November 2, 2024

Peluang Kerjaya

Tahun ni, masuk tahun ke-8 aku ceburi diri dalam industri pelaburan Unit Trust. Industri kewangan yang aku minat semasa awal-awal mula bekerja. Ye la, masa tu pendapatan tetap tak seberapa, tapi aku rajin mencari peluang yang ada. Pantang mendengar peluang buat duit, pasti aku cuba. Jual produk, jual servis atau MLM, prinsip aku ‘give a try!” Tapi kebanyakannya tak kekal lama.

Namun berbeza dengan kerja ‘part time’ aku sebagai konsultan Unit Trust. Mungkin sebab ini, bukan kerja cuba-cuba. Bukan kerja main-main. Aku perlu ambil exam dan lulus sebelum layak menjual sebarang produk Unit Trust. Alhamdulillah, duit komisyen tu bolehlah disimpan untuk masa datang dan beli aset. Sehinggalah pandemik Covid-19 langgar dunia. Rata-rata konsultan Unit Trust terjejas. Aku mula intai peluang buat duit dari industri lain.

Dari pemerhatian aku, industri insurans / takaful sangat kukuh walau apa situasi sekali pun. Sebab ia satu KEPERLUAN. Satu PROTECTION. Konsep yang aku faham, even kau mempunyai aset atau nilai harta yang tinggi, tetapi jika kau tidak sediakan perlindungan yang mencukupi, semua aset tu boleh lenyap. Contoh, kau seorang pemilik perniagaan hebat. Tetiba kau diuji dengan sakit. Kerja terjejas. Bil hospital pula melambung demi mendapatkan rawatan yang terbaik. Tanpa pelan perlindungan yang betul, tidak mustahil harga atau wang simpanan akan habis begitu sahaja demi membayar kos rawatan.

Industri insuran dan unit trust ada persamaan. Jadi, aku terus dafta untuk menduduki exam buat pertama kali, dan alhamdulillah, aku lulus. Ini tahun pertama aku guys! Tak susah tapi juga tak mudah. Yang aku katakan, ilmu ni tak pernah habis. Dan aku seronok belajar ilmu baru setiap hari.

Boleh ke nak buat bisnes tapi nak maintain kerja sedia ada? Aku masih punyai kerja hakiki (9 am-6 pm), juga masih seorang konsultan Unit Trust. Kalau kita dari jurusan professional seperti lawyer, akauntan, doktor, jurutera dan pelbagai juru lagi, yes kenapa tidak kerana kita seorang professional.

Kenapa Jadi Ejen Insuran, tidak menjadi Ejen Produk?

Betul ke jadi agen paling sesuai? Ada benarnya sebab jadi agen tak perlu buka kilang. Tapi tengok jadi agen apa sebab ada ikut bisnes yang kena simpan stok, ada kena sedia tapak, ada yang nak lebih dari tu.. tengok keperluan bisnes yg dipilih.

Kenapa pilih jadi agen insuran takaful? Sebab dari segi modal mula RM200, sekarang dah boleh start. Aku dah letih merancang bisnes sembang gempak meja terangkat dari awal 20an dengan member tapi bila bab modal dan komitmen nanti ke laut. Dah dah la tu..

Apa yang penting bila jadi agen insuran takaful? Selain dari syarat sah kena ada bisnes plan dan pelaksanaannya, pemilihan agensi dan support juga penting.

Aku pilih BUSS sebagai platform.

Kenapa BUSS? Insuran company mana tu?

BUSS ialah agency bukan syarikat insuran takaful. Produk yang kita guna ialah Allianz, Takaful Ikhlas dan Zurich Takaful. Sebagai agen, aku mesti promote saya dari mana. Lebih tepat macam tu..

Ada beza ke dengan ejen dari tempat lain?

ALC vs Agency Tied System.. sebagai agen, agensi tu segalanya.

Sebenarnya panjang lebar kalau nak tulis perbezaannya tapi secara simple cakap career path cepat, setiap tahun pegi oversea free dan financial security network untuk legasi bisnes untuk hari akan datang.

Ni ada elaun ke basic ke mcm tengok kat FB?

Syarikat insuran bukan badan kerajaan nak bagi elaun ke basic ke.. ni sistem kapitalis tempat orang buat bisnes. Tak commit nanti jadi hutang la.

Baca betul betul kontrak.

Soalan lazim yang kena jawab selalu.Jom start bisnes. Take action now.

Sertai BUSS, dm atau call 0172101282.

#BussWay#BFMGROUP#binabintang#MDiT#financialsecuritynetwork

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Peluang Kerjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *