October 5, 2024

Annual Dinner 2018 di Feast, Hotel Sheraton P.J

Penafian, ini bukanlah blogpost review makanan di Restoran Feast, Hotel Sheraton PJ. Sekadar catatan perjalanan karier aku bersama Project Team di kompeni ini. Manalah tahu kan, kot kot ada rezeki di tempat baru esok lusa, bolehlah jadikan post ini sebagai kenangan..haha..

Sheraton Hotel lobby

Perancangan awal, bos nak buat Annual Dinner 2018 bersama Project Team di Hotel Pullman KL. Tapi ditukar di saat akhir di Restoran Feast, Hotel Sheraton PJ, sama tempat seperti Annual Dinner 2017 pada tahun lepas. Aku prefer di Hotel Sheraton PJ, sebab lagi dekat dan tak perlu aku nak redah jem ke KL :-p

Menu tahun lepas dengan sesi kali ini lebih kurang sama. Tak pasti. Atau selera aku pada hari itu tidaklah sehebat selera berbuffet seperti sebelum-sebelum ini.

Kali ini, hanya ada satu menu yang berjaya menarik perhatian selera aku. Ni ha, menu mini burger seperti gambar di bawah ini.

Feast Sheraton PJ
Mini Burger

Aku tak pasti nama yang chef hotel beri untuk menu ini. Lebih kurang 8 ketul gak aku makan. Sedap woo..patty dia memang lain macam sedap. Kat bawah tu nampak macam roti kan, tapi bukan sebenarnya. Tesktur dia lembut, rasa macam cheese + karamel..argh susah lak nak terangkan. Tapi macam tu lah rasanya..

Seafood section kali ini tak berjaya menarik perhatian aku. Sejak makin bertambah usia ni, hal-hal makanan laut ni aku kena kurangkanlah. Kang makin naik kolestrol dan bacaan asid urik. haha..kalau memang ulang-alik ke section ni je la kan.

Eh, dah macam food review Restoran Feast la pula. Ok, habiskan kat sini pasal makanan.

Not bad lah Feast kalau korang nak lepak berbuffet bersama famili atau kawan-kawan. Tempat selesa. Makanan sedap. Kopi best. Harga pun tak silap aku lebih kurang RM98++ untuk seorang. Kira berbaloilah tu.

dinner at sheraton hotel
Tim aku memang MAJUMUK. Pelbagai Bangsa, Usia & Saiz.

Tak sampai sebulan lagi, tahun 2018 akan melabuhkan tirai. Tahun 2019 dah mula melambai-lambai. Kalau bercakap pasal perancangan dan perjalanan team aku untuk tahun hadapan, rasanya akan lebih mencabar dengan keadaan ekonomi semasa dan juga harga semasa minyak dunia.

Lagi mencabar apabila 2 orang “Offshore Man” tim aku dah letak jawatan untuk perjalanan karier baru mereka. Mencabarlah, sebab mesti aku pulak nak kena naik offshore platoform! hahah..

Rileks.

Harap-harap Jr engineer baru yang menggantikan diorang bukanlah biasa-biasa. Maksud aku, walaupun fresh grad, tapi diorang cepat belajar, berani dan berdikari. Zero knowledge, zero experience aku tak kisah sangat, tapi kena berani & berdikari. Takdelah nak kena suap setiap masa.

Eh, apahal aku membebel kat sini pulak!

Alhamdulillah, siap post aku untuk kali ini. Terima kasih sebab membaca.

🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Annual Dinner 2018 di Feast, Hotel Sheraton P.J

  1. Hahah comel betul entry ni. Dok ralit baca sampai bawah, tup² habis. Eh! Macam tergsntung je? Hihi sorry bossku. Cx jngatkan dok baca² tu, en.daddy nak sambung lagi explaination regarding hotel Sheraton. Okay tapi takpelah. Mini burger tu sangar menarik perhatian. Mcm sedap je bila en.daddy dok cakap mcm cheese keramel tu. Mesti wallah rasa dia. Almaklum sampai 8ketul bossku sapu. Hihi betul² sedap tu.

  2. Liez tgk burger tu pun dah tahu sedap hihihj.. maybe bukan roti tapi portobello mushroom kot. Seronok ada annual dinner setiap tahun. Sebab time ni la nak kenal2 dan lepak2 dgn rakan2 sekerja dan bos2 semua..

  3. Tak pernah sampai sini.. makan jauh sekali. Tapi mini burger tuh nampak menarik perhatian saya. Nampak sedap dan juicy pulak. Kalau saya ada kat sana mahu ngadap makan mini burger jer. Tapi bila umur makin menjngkat ni makanan macam ni kena kurangkan. Kalau tak naya badan je..

  4. Pernah makan kat four points by sheraton kat Puchong je..walaupun enjoy the view tapi food ke laut. Maybe nak masak chinese style ke apa taktau tapi rasa memang tak memenuhi selera..tp miss that moment dengan colleague..hurm

  5. Pergh, giler la menu mini burger. kuah banjir tu. First time tengok menu tu. Teringin juga nak cuba . Nampak sedap dan juicy. Menu-menu rare camni la baru best makan kat hotel. Menu sama jer bosan gak bayar mahal-maha, makan sama jer kan.

  6. Memang nampak menarik mini burger tu. Lama dok perati gambar tu. Bawah tu mcm mushroom sauce ye. Sure sedap tu. Patty dia pun nampak menarik sbb ada melted cheese atas tu. Betul ke?

  7. Nice place to dine, we no go before this hotel to dine. Your photos are nice too, nice yummy food to try. Yeah buffet is best as we can have choice to try out all, need time to plan it and save money first. It’s not a lone but for family sure need more to spend 😀 . Gonna put in to do list for next year, now we know where to dine and gathering too.

  8. Alamak..!! Seafood tuuu panggil kita laaaa… Besau-besau looks fresh! For sure berbaloi dengan Harganya dan taraf hotel ni juga.
    Untung nya kompeni lanjer makan sini….

  9. Suka seafood. Ye betul betul kena kurangkan juga. Actually dengan pertambahan usia kena kurangkan intake pemakanan kita. Tak boleh dah macam masa tengah nak membesar dulu. Nampak sedap juga ye kat sini. Tapi tu lah….KL tu tak suka redah jam….

  10. I am quite envy looking at your experience here – the food selection is very unique to me – and the mini burgers are really cute. Not quite a fan of seafood so I will pass that over to my sister but you review is pretty much appreciated 👏🏻

  11. Pernah makan di Sheraton PJ ni sekali. Memang selesa dan eksklusif sesuai sangat untuk makan malam dengan kawan-kawan dalam suasana macam tu. Nak borak-borak pun nyaman dan yang penting dinner diorang pun tak mengecewakan dari segi rasa dan variasi dia kan. Hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *