March 28, 2024

7 Perkara Penting Tentang Content Marketing

Sebelum aku keluar dari rumah menuju ke ofis pagi tadi, aku ambil sedikit masa untuk membaca muat naik terkini rakan-rakan Facebook. Tertarik dengan satu perkongsian daripada saudagar jalanan Ikram Al-Banjari.

Muat naik di Facebooknya adalah ulasan tentang ‘Content Marketing‘ yang merupakan salah satu ‘tools’ yang sangat berguna dalam era digital hari ini.

Kita mesti kena terima hakikat bahawa zaman sekarang ialah zaman ‘Digital Content’ yang memacu kepada pertumbuhan ekosistem Ekonomi Digital.

Dan kadar kesedapan ‘Content’ akan mempengaruhi segalanya. Ini ‘jaman now’ di era ‘IOT’ ( Internet of Things ). Memang tak dapat lari.

Berikut ialah 7 Perkara Penting Tentang Content Marketing untuk kita sama-sama tekuni. Ia hasil kajian dan pernah diterbitkan di Eropah.

  1. 70% prospek atau bakal pelanggan lebih cenderung mengenali sesuatu produk dan jenis perniagaan melalui artikel atau pembacaan. Kecenderungan ini juga dipengaruhi oleh video.
  2. 53% ‘Online marketer’ berpendapat penulisan content adalah peluru paling dasyat dalam proses mendapatkan SEO ( Mesra Enjin Carian ) dan 57,4% pengusaha B2B ( Business to Business) mengatakan bahawa SEO memberikan pengaruh terbesar terhadap target pemasaran online mereka ( MDG Advertising, 2013 ).
  3. Pengunaan ‘Content Marketing’ yang betul akan membantu menurunkan kos pemasaran sehingga 70% berbanding teknik yang lain. ( Demand Metric, 2013 )
  4. Usahawan yang menggunakan kaedah-kaedah ‘Content Marketing’ secara online, melalui platform capaian seperti blog dan sebagainya, berpotensi mendapatkan 70% aliran prospek yang lebih banyak berbanding cara biasa. ( Leads )
  5. 80% usahawan yang menggunakan penulisan sebagai ‘Content Marketing’ mendapat pulangan modal lebih cepat dan sentiasa positif berbanding yang lain.
  6. Content Marketing yang berkesan dapat dilihat dalam masa 90 hari sahaja. Kandungan yang berpengaruh akan mula viral dan mampu meraih pengikut atau peminat masing-masing.
  7. Pendiri dan pemberi ‘Content’ yang mempunyai pengaruh akan mula membentuk kumpulan penyokong mereka sendiri. Lambat laun mereka akan menjadi ‘Influencer’ di dalam niche yang mereka cipta.
  8. ‘Content Marketing’ mula menjadi perhatian banyak syarikat besar di seluruh dunia. Sehingga hari ini semua orang akan berusaha memcari kandungan yang unik, berkesan dan mampu memberi impak pengaruh di dalam pelbagai bentuk kempen pemasaran.

Content Marketing – Tidak sesuai untuk sesiapa yang mahukan jualan segera, jualan cepat dan terburu-buru.

Ia perlukan masa untuk proses ‘crowd-funding’ , tetapi ia memberi pulangan besar dalam jangka masa yang panjang.

Proses membina hubungan dan kepercayaan tumbuh dan subur dengan sendiri. Sebab itu kena mulakan sekarang, mahu tunggu apa lagi ?

Semoga perkongsian ulasan Ikram Al-Banjari dapat memberi manfaat kepada usahawan digital hari ini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “7 Perkara Penting Tentang Content Marketing

  1. Terima kasih kongsi info ni.. kalau macam ni nampak gaya nak kena terbitkan lagi banyak konten ni… even waktu tengah malas, kena paksa diri untuk menulis jugak

Leave a Reply to Ty Napi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *