September 21, 2020

Anak Kedua Lebih “Naughty” Berbanding Anak Pertama. Ini Fakta!

Sesekali aku ada berkongsikan “lifestyle” aku bersama Dayyan dan Danish di Facebook dan Instagram. Sekadar berkongsi pengalaman membesarkan 2 hero aku ini. Dayyan dan Danish banyak memberi keceriaan dalam hidup kami suami isteri.

Dalam keceriaan itu, tetap ada cabaran. 2 hero dalam satu rumah, kadang-kadang boleh mencabar kesabaran aku juga. Normallah kan. Alhamdulillah, setakat ini aku nampak kesabaran Dayyan sangat tinggi apabila berhadapan dengan provokasi daripada Danish. Ada kala, dia terlepas juga geram pada Danish. Dia bagi sedas dua kat Danish.

Ada juga sahabat-sahabat aku yang berkongsi perkara sama. Anak kedua biasanya lebih mencabar kesabaran ibu bapa dan juga adik-beradik yang lain. Memprovok adik-beradik lain sudah menjadi perkara biasa kepada anak kedua. Alah, provokasi daripada anak kecil, apalah sangatkan. Asalkan tiada 3 sikap seperti yang aku kongsikan sebelum ini.

Sikap Anak Kedua

Kepada ibu bapa yang sedang melalui pengalaman anak kedua yang lebih ‘perangai’ seperti kami ini, jangan risau. Mengikut kajian ke atas beribu keluarga di Denmark & Amerika Syarikat menemui yang anak kedua biasanya akan memberi lebih ‘cabaran’ berbanding anak pertama.

Dan jika anak kedua itu adalah lelaki, ianya SANGAT-SANGAT MENCABAR!

Lagi, mengikut ketua pengkaji Joseph Doyle, turut menyebut anak kedua ini akan lebih mencabar dari segi “behavioral issues” berbanding anak pertama.

Terbaik.

Kajian mereka turut berkongsikan 20% – 40% daripada anak kedua ini akan lebih mempunyai masalah disiplin di sekolah, sehingga digantung persekolahan. Lagi teruk, ada yang dipenjarakan kerana beberapa kesalahan jenayah juvana.

Risau eh?

Jangan risau sangat ok.

Tetapi, sebelum kau orang panik tak tentu pasal, kita kena sedar, tak semua terpaksa hadap pengakhiran sebegitu. Aku percaya, sebagai orang Islam kita digalakkan untuk berusaha, berdoa dan tawakkal kepada Allah SWT.

Anak pertama akan menjadi “role model” kepada adik-adiknya lain sehingga dewasa. Anak kedua akan turut menjadi “role model” kepada adik-adiknya yang lain. Mungkin belum tiba masa untuk anak kedua menjadi “matang” seperti anak pertama, tetapi ini sepatutnya bukan yang isu yang perlu dirisaukan.

Biarkan mereka “have fun” dengan kehidupan kanak-kanak mereka. Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, perlu menyayangi, memerhati dan mendidik mereka ke jalan yang lebih sempurna.

Good luck mak pak semua!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *