December 5, 2020

Kisah 31% Off Baskin Robbins promo

Dia: B..tadi bby bagitau nak makan esklim malam ni..

Aku: Yeke, baby Call ke SMS ke bagitau tu?

Dia: SMS…(*oh pandai menjawab..)

Aku: Takde kredit la nak reply balik…

Dia: Baby tendang-tendang la…(*tarik muka masuk bilik..)

Aku: Yela yela..

Sejak 3, 4 bulan pertama ni, rasanya takde lagi Puan Nunu mengidam nak makan apa-apa yang memeningkan.   Apatah lagi nak makan sabun atau selipar..Rasanya ni kali pertama dia betul-betul nak..kebetulan untuk setiap bulan yang ada 31st, Baskin Robbins ada buat promosi less 31% untuk belian aiskrim dalam container pint, quart atau pun 1/2 gallon..so pandai-pandai la pilih, pandai-pandailah bayar..heheheh..

Untuk trip kali ni, pilihan awal adalah pint size, yakni yang paling kecil. Agaknya ramai giler customer hari ni,  so untuk pint size sudah out of stock seawal jam 8.30malam di cawangan One Utama. Nak tak nak kenala amik size kedua besar, Quart, RM31.74…banyak okkey Quart size untuk dua orang..

Untuk take away, dry ice digunakan untuk mengelakkan aiskrim daripada cepat mencair. Hati-hati dengan ais kering ni, kalau terkena tangan, memang melekat kuat kat tangan..

Muka seronok dapat aiskrim sebaldi..

Taraa..jom makan..simboliknya 3 batang sudu tu..sekali lantak, 3/4 daripada Quart tu dah selamat masuk mulut..

“Kuat tol baby melantak ye dear….” kata aku.

” It’s time for ice cream revolution “

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Kisah 31% Off Baskin Robbins promo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *