Teh Tarik Madu Warung Pak Mat Pulau Pisang – Lemak-lemak manis, sedap & berbuih-buih!!
Setiap kali balik kampung, aktiviti ‘Jalan-jalan Cari Makan’ antara aktiviti wajib dilakukan bersama Umi dan famili lain. Kali ini, adik bongsu aku dok ajak pekena teh tarik madu Warung Pak Mat.
Pernah gak aku tengok gambar teh tarik madu Warung Pak Mat ni, tetapi tak pernah terfikir nak mencubanya. Jadi, selepas menghantar adik kedua&famili terbang pulang ke Subang di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa, ambil peluang ini untuk mencari lokasi Warung Pak Mat yang terletak tak jauh dari Pantai Cahaya Bulan.
Waze sahaja Medan Ikan Bakar (MIB) atau Warung Pak Mat Sup Kepala Ikan Teh Tarik Madu, pasti akan dibawa ke lokasi. Terletak di tepi Sungai Kelantan, lokasi strategik untuk menikmati hidangan bersama famili. Perkhidmatan River cruise juga disediakan oleh pihak MIB. Kemudahan parking disediakan di dalam kawasan restoran dan juga di tepi jalan utama. Jangan risau, parking banyak.
Kami sampai lebih kurang jam 1.30 petang. Cuaca bahang, panas. Sangat ‘heaven’ dapat hirup teh tarik madu Warung Pak Mat ni. RM4.20 segelas ni. Buih dia memang takleh lawan teh tarik mamak. Rasa lemak-lemaj manis tapi tak terlalu manis.
Alang-alang dah sampai, perut pun dah minta di isi, apa kata pekena dulu menu tarikan di Warung Pak Mat Pulau Pisang ni. Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat! Satu mangkuk besar ini boleh dimakan untuk 4 orang. Harga pula berbeza mengikut harga ikan di pasaran. Kali ini, harga adalah RM80 untuk semangkuk ni.
Tapi serius, sangat berbaloi. Rasa rempah dan bahan-bahan dalam sup sangat sedap & meletup! Aku hirup hingga licin sebagai tanda menghargai.
Selain itu, menu-menu yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Ada daging goreng kunyit, ayam kampung goreng, ayam percik ala Kelantan, kari ikan siakap dan macam-macam lagi. Kalau boleh, semua menu aku nak cuba. Bukan apa, masakan ala Kelantan antara masakan yang paling sedap di Malaysia.
Aiskrim Teh Tarik Madu.
Pernah makan airkrim teh tarik madu? Homemade ice-cream, ciptaan pemilik Warung Pak Mat. Rasa yang unik. RM5 untuk satu scoop dalam kon ini. Senyum lebar si abang Dayyan dapat aiskrim sebesar itu untuk dia sorang. Daddy kasi can je untuk trip kali ini…
Sedapnya….perut tengah lapo ni….hehe
wah macam sedap je teh tarik tu…nak pergi jauh sangat tu kelantan…huhuhu
Ya Allahhhhhh
sedapnya teh tarik tu mengoda sungguh
dah lah iols ni hantu teh tarik
suka adik lepas makan dapat pencuci mulut lagi..
kat ipoh ada tapi tak tahu ceruk mana alahai…ni kalau sesekali tak pa kalau selalu bahaya heee..
makan bersama keluarga memang menyeronokkan makan nasi silap-silap bertambah
Hirup sampai licin..wow bestnya kalau begitu..
Buih teh tarik tu pun saya suka
Fuhhh… Dia punya buih tu boleh membuatkan orang sebelah yang tengok pun teringin nak minum…. 😉
orang sebelah pun order air sama gak..majoriti pelanggan order air yg sama kat sini..hehe
fuh berbuih2 teh tarik tu
tu yg dok meleleh air liur dok tgk buih tu hehe
amboi.. semua senyum lain mcm lps dpt minum n mkn kt cni eh.. 🙂
kalau dah kenyang pun masam lagi, mmg nak kena la..haha