![Warung Sebelah Rumah Menteri Besar](https://jmr23.com/wp-content/uploads/2019/01/IMG_0058-700x525.jpg)
Eh bukan. Warung Sebelah Rumah Menteri Besar ni bukanlah nama kedai makan yang menyediakan sarapan pagi tu. Nama ini hanyalah gelaran yang diberikan oleh penduduk tempatan dan pengunjung yang pernah ke sini. Nama sebenar warung ini adalah Mughni Saujana Cafe, terletak bersebelah dengan Rumah Menteri Besar Johor. Ini adalah warung kami bersarapan pagi semasa trip ke Johor Bahru tempoh hari.
![Warung Sebelah Rumah Menteri Besar](https://jmr23.com/wp-content/uploads/2019/01/IMG_0059-700x525.jpg)
Menjadi rutin kami setiap kali ke tempat orang, pasti ingin mencuba apa yang menarik di situ. Jika malam sebelum ini, kami dah mencuba keenakan makanan laut di Pantai Senibong, kali ini, kami ingin mencuba nasi lemak paru goreng yang dikatakan antara nasi lemak paling sedap di Johor.
Mughni Saujana Cafe – Tempat Sarapan Pagi di Johor Bahru
Kami sampai di Mughni Saujana Cafe ni lebih kurang jam 8.30 pagi. Guna aplikasi WAZE, search sahaja Mughni Saujana Cafe , akan terus dibawa ke sini. Mula-mula agak terkejut melihat barisan pengunjung yang sedang beratur untuk mengambil makanan. Mujur aku ada terbaca tentang ini. kalau tak, mahu aku batalkan sahaja niat bersarapan pagi di sini. Walaupun barisan panjang, tapi servis di sini sangat pantas.
![Warung Sebelah Rumah Menteri Besar](https://jmr23.com/wp-content/uploads/2019/01/IMG_0062-700x525.jpg)
Keadaan ‘cafe’ ini agak usang, tetapi jangan pandang rupa hanya pada luaran. Banyak pilihan sedap dan menarik yang ditawarkan Mughni Saujana ni. Antara menu yang ditawarkan di sini adalah:
- Nasi Lemak
- Soto
- Lontong kuah
- Lontong Kering
- Mee goreng
- Rendang kambing
- Paru goreng
![Warung Sebelah Rumah Menteri Besar](https://jmr23.com/wp-content/uploads/2019/01/IMG_0064-700x525.jpg)
Hajat di hati ingin merasa nasi lemak paru goreng. Tetapi rezeki takde, sebab bila tiba giliran aku, paru habissss..kecewa. Tapi takpelah, nasi lemak ayam+telur mata dan sotong sambal jadi penggantinya.
![](https://jmr23.com/wp-content/uploads/2019/01/IMG_0060-700x525.jpg)
Sedap ke nasi lemak Mughni Saujana Cafe ni? Cukup lemak, ayam rangup dan paling penting sambal dia ngam-ngam kena dengan selera aku. Tak pedas sangat, ada manis manis dan masam masam. *lapairliur..
Ikutkan nafsu, aku nak juga merasa lontong kering yang dicadangkan oleh rakan aku yang berasal dari Johor Bahru. Selain itu, soto di sini juga antara menu pilihan ramai. Mee goreng, mihun goreng kat sini pun nampak sedap gak, nak-nak kalau dimakan bersama rendang kambing. Fuhh..next time ok!
![](https://jmr23.com/wp-content/uploads/2019/01/IMG_0063-700x525.jpg)
Harga Menu Mughni Saujana Cafe
Harga kat sini pada aku sangat berbaloi. Paling best, servis dia sangat pantas. Nak lagi pantas, duduk je di meja bersebelahan dengan tempat buat air dan kaunter makanan. hahaha..insyaAllah lain kali kami akan datang lagi untuk mencuba menu-menu sarapan lain pula.
i think i can eat that nasi lemak ayam plus telur, everyday!!! haha i always cannot resist the fragrance of fried chicken!
suka kedai jenis macam ni, tapi jauh sangat joho sana 😂
Wahh ni baru tukar template blog ke? Nampak menarik pula bila nampak header camtu. Ramai eh orang sarapan kat situ. Mesti sedap.
Amboii.. Meriahnya menu.. Lapar plak lihat menu cenggini.. Boleh la turun JB, AM cuba terjah ke sini pula..
wow the food at WARUNG SEBELAH RUMAH MENTERI BESAR, JOHOR BAHRU look delicious. so many selections too. How’s the price like? Is it cheap and affordable too?
Alamak.. Sedapnya.. Dok baca entri ni dalam keadaan perut tengah lapar pulak.. Memang mendapat la. Hehe
walaupun kedai nampak biasa biasa, tapi pilihan menu meriah. Terbaik la gitu..
Walaupun warung tetap meriah lauk pauknya. Teringin makan gerai macam ni. Dlm keadaan sederhana tetap meriah
Selalunya kalau gerai usang macam ni yang jadi pilihan untuk sarapan sebab kualiti makanan yang dijual lagi sedap dan bagus dari kedai makan yang besar. Tengok gambar je saya tahu nasi lemak ni nampak sedap dan menyelerakan. Ada rezeki pergi Johor bolehlah saya try makan di sini nanti
LOL first baca mmg nak tanya dlu mg nama kedai dia macam tu ke haha. Nasi lemak mmg all time fave semua org Malaysia kot. Pi mana2 pun nasi lemak mesti jadi pilihan hehe
HAhahaha…masyarakat kit ammg mcm tu…tenggelam terus nama asal warung tu kan…popular plak dengan nama warung sebelah rumah menteri besar johor….xpe…lagi senang pelanggan nk cari…
Selalu gak ke Johor, tapi tak pernah pula sis di bawa ke warung ni. kalau sis kesana lagi nak try gak lah tempat ni. Memang kadang2 warung macam ni lagi sedap dari restoran besar2 tu..murah pun murah
sebut lontong kering dgn sotobuat liez terliur dah.. tu mmg fav liez tu tapi susah nak dpt lontong kering dkt kl ni..boleh lag singgah klau ke johor nanti.. kdg2 tak tahu nak g makan dekat mana bila ke sana..
makan kat warong gini la syok.
memang rupa kedai tu agak tak cantik, tapi confirm, makanan nyer sedap.
mostly gini. and sebab tu la diviralkan, kan 🙂
lontong goreng wajib la rasa di jb. signature dish jb kot.
nasi lemak tu confirm anak2 aida akan order. jb ke, kl ke, melaka ke, nasi lemak ni memang ohsem di mana pun.
Amboi nama restoran tu takut kita dengar ingat tadi sarapan dengan menteri besar Johor sekali wakakakaka. Tapi sedapnya semua makanan sarapan tu sangat menyelerakan kita hehehehhe boleh pergi kat JB tu banyak yang baru….
Looks yummy. I love these kind of food. Sure will go try it when i go johor next time.
yeah I like to eat nasi lemak too, didn’t know this place til you shared here. Good that you and family enjoy the meal, I want let my dear to know too, his bro also working in JB sometimes maybe he knows this place. Shall plan visit here to dine if we plan to go JB
banyaknya menu sarapan pagi…. sedap-sedap pula tu. kalau ada rezeki pergi Johor nanti boleh la singgah sini.
nampak sedap. kena pergi ni. airah memang tak rajin sarapan dekat luar. ni dah ada kedai yang boleh terjah, memang kena pergi la
Kalau sarapan pagi, bihun simple pun sedap. Letak 1 telur mata kerbau pun dah layan makan. Banyak juga menu sarapan dia. Glamour warung ni sebab sebelah rumah menteri besar. Senang nak gi sini kan sebab tempat ni sure ramai yang tahu.
Memang sedap makan nasi lemak pagi pagi hari untuk sarapan kan. Wajib singgh kalau p jb lepas ni
Sedap sangat makan nasi lemak panas panas ni kan. Hehe. Nampaknya kalau dah sampai johor memang wajib singgah ni