November 10, 2024

Murtabak Majid Special Cheese No.1 di Johor Bahru

Tempat makan best di Johor Bahru untuk sarapan pagi dan makan malam dah pun aku kongsikan sebelum ini (Mughni Saujana Cafe dan Senibong Seafood). Kali ini aku ingin berkongsi satu lagi tempat makan best di Johor Bahru. Kiranya ini untuk makan tengah hari, sebab sehari sebelum tu aku ke sini pada jam 8 malam untuk makan malam, tetapi kedai dah tutuppp..

dan satu lagi, selera kita mungkin berbeza, jadi aku berkongsi berdasarkan selera makan aku..haha

Murtabak Majid Special Cheese No.1

tempat makan sedap di johor bahru

Ye, itulah nama kedai ini. Terletak di Kampung Kurnia dan beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

Menu utama di Murtabak Majid Special Cheese No.1 Kampung Kurnia, semestinya murtabak. Selain itu, terdapat beberapa gerai yang menjual menu lain seperti nasi ayam panggan dan roti John. Pesanan air dan murtabak akan diambil di meja pelanggan, dan untuk lain-lain menu, pelanggan perlu ke gerai untuk memesan.

Tak perlu risau tentang kekosongan meja. Bilangan meja di sini memang banyak, dan pelanggan pun tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjamu selera.

tempat makan best di johor bahru

Sebelum pesanan murtabak cheese ayam kami tiba, pesan juga nasi ayam panggang untuk Dayyan dan Danish. Aku lebih suka bagi dua hero ni nasi setiap kali waktu makan, ye la, budak-budak ni kena lebihkan karbohidrat..tak leh makan cheese lebih lebih..haha

Harga Murtabak di Murtabak Majid Special Cheese No.1 Kampung Kurnia
murtabak sedap di johor
Pekerja sedang menyediakan Murtabak Cheese.

Pesanan kami tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Tak sampai 10 minit, Murtabak Cheese Ayam Special kami dah sampai! Mengikut staf yang ambil order, saiz “Special” ini memang cukup untuk dua orang makan. Tapi kalau kau jenis makan banyak dan peminat cheese, rasanya sebiji murtabak bersaiz ini pun takde hal kan.

Cheese Leleh. Rasa Cheese Tak Muak!

Aku bukanlah peminat tegar cheese, tapi aku suka makan cheese. Nak nak jenis yang tak muak seperti ini. Yang cheese kat sini, jenis Parmesan ke, Mozarella ke, aku tak pasti sangat. Bila ditarik, cheese tu mengikt. Hah gilalah, telan air liur la plak bila tengok balik gambar tu.

InsyaAllah, sekiranya berpeluang lagi ke Murtabak Majid Special Cheese No.1, aku akan cuba lain-lain menu pula.


JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Murtabak Majid Special Cheese No.1 di Johor Bahru

  1. Wow…lihat lar cheese yang terdapat di dalam murtabak tu. Memang sangat banyak cheese kan? 🙂 Tapi harga dia ada sedikit mahal tidak? 🙂 Harap-harap suatu hari nanti boleh lar cuba.

  2. Nampak sedap betul tu abg Jmr. Terigin pulak rasa sebab selalu ke JB asyik makan kacang pool je. Nak try nnti. hehehe

  3. ya ampun, mertabak cheese ni nampak menarik dari yang and cuba sebelum ni..nak kene pergi johor la ni nak rasa..nanti memg rancang nak bercuti ke johor..ok boleh ajak en suami ke sini

  4. Alamak.. Kita fav sangat dengan mutabak.
    Tapi tak pernah lagi makan mutabak ada cheese.
    Boleh try ni.
    Tapi risau kalau orang tak pandai buat, muak nak makan.

  5. Ya Allah sedap sangat murtabaknya memang meleleh tengok hehehehe kat Johor ni banyak tempat menarik untuk makan yer kita pun tak tahu … Jamar dan tukar jadi food blogger ker wakakakka bagus sharing ni nanti boleh kita singgah hehehehe….

  6. Makkkk terliurnya tengok cheese dia melimpah ruah..dah habaq kat adik yang tinggal kat JB nanti nak pi JB dia kena bawa pi makan kat sini..kami laki bini memang suka makan murtabak..kalau tambah cheese mesti lagi sedap..serius terliur..

  7. pernah makan. tapi aida takeaway. ada la share dlm blog.
    but, tak dpt puji. sampai kat rumah (melaka), bila makan, tak sedap mana pun.
    cheese nyer tak menarik rasa sedap di tekak. hingga tertanya-tanya sendiri, apa yg sedap nyer? apa yg special nyer?
    pendpt aida, kena makan panas2 kat sana. baru dpt merasa cheese nyer melekit gitu.
    lenkali akan try makan situ. masa gi tu, da time nak balik melaka, kan 🙂

  8. Anything with cheese, I’m on it! Hahaha. Tapi seriously, your itinerary for Johor trip might as well be mine if we ever pergi jalan2 Johor. Habis laa husband kena dgr wife dia mantra nak pi Johor hari2 pasni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *