November 26, 2020

Teringin Nak Ke Western Australia

Aku tidak pernah lagi menjejak kaki di bumi kangaroo, Australia. Menjadi impian aku untuk melakukan kembara ke Australia bersama keluarga dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan, hari-hari aku mencari info dan membaca perkongsian daripada mereka yang pernah mengembara ke sana. Paling penting, berapa banyak kos yang aku perlukan sepanjang kembara aku di sana?

Dalam banyak banyak tempat dalam Australia, aku paling teringin nak ke belah belah Western Australia. Ianya terletak di bahagian barat Australia. Kalau tengok peta Australia tu, bahagian belah kiri. Antaranya ialah Perth.

Daripada pembacaan aku, rakyat Malaysia memang suka ke Perth kan. Pada awalnya, tertanya juga, apa yang menariknya Perth ni? Ada yang jadikan Perth sebagai ‘base’ penginapan mereka kerana di sini komuniti Muslim lebih ramai. Jadi, tempat makan halal di Perth lebih senang ditemui. Dari Perth, bolehlah meneruskan pengembaraan ke tempat-tempat lain di Western Australia.

Kenapa Nak Ke Western Australia?

Sebenarnya banyak sebab aku nak ke Western Australia. Jawapan paling ringkas yang aku boleh kongsikan adalah di sana ada banyak tempat menarik dan kami boleh lakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Kalau boleh aku senaraikan di sini, memang berderet listnya.

Jom aku kongsikan beberapa tempat menarik di Western Australia yang aku dah senaraikan dalam to-do list bila di sana.

Karijini National Park adalah tempat yang pasti aku akan pergi. Tempat ini sudah terbentuk sejak 2 juta tahun yang lepas. Melihat gambar-gambar daripada mereka yang pernah travel ke sini, landskap di sini memang sangat cantik. Keunikan batu batu berwarna merah juga sangat unik. Pasti shutter kamera aku akan aktif diklik di sini. Aku boleh bayangkan keunikan gua-gua yang terdapat di sini, kejernihan air daripada kolam batu semulajadi dan air terjun. Kos masuk ke sini lebih kurang AUD7-AUD13.

Selain daripada Karijini National Park, aku akan pastikan dapat meluangkan masa seharian di Rottnest Island. Rottnest Island merupakan destinasi popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Tempat ini juga dikenali sebagai Rotto, mempunyai banyak pantai cantik. Keindahan semulajadi juga masih terjaga di sini. Paling aku nak jumpa di sini adalah Quokka! Quokka? Siapa tu? Sejenis haiwan marsupial sekumpulan dengan kangaroo, wallaby, koala dan wombat. Quokka senang dijumpai di sini dan sangat jinak. Untuk menjejakkan kaki di Rottnest Island, pelawat perlu menaiki feri dengan kos tertentu, dan bayaran masuk juga dikenakan.

Aku juga ingin menikmati keindahan pemandangan formasi batu kapur semulajadi berbentuk tiang-tiang terpacak berwarna kuning. Untuk sampai ke tempat ini akan mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan dari Bandar Perth dan akan membawa korang ke kawasan padang pasir yang dikenali sebagai The Pinnacles. Pastinya ia sebuah pemandangan yang menakjubkan. Serius, cantik giler ok! Mana lagi nak jumpa batu kapur yang terpacak kukuh di padang pasir seperti di The Pinnacles ni. Kalau kat Malaysia, kita boleh jumpa batu kapur di kawasan gunung-gunung dan di dalam gua kan. The Pinnacles terletak di utara Perth yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dengan menaiki kereta.

Fuh, baru 3 tempat menarik di Western Australia aku kongsikan, rasa teruja nak ke sana makin membuak-buak. Itu belum lagi aku kongsikan aktiviti lain seperti berenang bersama whale shark di Ningaloo Reef, menunggang unta di sepanjang Cable Beach, menikmati keindahan dan keunikan lukisan dinding berusia 60,000 tahun lalu di Gyorn Gyorn dan banyak lagi.

Kalau tak berminat dengan tempat-tempat sebegitu, jangan risau. Di bandar Perth sahaja, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Contohnya, menikmati keindahan dari atas di Perth Bell Swan Tower, AQWA The Aquarium dan menikmati udang kara di Lobster Shack, restoran terkenal di Western Australia. Serius banyak je aktiviti yang boleh dilakukan di Western Australia ni.

Kos Travel Ke Western Australia

Tidak aku nafikan, kos yang diperlukan untuk kembara ke Western Australia dan melakukan aktiviti menarik di sana, bukanlah sedikit. Bila travel ke negara luar, nak nak bersama keluarga memang memerlukan kos yang agak tinggi. Selain kos flight to Australia, kos penginapan, kos makanan dan kos untuk melakukan aktiviti juga perlu diambil kira. Mungkin ada yang berpendapat, bila korang travel jauh-jauh, jangan berkira sangat dengan kos yang diperlukan. Opss, salah tu. Bukankah lebih baik, mana yang boleh kita jimat, kita jimatlah. hehe..

Pada aku, apa yang boleh dilakukan, mencari sumber yang boleh membantu aku mengurangkan kos perjalanan/travel di sana. Bila bercakap tentang penjimatan semasa travel, pasti aku terfikirkan tentang Traveloka Promo.

Serius weh, bagi korang sedang mencari peluang penjimatan untuk travel ke Western Australia, bolehlah survey promo menarik yang sedang Traveloka tawarkan. Kalau nak tahu, Traveloka selalu buat promosi
pelancongan ke banyak tempat best. Servis diorang pun bukan biashe-biashe. Ada promosi untuk pakej
penerbangan, ada untuk pakej penginapan (hotel) termasuklah pakej aktiviti yang boleh korang lakukan
di tempat-tempat yang dilawati.

Daripada pakej Traveloka promo, aku dapat idea untuk kurangkan bajet melancong ke Western Australia.

4 Tips Kurangkan Kos Ke Western Australia

Kenapa aku katakan ini peluang korang untuk buat penjimatan dalam perancangan ke Western Australia. Ada 4 poin penting tips berjimat ke Western Australia.

1# Kos Tiket Penerbangan.

Tiket flight to Australia bukan seperti harga tiket bus ke Penang. hehe..boleh tahan juga kan, nak nak bila dicampur-campur satu keluarga. Mujurlah Traveloka ada promo RM100 off untuk tiket flight. Sedikit sebanyak bolehlah berjimat atau gunakan duit itu untuk aktiviti lain.

2# Kos Penginapan – Potongan sehingga 15%

Potongan 15% daripada kos penginapan juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam plan penjimatan kita kan. Bolehlah survey hotel atau bilik penginapan yang ditawarkan Traveloka di Western Australia. Oh ye, promo ini hanya untuk penginapan sahaja. Nak lagi best, korang boleh dapatkan penjimatan dengan gabungan; flight + penginapan.

3# Flight + Hotel

Promo ini lagi best. Sebab korang boleh dapat diskaun 15% untuk tiket flight dan penginapan bersama. Bagi mereka yang travel bersama famili atau kumpulan yang lebih ramai, sesuai sangatlah untuk promo yang ini. Boleh survey di link di bawah tu ye.

4# Kos Aktiviti di Western Australia

Aku pasti, ramai yang perlukan tawaran penjimatan untuk kos aktiviti. Ye la, travel jauh-jauh takkan sekadar nak jalan-jalan di tempat free saja kan. Kenalah mencipta kenangan manis dengan melakukan aktiviti-aktiviti menarik di Western Australia. Dan tempat-tempat ini mengenakan bayaran tertentu sebelum korang boleh berhibur.

Bila aku kira kira balik jumlah kos yang diperlukan, aku dapat simpulkan, dengan promo Traveloka ini, banyak korang boleh berjimat. Benda boleh berjimat, buat apa nak membazir kan?

Jangan lupa survey aktiviti menarik dengan penjimatan hebat di link yang aku kongsikan di bawah nanti.

InsyaAllah, perancangan untuk kembara aku ke Australia akan direalisasikan dengan tawaran menarik daripada Traveloka. Jika dikira jumlah diskaun yang ditawarkan oleh Traveloka, memang banyak yang aku dapat berjimat.

Jom Explore Western Australia: https://www.traveloka.com/en-my/promotion/western-australia

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Teringin Nak Ke Western Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *