April 27, 2024

Stop Compare Dengan Life Orang Lain!

Berhentilah banding bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kita dengan cara kita.

Kebahagiaan orang lain berbeza dari kebahagiaan kita. Tidak perlu dibandingkan. Ia akan menjadi iri hati dan rendah diri. Down! Kita kena yakin dalam diri kita banyak keistimewaan yang perlu kita syukuri.

Mungkin kita ada apa yang dia tiada.Cintailah diri sendiri. Tidak perlu berlumba lumba. Untuk apa? Nak buktikan siapa paling hebat? Jangan, nanti penat yang tidak berkesudahan.

Matematik kehidupan nie senang sahaja.Jalani sahaja kehidupan dengan cara kita, bahagia cara kita. Insyaallah tiada masalah โ€œhatiโ€.Cubalah ๐Ÿ˜š

Baca Juga: Peluang Kerjaya Untuk Sesiapa Sahaja!

Pada setiap hari, carilah seorang untuk dikasihi. Seorang saudara, pasangan, jiran, teman sekerja atau sesiapa sahaja. Bayangkan kebaikannya dan fikirkan cara untuk berterima kasih dan membalas kebaikannya.

Jika itu dapat kira lakukan, maka hari kita akan dipenuhi dengan keharmonian dan ketenangan. Kita akan rasa gembira pada hari itu, kerana keinginan untuk menyatakan cinta dan kasih itu akan menerangi kegelapan hari-hari kita. Usah membuang masa memikirkan orang yang kita benci.

Atau seseorang yang pernah menyakiti dan melukai hati kita. Justeru, ia akan menyebabkan hari-hari kita akan dicemari oleh kemarahan, kesedihan, dendam dan kemurungan.

Oleh itu, apabila kita bangun pada setiap pagi, fikirkan seorang atau beberapa orang yang perlu kita sayangi, kita ucapkan terima kasih, kita perlu gembirakan…

InsyaAllah itu akan menyebabkan hati kita pada hari itu akan ceria dan bercahaya.

Inilah maksud hadis, yang menyarankan agar kita memikirkan bagaimana hendak membantu saudara muslim kita yang lain.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *