Company Dinner 2017 di Feast, Hotel Sheraton Petaling Jaya.
Hari ini dah 15 Disember 2017. Lebih kurang 2 minggu lagi, tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Pejam celik pejam celik, dah nak sampai penamat untuk perjuangan tahun ini. Sekejap je rasa 12 bulan berlalu kan. Rasa baru semalam kekok nak taip tarikh ‘2017’ di dokumen projek yang aku handle apabila masuk hari baru di tahun baru.
Sudah menjadi rutin kebanyakan syarikat untuk mengadakan ‘company dinner/lunch’ event pada setiap hujung tahun. Objektif utama adalah sebagai salah satu cara syarikat menghargai sumbangan dan kerja keras staf sepanjang tahun ini. Bonus dan naik gaji tu cara lain pula la kan? hehehe..
Tahun ini aku & rakan sekerja yang lain diraikan atas kerja keras kami sepanjang tahun 2017 di majlis makan malam di Restoran FEAST, Hotel Sheraton Petaling Jaya. Hotel yang baru sahaja dibuka 2,3 bulan lepas. Jangan ditanya sama ada makanan secara hidangan buffet di sini sedap atau tidak.
Jawap aku, “Makan free, mana tak sedapnya kan…hehehe”
MENU SEDAP DI FEAST, HOTEL SHERATON PJ.
Di Restoran FEAST yang terletak di Level 3 ni, hidangan buffetnya terdiri daripada beberapa station. Makanan di setiap station memang nampak ohsem. Cuma nak cuba setiap satu tu, memang tak dapatlah. Aku hanya ambil & makan, mana yang betul-betul berjaya menarik perhatian aku. 10 kali jugalah aku dok ulang-alik untuk topup makanan..

Raw seafood antara yang menarik perhatian. Oyster, mussel, baby lobster, prawn..dititis sedikit lemon dan tobasco..fuhh..memang tak pandang & borak dengan rakan di tepi dah.
Team aku yang terdiri daripada berbilang kaum. Agak ‘dull’ sebab tak de awek atau amoi muda..jurutera, semuanya lelaki. Kalau yang perempuan pun, semuanya dah berusia..haha..mungkin bos nak kami lebih fokus kepada kerja. Asam garam bekerja di bawah tekanan, kadang-kadang ada yang bertekak dan tak puas hati, itu perkara biasa. Janji kerja siap! hehe. Semoga kami dipanjangkan jodoh dan murah rezeki untuk terus bekerjasama.

Enjoyyy dinner ni, tak boleh nampak Oyster & Mussel merecikkkk my fav tu
Seafood on ice tu favourite tiap kali makan di hotel, pastu makanan jepun, haaaa..aneh betul tekak kita sorang ni,wahahahahhaha…..Btw, tak pernah sampai lagi hotel sheraton ni. nampak macam menarik. Nak habis dah tahun 2017 kan, moga tahun 2018 ni terus menjadi pekerja yang rajin dan kerja kerana Allah SWT.
Wah best nyer their restaurant, i attended the event there before and their food is memang tip top.
kan..good best, good place = makan banyak :-p
So exclusive the dinning place. Long time my company did not have company dinner. The seafood look so fresh.
just propose to management to do 1 for this year Betty..hehe
syoknya your company… bagi dinner dekat luxurious hotel. im the only pekerja for my own company.. so i can only makan sendiri dekat mamak.. hahaha
hehe you are the boss. You can eat @ lux hotel anytime, man..dont forget to invite me also lol
Hotel baru buka ya
Mesti seronok dapat makan free
makan free siapa yang tak seronok kak..hehhe
Terbahak-bahak baca part takde awek tu. Sian auty-aunty pun nak juga menumpang kasih bermanja kan.
Baru je mama balik dinner office di klcc convention centre
hujung tahun ni company banyak buat dinner
Makan free mana ada tak sedap kan tuan?
Ada
Ubat kat hospital kerajaan tu free
tapi sebab sakit, nak baik kena makan juga
hehe
Banyaknya variasi makanan. Mesti makan sampai tak larat ni. Sedap sedap pula tu
Wah nampak sedap. Company saya pun akan buat dinner hujung bulan nie sempena 10th anniversary.
Seefood looks good too..
dah tak lama lagi tu..owh kami nyer 10th anniv last year..lebih kurang sama baya je co kita hehe
Wahhh seronoknya! Nanti nak propose jugaklah dekat bos buat makan2 macam ni. hehe
boleh propose bro..event wajib setiap hujung tahun kan
Wah best gila company dinner kt sni…
Untung kompeni raikan pekerja2
alhamdulillah tempat best tahun ni..
menu dinner mengiurkan ni… macam2 ada tu…
yup macam-macam ada..tapi tak semua yang macam2 tu boleh masuk perut hehehe
bestnya part ni boleh makan sampai lebam hihi, gambar berdua tu yang kawan tu sekali pandang macam titan hahaha
hehe tang makan sampai lebam tu takleh sgt bila dah umur meningkat ni kak yan hehe..mcm titan? realiti kat luar macam tak je hehe
time lapar ni tengok gambar buffer maha sedap ni memang boleh buat gaduh! haha
sebelum dibawa bergaduh, elok penuhkan perut dulu hehehe
Wowww company dinner tue… dah lama sesangat kot xde rasa company dinner hahaha
Best tgk hotel nie hari tue.. parking masih lagi free kan?
Bro handle company sendiri. kenala organize dinner utk staff-staff lain hehe.
PArking dah kena RM5/per entry..kena endorse
Nampak macam orang penting company sahaja makan dinner di hotel. Tak berapa menggemari seafood tapi kalau dapat yang rare tu makan jugalah. Semoga refresh kembali untuk tahun 2018!
semua penting dalam 1 company heheh.. ye,semangat 2018 tengah membawa ni..hrapnya sampai Dec 2018 nanti haha
Seronoknya bila company ada buat makan2 tahunan untuk menghargai staf.. tentu lebih sengat lepas ni nak bekerja..
Awal eh company buat dinner ni..makanan pun meriah
nampak menarik tang udang tu yang tak tahan tgk tu..
sesekali kena jamu begini dr company mesti rasa sikit kena hargai.
woahhhh.. tengok menu pun perut terus keroncong.. dap dap
perut berkeroncong minta diisi tu..hehe
wah.. bestnya dapat makan-makan di sheraton hotel, teringat pulak TB masa zaman bekerja dulu, selalu je pi makan2 untuk company dinner.. alahai.. time tu je lah nak makan tanpa limit.. hahaha..
Company dinner ni benda wajib pergi hahaha
Sud\shi banyak nye tu! Saya suke sushi. Kalau dapat makan sushi buffet gitu, memang balik rumah terus tergolek tak bangun bangun dah
SA suka buffet kat Sheraron..alaaa..sedapnya Mussels, oyster, udang tu semua…untungla JMR..hehe..lama dh x makan buffet ni..
Company dinner mesti bestkan?penat2 berkerja for mkn plk