March 19, 2024

Tumbuk Dan Tendang Suami.

Bila baca kisah ni, saya teringat seorang sahabat saya yang TUMBUK DAN TENDANG suaminya sebab minta ‘dilepaskan’. Pelbagai cara dah dilakukan untuk berbincang dan bersua muka untuk menyelesaikan konflik.

Tapi macam biasa, bagi si lelaki, “Ini bukan masalah besar. Rumahtangga mana yang tidak bergoyah!”

Atau, tanggapan lainnya setiap kali dia meluah perasaan yang kian tertekan dan tawar hati kerana dibiar melakukan semua sendirian dan ibarat membela biawak hidup,

Bekas suaminya komen apa?

“Awak ni datang bulan! Cakap mengarut!”

Bila sudah habis tempoh uzurnya, dia cuba berkomunikasi kembali, bekas suaminya membidas,

“Awak ni simptom PMS selepas datang bulan! Bawak-bawak mengucap!”

Dan bila ditunggu lama setelah habis tempoh uzurnya, disuarakan lagi agar dapat berbincang hati ke hati, bekas suaminya membidas lagi,

“Lagi berapa hari ni awak nak datang bulan? Emosi tak habis-habis!”

Dan apabila segala usahanya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan kemelut rumahtangga menemui jalan buntu, dia tekad ingin menghabiskan penderitaan selama bertahun-tahun, dan senyap-senyap lakukan prosedur perceraian,

Di saat suami nampak dokumen perceraian, tau suaminya fikir apa?

Baginya, “Isterinya merajuk. Nanti oklah tu bila dipujuk. Biasalah, WANITA MAHUKAN PERHATIAN. INI TAKTIK MEREKA..”

Dan akhirnya..
Apabila SEGALA USAHA DAN LUAHAN EMOSINYA DIPERKECILKAN, dia memaksa suami menceraikannya juga walau apa cara sekalipun, dan mengugut jika tak mahu lepaskan cara baik, dia akan ceritakan pada kedua-dua keluarga, SIKAP SEBENAR SANG SUAMINYA yang konon disanjung tinggi itu.

Si suami bila berdepan dengan permintaan cerai dari isteri?
Haruslah biawak hidup tidak menceraikan isteri yang sanggup membelanya!

Tapi sang isteri bertekad dan seri kelembutan yang dulu menghiasi wajah dan senyumannya, akhirnya hilang bila dia bertukar menjadi naga yang melayangkan TUMBUKAN DAN TENDANGAN KEPADA SUAMI YANG ENGGAN MELEPASKANNYA..

Ya! Dia tendang dan tumbuk suaminya kerana hati sudah penuh benci dipersiakan selama ini.

Akhirnya…
Selepas kena tumbuk dan tendang oleh isteri yang hakikatnya penyayang,
Barulah SUAMINYA TERSEDAR,

“RUPANYA AWAK SERIOUS SELAMA INI.. SAYA “TAK SANGKA” AWAK MEMAKSUDKAN APA YANG AWAK KATA..”

Dan lepas si suami SEDAR DARI “KETIDAK-SANGKAANNYA” itu, barulah menangis tak berlagu merayu sang isteri berikan peluang ke 756 kali.. Tapi, semuanya dah terlambat.

Tak boleh hadam jenis lelaki yang sampai nak kena tendang dulu baru nak sedar yang rumahtangga dia selama ni memang betul-betul ada masalah??

$%^$)₩¥×/=×=×=££&^#^ Can you brain that??

Kini, sang isteri dah selamat menemui kebahagian sendiri dan bebas dari diri suaminya yang selalu memperlekeh jiwa raganya.

Respond tipikal lelaki?
Sama, sama macam respond artis ini.

Tak sangka.
Bila isteri dah jumpa peguam, baru dia tersedar masalah dah jadi serious.
Habis yang sebelum isteri berjumpa peguam, masalah jadi apa? Tak serious kah? Tak wujudkah?
Sehingga naj tunggu pembabitan peguam, nampak dokumen, isteri tumbuk dan terajang, baru dianggap serious?

Saya rasa, ramai lelaki respondnya selalu begini.

Kalah mobile legend atau tak dapat beli tiket perlawanan bola sepak, adalah lebih serious dari isu rumahtangga yang tandus kebersamaan dan kasih sayang.

Lepastu, bila dah jadi macam ini, tidak sikit lelaki seperti ini akan salahkan wanita,

“Wanita ni penuh dengan kejutan! Wanita ni sukar difahami. Wanita ni begitu dan begini..”

Iyalah..
Wanita yang salah.
Eloklah diiyakan saja.

Nasihat saya kepada wanita yang berhadapan dengan spesis lelaki ‘penuh tak sangka’ ni,
JUST WALK YOUR TALK.

Kalau sampai bersuami menjadikan anda manusia gangster, buat dosa pada makhluk yang sepatutnya anda hormati SETELAH SEMUA USAHA MENEMUI JALAN MATI, sampai bersikap kurang ajar menumbuk dan menendang bagai sang suami sendiri,

Pandai-pandailah bawa diri.
Cari kebahagiaan sendiri.
Anda mungkin dah masuk frasa murung tu sebenarnya..
SAYANGILAH DIRI SENDIRI, JIKA SANG SUAMI TAK MAMPU MENYAYANGI ANDA LAGI..

Komunikasi adalah perkara paling kritikal dalam rumahtangga.
Jika pasangan seringkali memandang rendah isu komunikasi, di sinilah segala titik hitam bakal bermula.

Musim kahwin nak dekat dah ni.
Baik bakal pengantin lelaki mahupun perempuan yang ingin mendirikan rumahtangga,
Hadamlah nasihat ini sebaiknya 🙂

25 Jun 2019
Perkongsian Indah daripada FB: Sharifah Zahidah

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tumbuk Dan Tendang Suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *