October 6, 2024

Makanan Laut Sedap di Senibong, Johor.

Selepas seharian kami di Legoland Malaysia (tanpa lunch yang proper) perut memang rancak berkeroncong minta diisi. Sebaik sahaja check-in di hotel, terus mandi, bersiap dan ready untuk cari makan di Johor Bahru ni. Malam pertama di Johor kali in, adik aku dah bagi idea untuk mencuba keenakan makanan laut di Pantai Senibong. Ok lah, walaupun belum gaji, rezeki sentiasa ada untuk famili. Here we go!

Aku pernah tahu tentang Senibong yang popular dengan makanan laut segar dan sedap di Johor Bahru ni. Boleh dikatakan antara tempat makan sedap di Johor Bahru. Tapi aku tidak pernah berpeluang ke sini.

Terletak di Pantai Senibong, tempatnya betul-betul di tepi Selat Tebrau, dan jelas nampak negara seberang, Singapura. Cuma, dari bandaraya JB nak ke sana, memang kami percaya bulat-bulat pada WAZE. Alhamdulillah, takde offset, tepat ke parking Senibong Seafood. Jangan lupa bayar parking RM2 sekali masuk..hehe..

Memandangkan kami tengah kelaparan, keluar je kereta, terus menuju ke kedai pertama di laluan masuk, Restoran Selera Senibong Seafood. Tanpa membuang masa, terus pilih makanan laut apa yang bakal menjadi santapan. Aku biarkan diorang pilih, aku hanya memilih ketam bunga, 3 ekor, masak butter..tu je yang bermain di pintu selera aku pada malam tu.

Seperti janji akak yang ambil pesanan awal-awal tadi, katanya servis di kedai mereka cepat, sedap dan pantas. Dah pilih semua binatang-binatang laut tu, timbang berat dan serahkan kepada krew di dapur, kami di bawa ke meja betul-betul di tepi selat, berbumbungkan bulan dan bintang. Nyaman.

Syok tempat begini, dapat menikmati angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Chewahh..lebih kurang setengah jam, menu yang siap dimasak mulai tiba di meja..

Bismillah..

Overall OK la masakan di Restoran Selera Senibong Seafood ni. Ketam masak butter tu paling aku suka..yang lain-lain, so so je la..haha..feveret ikan bakar dan sotong celup tepung aku tetap di Restoran Zul Ikan Bakar Besut..haha

Pepahat 1 pingga 4 org makan – RM25.00
ketam masak butter
Ketam Bunga Masak Butter 3 ekor – RM93.00
Jenahak Bakar 1 ekor – RM55.00
makan malam di Senibong Seafood
Makan malam bersama famili adik ke-3 aku.

Nampak tak sotong celup tepung sepinggan tu. 5 ekor saiz besar besar sebelum goreng, dah goreng, banyak tu je tinggal..haha..RM60.00 untuk sepinggan tu. Total semua RM263..serius kenyang gila. Sebelum start makan, terfikir gak cukup ke idok order ni. Risau diorang tak cukup makan je..:-p

Burpp..alhamdulillah..licin semua lauk pauk, minuman dan nasi. Kalau bab makan aku tak berkira sangat. Order sahaja nak makan apa, janji habis. Kalau tak habis, siap sedialah mendengar bebelan aku. Bukan sebab kedekut, tapi sebab tak baik membazir makanan. Amalan syaitonnn..haha

Nota: Kecur air liur aku masa dok menaip draf entri ni. Nanti aku nak kongsikan lagi 2,3 tempat makan menarik di Johor Bahru yang sempat aku terjah untuk trip kali ini..Stay tune!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

24 thoughts on “Makanan Laut Sedap di Senibong, Johor.

  1. pernah skali makan di senibong.
    2010 dulu kala. time bekerja di jb.
    masa tu jadi weekend mom. every weekend berulang balik ke melaka.
    tak la selalu dpt dinner at senibong. mahal! 🙂 ha ha ha ha…
    stulang laut jer lah…

  2. Alamak. Sedapnya semuaaa. Kecur liur dok tengok. Hehe
    Tapi kena pantang makan dulu buat masa ni.
    Sotong goreng celup tepung kalau makan ratah gitu pun dah sedap dah. Terbayang bayang pulak. Hehe

  3. First time dengar pasal restoran ni. Makanan tuh semua nampak sedap menyelerakan. Nak nak ketam masak butter tuh hah. Lagi buka selera. Kalau singgah senibong ni nanti boleh makan kat sini. Terliur tengok

  4. Oh langsung tak tahu pasal senibong ni. Kalau tak baca ni memang tak tahu la. Next time kalau pergi rumah abg dan kakak kat JB tu boleh ajak dorang cuba masakan kat Senibong ni.

  5. Uittt terliur lak tengok gambar makanan kat atas ni..lapor jadinya. Memang sis kalau ke Johor pun sure cari makanan..makanan kat sana sedap-sedap, rugi kalau tak cuba satu satu tempat tu

  6. Wow…RM260++ untuk makanan laut…hmm…ketam memang sedikit mahal kan? Tetapi kalau semua happy dan kenyang, takpe kan. Duit boleh cari lagi. Janji semua orang happy. 😀

  7. pergh namapk menyelerakan semuanya ni..aduhh..kita terliur tengok ketam tu..kalau dah namanya seafood siapa yang taknak makan oii..boleh cuba kalau bercuti ke johor nanti..paln nak pergi snaa juga nanti

  8. seronok bila dapat makan besar ramai2 macam ni..apatah lagi makan seafood…tak pernah lagi datang makan kat sini..ingat nak try sekalilah datang makan kat ini satu hari nanti

  9. Baca title makan laut sedap . Sekali tengok kat Johor. Alaaaa…jauh ke selatan. Serious even you cakap tak sedap pun…I tetap nampak gambar tu sedap. I serious love your blog sebab banyak cerita tempat menarik camni.

  10. Sukanya makanan laut. Nampak meriah je menu yang Jamar order ni haaa…. ketam tu haaaa…..adeh tak tahan sis tengok. Nampak sedap semuanya ni. Tak pernah lagi makan kat sini bila ke Johor. Nanti leh try la kat sini .

  11. Sukanya makanan laut. Nampak meriah je menu yang Jamar order ni haaa…. ketam tu haaaa…..adeh tak tahan sis tengok. Nampak sedap semuanya ni. Tak pernah lagi makan kat sini bila ke Johor. Nanti leh try.

  12. Ok, pepahat tu apa? Huhu.Ni duk kongsi tempat2 kat Johor ni mmg boleh create itinerary ni kena forward kat husband. Huhu. Kitorang x penah bwk anak2 round Johor lagi.

  13. Senibong tak pernah dengar pun firstime tahu pasal tempat makan seafood ni hehehe tengok semua makanan laut yang diorder menyelerakan gilerrr lah lama tak ker JB tak apa nanti kalau sampai kita boleh rekmenkan untuk datang sini hehehe nice lah Jamar..

  14. Fuh! Meleleh air liur tengok perkongsian jmr di sini. Makanan dia kemain wow lagi! Terbaiklah cara dia hias pon dah menarik perhatian kita. Cx tak pernah lagi ke senibong johor ni. Kalau ke sana nanti , kena cuba semua ni. Mana boleh terlepas makanan sedap² ginj

  15. Perghhhhh… Oh my oh my. Terliur kita nengok ketam bunga masak butter tu..!!
    Kita save bookmark. Nanti pi Johor pasti nak jalan jalan cari makan kat sini. Tergoda sungguh

  16. Wah jarang dengar ada daddy blogger. Selalu nak mak je yang kuat bercerita. apa apa pun nice post. blog pun niceee .harap merasa jugak makann sedap tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *