July 8, 2020

Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Bercakap tentang Pertubuhan Sukarelawan di Malaysia, pasti panjang senarai nama-nama persatuan yang terbabit. Tidak kisahlah siapa individu di sebalik persatuan ini, mereka patut diberi pujian kerana melakukan kerja amal tanpa kepentingan.

Jika ditanya pertubuhan sukarelawan yang mana bermain di fikiran aku sekarang ini, pasti jawapan aku melekat kepada Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

Kenapa? Ada apa dengan Muslim Volunteer Malaysia ni?

Pendek cerita, ada rakan-rakan di sekeliling aku yang terlibat dalam MVM, jadi mereka berkongsi tentang aktiviti sukarelawan 2018 dan sumbangan pada tahun sebelum itu yang dilakukan oleh pertubuhan ini di media sosial.

Banyak program yang dianjurkan oleh pihak MVM terutama kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan sama ada bantuan kelengkapan hidup atau pun khidmat nasihat.

MVM turut tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri.

Salah satu program MVM yang menjadi asbab kepada pengiktirafan ini adalah program Pure Heart.

Apa Itu Program Pure Heart?

Program Pemeriksaan Kesihatan.

Mungkin ramai yang masih belum menyedari kewujudan program Pure Heart yang telah diasaskan sejak tahun 2016.

Pure Heart adalah sebuah program berfasa yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang berpendapatan RM1,500 ke bawah seisi keluarga agar dapat meneruskan kehidupan harian.

Bantuan yang diberikan berbentuk bantuan barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.

Program ini akan berlangsung selama 10 bulan setiap tahun bermula Februari sehingga November.

Bagaimana Program Pure Heart Dilaksanakan?

Untuk menjayakan program Pure Heart ini, MVM telah berkolaborasi dengan pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor bagi mengenalpasti keluarga asnaf yang layak menerima bantuan. MVM juga menerima khidmat nasihat daripada pihak Zakat Selangor.

Setiap tahun sejak 2016, sekolah berbeza di sekitar Selangor akan dipilih untuk berkolaborasi dalam program Pure Heart Muslim Volunteer Malaysia ini.

Aku pasti sekolah-sekolah yang berkolaborasi dengan MVM sudah dinilai dan dibanci jumlah penerima yang layak. Pastinya bantuan zakat sekolah rendah ini sedikit sebanyak akan memberi kegembiraan kepada anak-ank asnaf untuk terus berjuang.

Secara keseluruhan, program Pure Heart sudah berjaya membantu hampir 3,790 orang.

Program Raya Bersama Asnaf-Pure Heart

Bantuan Pure Heart.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah bentuk bantuan yang disampaikan oleh Pure Heart. Sebenarnya, Pure Heart bukan sekadar memberi bantuan secara “1 off”, tetapi lebih memberi bantuan secara berpanjangan.

Penerima bantuan Pure Heart adalah warganegara Malaysia dan datang daripada keluarga dalam kategori asnaf yang berpendapatan RM1,500 ke bawah untuk seisi keluarga.

Bantuan Pure Heart terbahagi kepada 3 fasa:

Fasa 1: Bantuan Asas.

Penerima bantuan akan mendapat kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Bukan sahaja kepada keluarga asnaf, anak-anak asnaf juga turut mendapat faedah dalam fasa ini yang berupa bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah.

Asnaf Dan Kotak Pure Heart

Fasa 2: Bantuan Kemahiran

Bak kata pepatah, “Memberi Pancing Lebih Baik Daripada Memberi Ikan“, MVM mengambil inisiatif untuk membantu golongan asnaf ini membentuk “skill” dan kemahiran asas yang berpotensi menjana pendapatan secara berpanjangan kepada mereka.

Bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta lain-lain.

InsyaAllah, aku pasti, ini adalah cara terbaik untuk membantu mereka dalam jangka masa panjang.

Fasa 3: Bantuan Komitmen

Bantuan bukan hanya dalam bentuk barangan atau wang ringgit. Aku tertarik dengan bentuk bantuan komitmen ini. Pada aku, hanya mereka sendiri yang mampu mengubah nasib mereka.

Tabik spring pada MVM yang berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan.

Aku yakin, bidang keusahawanan mampu merubah taraf hidup mereka. Tim MVM Pure Heart sangat komited untuk membantu golongan asnaf. Ini terbukti apabila mereka sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan pada setiap tahun.

Usaha mereka terbukti berhasil apabila melihat beberapa kempen yang sedang dan akan diadakan sepanjang tahun 2019.

Penambahbaikan Pure Heart Pada Tahun 2019 Ini?

a) Kempen Lunch Box Junior

Berbeza pada tahun ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.

b) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia

Selain itu, MVM juga telah merangka satu lagi kempen baru dalam Pure Heart ini iaitu Dapur Berasap, Keluarga Bahagia.

Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk bersedekah barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf.

Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili.

Orang awam boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut :
Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
Waze : K3 Farmasi / Luni Collection
Landmark : Berdekatan stesen LRT Puchong Prima
Boleh hubungi 012 235 6854 (Azizi) untuk pertanyaan lanjut.

c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik

Kempen Wakaf Buku Si Cilik turut diadakan bertujuan untuk memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah.

Dengan kempen ini, orang ramai berpeluang menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah.

Orang awam boleh wakafkan buku-buku terpakai yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak- kanak atau Al-Quran dan muqaddam.

Bagaimana Menyumbang Buku-buku Ini?

Boleh hantar atau pos buku-buku tersebut di HQ Muslim Volunteer Malaysia.
Waze : Muslim Volunteer Malaysia
Alamat : 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Boleh hubungi Azizi 012 235 6854 untuk pertanyaan lanjut.

Peluang Jana Pahala Dengan Pure Heart.

Program ini akan lebih berjaya dengan penglibatan orang ramai. Jadi, selain sumbangan buku-buku yang dinyatakan tadi, Pure Heart MVM turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja barangan asas dapur dan keperluan harian untuk keluarga asnaf Pure Heart.

Barangan bantuan ini akan dibungkus dalam kotak Pure Heart khas.

Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :
Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-
lain.

Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Sumbangan orang ramai dibungkus dalam kotak khas.

Kerja-kerja sumbangan ini disusun dengan penuh sistematik oleh MVM dan memudahkan para penyumbang. Di bawah ini aku senarai beberapa maklumat berkaitan tajaan yang boleh dijadikan rujukan.

Maklumat Tajaan.

1 Tajaan Kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga.
Sasaran = 250 keluarga
Jumlah sasaran = RM20,000 / sebulan atau RM200,000 / 10 bulan

Pilihan Tajaan.

Tajaan Sebulan.

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga=RM80 sebulan
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga=RM240 sebulan
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga=RM480 sebulan
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga=RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga=RM800 untuk setahun
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga=RM2,400 untuk setahun
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga=RM4,800 untuk setahun
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga=RM8,000 untuk setahun

Anda juga boleh menyumbang terus ke website donation MVM : www.donation.mvm.org.my

PENAJAAN KORPORAT :

Bagi urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM 012 235
6854 atau email fund@mvm.org.my .

Hubungi Kami :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854
Website: https://www.mvm.org.my
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter: https://twitter.com/volunteermvm

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *