July 2, 2020

Anak-anak Bergaduh? Aku Biarkan Sahaja, Asalkan Tiada 3 Sikap Ini.

Bila dilihat keaktifan Dayyan dan Danish tanpa henti, ramai yang bertanya aku, dua orang hero tu tak bergaduh ke? Penat gak nak menjawab. Anak mana yang tak bergaduh. Terutama dalam fasa seperti mereka berdua. Pada aku, keaktifan mereka adalah normal kerana mengikut Umi, semasa aku seusia mereka, aku lagilah terlebih aktif daripada Dayyan atau Danish. Jadi, aku bertenang sahaja.

Boleh dikatakan hari hari bergaduh.

Ada masa, Dayyan jentik Danish kerana ambil “toys”nya tanpa izin.

Ada masa Danish marahkan Dayyan sebab hancurkan binaan LEGO. Gedebuk kena sebiji.

Dayyan lawan balik. Campak toys.

Apa Aku Buat Bila Anak Bergaduh?

Ada juga yang bertanya, bila dua hero aku tu bergaduh, apa aku buat?

Ada masa aku boleh bertahan, ada masa aku hilang sabar juga. Aku join bergaduh sama. kahkah.

Biasalah tu. Cuma aku nak beritahu, anak-anak bergaduh ini perkara biasa. Sebenarnya ini bukan masalah tuan-tuan sahaja. Tapi masalah ini adalah masalah global. Anak-anak kecil akan bergaduh sesama mereka. Normal.

Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita tak perlu terlalu risau apabila mereka bergaduh. Petiklah negara mana pun, anak-anak mereka pun bergaduh.

Cuma, yang perlu kita risau dan perhatikan, apa sebab mereka bergaduh. Adakah mereka bergaduh kerana perasan cemburu, iri hati atau hasad dengki.

Jika YA jawapan tuan puan, maka sebagai ibu bapa, kita perlu risau.

Anak-anak bergaduh disebab berebutkan “toys” atau tidak mahu berkongsikan alat mainan lain, tanpa ada rasa cemburu, iri hati dan hasad dengki adalah sesuatu yang normal.

Berdasarkan pengalaman aku membesarkan Dayyan dan Danish, anak kedua lebih suka melakukan provokasi. Dayyan yang tidak tahan dengan provokasi akan mula bertindak kasar. Disebabkan Danish rasa dia dah sama besar dengan abang Dayyan, dia akan melawan. Maka berlakukah kekecohan dalam rumah aku. Ini adalah pergaduhan biasa yang boleh diselesaikan mengikut tahap perkembangan emosi dan usia mereka.

tips didik anak

Hari demi hari, mereka akan membesar dan lebih matang. Sejajar dengan kematangan mereka, mereka semakin matang dalam berfikir, kemahiran interaksi dan pergaulan sosial mereka juga menjadi semakin baik, jika dididik dengan jalan yang betul.

Tetapi jika mereka bergaduh disebabkan sikap cemburu yang negatif, iri hati yang negatif atau ada rasa hasad dengki, maka di sini mereka dalam keadaan bahaya. Cemburu, iri hati atau hasad dengki bukanlah “penyakit” yang boleh diubati dengan perubahan masa dan usia. Walaupun disediakan didikan yang terbaik, jika dibiarkan cemburu, iri hati dan hasad dengki menguasai diri, ianya tetap petanda bahaya!

Kenapa Aku Katakan Ini Sebagai Petanda Bahaya?

Jawapan kepada persoalan di atas terkandung di dalam kisah sejarah. Wajib kita pelajari dan hadami.

Sejarah mencatatkan, persengketaan sehingga berlakunya pertumpahan darah pertama kali di dunia ini adalah disebabkan oleh rasa cemburu dan iri hati. Dan kisah ini adalah kisah dua beradik yang sudah dewasa.

Persengketaan pertama yang berlaku sebelum alam dunia ialah persengketaan di antara iblis dan Nabi Adam a.s.

Apa puncanya? Kerana yang terlibat bukanlah individu ‘biashe-biashe’ dan asalnya dimulikan. Semuanya kerana rasa iri hati dan cemburu iblis terhadap Nabi Adam yang diberi kedudukan yang lebih mulia.

Akibat persengketaan ini, iblis rela dilaknat Allah SWT untuk selamanya. Walhal iblis mengetahui, Allah Maha Berkuasa dan Maha Berat azab murkanya. Tapi, itu semua tidal dipedulikan oleh iblis. Kerana rasa cemburu dan iri hati telah menguasai diri. Rasa ini adalah penyakit hati yang sukar diubati dan membuatkan mereka bertindak gila dan hilang kewarasan akal.

Masih ingat kisah Nasi Yusuf yang hampir dibunuh oleh adik-beradik sendiri? Juga kerana iri hati dan cemburu. Walhal bapa beliau juga seorang Nabi yang penuh dengan hikmah dan tinggi ilmunya. Secara amnya, beliau mampu mendidik anak-anak dengan didikan yang betul dan berjaya.

Kenapa itu tetap berlaku?

Perkara membesarkan anak-anak bukanlah perkara senang atau terkandung di dalam buku secara langsung. Ada SOP dan sekadar ikut SOP tersebut sahaja. Bukan semudah itu.

Sebagus mana didikan yang kita berikan, jika sifat cemburu dan iri hati masih menebal, itu adalah satu signal berbahaya.

Kisah-kisah di atas ada disebut secara jelas di dalam al-Quran. Ianya berlaku kerana iri hati dan cemburu. Allah SWT tak cerita tanpa sebab. Ianya benar, tanpa sebarang persoalan.

Yang jelas, Allah nak kita ambil pengajaran dan pedoman dengan serius dalam hal ini. Akibat rasa cemburu dan iri hati, hubungan adik-beradik yang akrab mampu berpecah belah.

Malangnya, perkara ini yang semakin banyak terjadi hari ini. Pandang sekeliling kita!

Api cemburu jika tidak dikawal sedari anak-anak ini kecil, pasti lebih membawa keburukan apabila mereka meningkat dewasa. Kesan buruk ini akan berpanjangan sehingga hari tua. Paling menakutkan, rasa benci dan cemburu ini, diwarisi oleh generasi berikutnya..Wallahua’lam…

Jadi, padamlah api cemburu sekiranya mula membakar jiwa anak-anak. Sementara mereka kecil, api di dalam sekam mudah dipadamkan. Yang merisaukan apabila mereka sudah besar. Ibu bapa yang tua tidak berdaya mampu tengok sahaja mereka bertengkar, sindir menyindir, berebutkan harta dan bermasam muka. Minta dijauhi!

Ikhlas cakap, anak aku, Dayyan dan Danish juga sering bergaduh. Kadang aku biarkan sahaja. Kadang aku jeling bini aku tanda minta dia masuk campur. Kadang aku menegur mereka dengan cara aku. Tapi sekiranya aku nampak ada api cemburu dalam hati mereka, aku takkan biarkan begitu sahaja.

Kajian menunjukkan, perkara ini adalah toksik kepada cara hidup mereka. Berpotensi menyebabkan anak-anak depresi untuk tempoh masa panjang. Mungkin mangsa depresi hari ini terdiri daripada mereka yang menjadi mangsa akibat pergaduhan yang adik beradik lain sejak berusia 5 tahun.

Ilmu parenting sangat penting. Setidaknya kita mampu mengesan sejak awal sebelum perkara ini menjadi barah dalam hubungan adik-beradik. Setidak-tidak dengan ilmu parenting, kita bijak menilai masalah yang melanda anak-anak. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi? Dan apa pula yang perlu dilakukan untuk menghalang masalah kecil menjadi besar.

Kalau takde ilmu, yang kecil kita anggap besar. Begitu sebaliknya. Yang rugi, siapa? Kita juga kan..

Sama-sama kita mempelajari dan mempraktik ilmu-ilmu sebegini demi kebahagian keluarga. Aku doakan setiap urusan mendidik anak kita dibantu dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Anak-anak Bergaduh? Aku Biarkan Sahaja, Asalkan Tiada 3 Sikap Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *