March 28, 2024

Kisah Karipap IKEA Turun Harga

Semalam ada duit seringgit..beli karipap IKEA seringgit sebiji.

Hari ni ada duit lagi seringgit.

Tapi, pgi tadi, karipap IKEA jatuh harga 50 sen sebiji. Awek jaga kaunter bukan main suruh beli karipap. Murah. Katanya berbaloi. Aku percaya. Jadi aku guna duit seringgit beli karipap. Dapat 2 biji karipap. Bolehlah aku buat simpan untuk snek minum petang.

Petang ni, karipap IKEA tu naik harga. seringgit 50 sen sebiji. Kebetulan member meja sebelah lapar. Aku jual lah 2 biji karipap tu dengan harga pasaran semasa. Seringgit 50 sen x 2 jadi total 3 Ringgit.

Aku makan biskut kering je petang ni. Senyum. Tak kisah. Sebab aku dah buat untung 200%.

Katakan aku takut untuk beli karipap IKEA murah pagi tadi, murah mungkin sebab semalam punya ke, mungkin sebab yang rejek sbg, petang ni aku takkan dapat senyum lebar.

Nampak?

Sama je bila harga market jatuh, kaji dahulu kenapa jatuh. Jangan menggelabah.

Jangan biarkan minda dikuasai ketakutan dan fikiran negatif. Ada sebab kenapa bila harga jatuh, “awek kaunter karipap” tu excited suruh beli..

Penafian: Harga karipap masih RM1/biji. Beli 6 dapat RM5.50 sahaja.

Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan ini, konteks saja di mjdetroit83@gmail.com .

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Kisah Karipap IKEA Turun Harga

  1. Karipap dah 50 sen. Haritu bihun pun tengok seringgit je.
    Kalau makcik kat Manjoi yang jual bihun tengok, sah dia geleng kepala. Dalam tempat macam ini harga murah sangat. Macam mana kami nak tekan harga hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *