adalah sambungan daripada episod sebelum ni, Papadom. Papadom 2 mengisahkan Saadom yang mendapat tahu, Mia sedang bercinta dengan someone dan merancang untuk berkahwin. Risaukan siapa bakal menantunya, Saadom dan rakannya, Uncle Lim ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyiasat siapa calon suami Mia.
Dalam usaha mencari siapa calon suami Mia, Saadom melalui kisah-kisah yang lucu dan ada kisah sedih terutamanya apabila dia didiagnoskan cancer dan perlu menjalani rawatan kimoterapi. Saadom masih belum menemui siapa calon yang paling sesuai sehinggalah diperkenalkan oleh Mia sendiri.
Tingginya kasih sayang seorang bapa, Saadom merestui perkahwinan mereka. Tetapi tidak seperti dirancang apabila Saadom tidak dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan Mia kerana terpaksa menjalani rawatan kimoterapi…“
Khir rahman part paling xpecaya ckit.. haha..
den dah tengok yang #1 punya, ada mau tengok #2 ini juga.. hehe
recommended..santai&sempoi jalan citer..support filem kita bro..hehe
hehe mesti support bro sbb aflin ni antara seniman kita yang den suka follow up cerita dia 🙂
Dulu masa citer yang 1st tengok macam x paham…2-3 kali tgok baru la faham…hehehe…nak tgok yang baru ni xde sapa nak layan SA la…
lor 2,3 kali tgk baru faham ke..cam komplikated bebenr tu..:-)
ramai saadom kat dunia ni maa..
haa saadom yang mana satu tu, kena pandai2 cari la..
hhahaha…dokleh nak reply kt sini..sokonglah industri perfileman negara..:-)
Nampak macam menarik tapi entahlah wayang ni saya kureng sikit.
kena cuba menonton papadom2 ni, mana tahu yang kureng jadi menambah..hehe