September 28, 2020

Dalam rezeki kamu, ada rezeki dia…

Alhamdulillah, Timeline Facebook aku kembali dengan update rakan-rakan yang penuh dengan kebahagian dan kesyukuran. Aura positif.

Penantian satu penyeksaan kan? Terutama bila terpaksa menunggu ketibaan hari gaji yang panjang jaraknya. Suka aku tengok rakan-rakan gomen yang kembali bernafas lega dengan ketibaan hari gaji mereka. Ikhlas, aku tak suka baca update mereka yang mengeluh pasal ‘tak cukup’ duit, kurang itu, sesak ini..Aura positif.

Aku pun bukan sesenang mana. Ada kala sesak, ada kala tak cukup. Itu normal. Hidup tak pernah puas kan. Cuma sangat jarang aku update di media sosial, perkara-perkara ber’aura negatif’. Pengalaman mematangkan dan mengajar aku.

Kalau tak cukup, USAHA lagi. Kena RAJIN. Kalau nak lebih, USAHA pun kena lebih la kan. Aku lebih suka ‘deal’ dengan orang tak pandai, tapi RAJIN berusaha untuk jadi lebih pandai. Aku lagi suka ‘deal’ dengan orang susah, tapi RAJIN berusaha untuk jadi lebih senang.

Point/keyword utama adalah RAJIN.

 

Semoga kita terus istiqamah dalam membahagikan hasil pendapatan/gaji kepada mereka yang sepatutnya, demi sebuah keberkatan. Semoga kita tak lupa, dalam setiap rezeki kita ada rezeki dia

Oh ye, kalau berhutang tu, wajib bayar juga ye..;-p…

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Dalam rezeki kamu, ada rezeki dia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *