Letak Dahulu Smartphone, Berboraklah Dengan Anak !
Aku pernah terbaca keluhan daripada rakan-rakan yang ‘letih’ dengan telatah anak kecil mereka yang aktif, selalu mengamuk dan selalu buat perangai. Aku faham keluhan mereka kerana kami juga mempunyai dua anak lelaki yang aktif. Kami juga pernah menghadapi isu yang sama.
Anak Selalu Mengamuk.
Orang tua selalu cakap, anak kecil buat perangai atau mengamuk sebab mereka minta perhatian. Ada betulnya. Cuba perhatikan ‘lifestyle’ seharian kita. Adakah apabilan bersama anak juga kita asyik mengadap atau ‘main’ telefon?
Jika “YA” jawapan korang, cuba ubah. Berborak dan berkongsi cerita setiap kali ‘spend’ masa bersama anak-anak. Kajian Child Development telah menjumpai satu konklusi, teknologi ‘smartphone’ menjadi punca utama sebab anak-anak kecil buat perangai atau selalu mengamuk!
Interaksi yang terganggu antara anak-ibu bapa akan menyebabkan pelbagai isu negatif.
Antara reaksi negatif akibat interaksi yang terganggu adalah anak akan lebih sensitif, selalu mengamuk, terlalu hyperaktif, buat perangai dan sering mengeluh.
Apakah jalan penyelesaian terhadap masalah ini?
Simple.
Masa bersama anak, fokus pada mereka bukannya pada gajet atau peralatan teknologi.
Tak salah pun untuk ‘mute’ seketika daripada group Whatsapp atau Media sosial. Layan anak-anak, bermain bersama mereka, berborak santai dan pinjamkan telinga untuk mereka meluahkan apa yang bermain di benak fikiran.
Ini bukan sekadar bacaan daripada kajian orang lain, tetapi pengalaman aku & isteri.
Sejak setahun yang lalu, aku hadkan penggunaan gajet pada anak pertama aku. Sebab aku perasan, hampir setiap hari dia minta ‘nak main fon’. Bila tak bagi, dia mula buat perangai. Pada awalnya, kami hanya bagi gajet (smartphone&iPad) sekadar untuk bagi dia dok diam semasa makan di restoran atau pun semasa kami sedang melakukan kerja lain.
Rasanya cara aku itu bukanlah satu cara yang terbaik. On the spot, aku hadkan penggunaan sebarang gajet. Semasa di restoran, kami lebih banyak berinteraksi. Biasanya, aku keluarkan sebatang pen & sekeping kertas, minta dia lukis apa
Natijahnya, selepas aku hadkan penggunaan gajet untuk “kami”, memang ketara perubahan anak aku. Lebih senang dikawal. Takde la mengamuk tak tentu pasal bila tak dapat layan Youtube. Bila dia nak sangat feveret kartun di Youtube, dia akan minta elok-elok. Dan biasanya aku akan benarkan dengan beberapa syarat; Masa yang Terhad dan dia perlu selesaikan soalan matematik dengan betul. hehe..
Sebenarnya, isu ini bukannya tiada jalan penyelesaian. Ibubapa & anak, perlu memainkan peranan. Tetapi bagi aku, ibu bapa perlu memulankan terlebih dahulu.
Bagaimana?
Hentikn sebarang penggunaan gajet dan fokus pada anak-anak.
Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana
Bila anak datang dekat, masa saya buat kerja depan komputer, saya tinggalkan kerja sekejap, ajak mereka main sama-sama 🙂
kadang bila dah pegang smartphone semua terlupakan bahkan dunia nyata pun terlupakan
bila nak buat kerja je memnag kena tengok phone..kalau tak, layan anak jela
dah selalu sgt kita tgk situasi mcm ni berlaku
Huu.. TB memang bab gajet2 ni tak nak ajar anak sangat.. walaupun ada kawan2 dan saudara yang tak ambil kisah bab tu, sampai siap belikan satu henfon untuk anak diorang.. lepas tu tak pandai jaga pulak tu, suka tinggal merata-rata, dan pulak.. bila hilang.. mengamok tak tentu pasal.. hemm.. harap jangan la anak TB macam tu.. Tb usaha nak elakkan dia dari gajet.. kalau boleh kan..
I agree with your statement. Children development is important and parents play important role.
yup.
aku pun dah nyorok handset bila nampak kecenderongan macam nak jadi ketagih anak aku tu.
kalau bagi pun, bila hp tinggal 5-10% je baterinya.
kalau ada 90%, masak nak tunggu 2-3 jam hp tu habis bateri.
so..hati-hati.
memang bahaya hp nih.
Zaman skrg anak2 lebih kan gajet …
Memang betul..tp kadang2 parents kita sendiri yg marah kita balik..bg la tgk youtube..lps tu diorg yg offer hp kat anak kita..bila ckp susah aisshhhh
Bagus info mcm ini mengingatkan… Take noted utk diri sendiri.
Mama setuju semua tu
sebab bagi anak main handphone ni ajar anak anak instant reward
Membebaskan hormon dopamine dalam otak
Mereka akan ketagih
Dan akan buat perangai kalau tak di beri
Kita mesti luangkan masa dengan anak anak supaya kemahiran berkomunikasi mereka bertamabah
Thanks atas peringatan. Zaman sekarang ni orang lebih pentingkan gadjet dari anak sendiri. Nak anak diam, bagi jer gadjet. Memang sangat tak bagus.Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang macam ni.
i think at the end of the day it’s about the intention. macam dulu without gadget, they could ignore the kids and watch tv/newspaper/magazine etc.
I agree with your comment. maybe old timer’s situation is same like today, just the medium/technologies was different. thanks!
sedih betul zaman sekarang ni..Hanya gadget je pon.. anak anak terabai.. balik rumah, lantak kau lah anak. Bonding time itu penting bersama anak anak
apalah sangat kan.. berborak je pon.. bonding time dengan anak anak ni lagi penting. sambil sambil tu dapatlah jugak pahala ..rzeki pun masiuk
Itulah.. Sedih juga lihat zaman sekarang. Dari bapa hingga ke anak, gajet tak berpisah dari tangan. Apapun… Memang benar, komunikasi antara muka memang sangat penting supaya nilai kemanusiaan dan kekeluargaan itu lebih terjamin.
masyarakat kita perlu berubah daripada keadaan sebegini kan.. kalau tak, teruks generasi akan datang nanti
Setuju.. mmg tak patut galakkan anak2 kecil bermain gadget.. nnti sampai waktu yg sesuai di besar, mainlah asalkan ada kawalan.
gajet ini juga mendatangkan kesan negatif terutamanya kepada kanak-kanak jika pemantauan tidak dilakukan dengan betul.
Rasanya inilah sebaiknya. Lately kanak-kanak lebih mudah suka dengan gajet. Kalau macam Momi, bagi anak buah main tab sekejap je. hehe
kena kawal anak2 main gadget mcm hp ni..kdg2 bergaduh2..kalau nak bg pun kena ada limit hari/jam bermain
Thanks for the reminder. We really should put down our phone to chat with our children.
Agreed with you. Times for me to put down my phone to talk with my children.
sebenarnya kadang2 kita tak perasan tabiat ni akan memakan diri. Selain daripada anak akan berkecil hati , cara kita juga akan diikuti satu hari nanti. maan tahu dah tua esok kita nak bercakap ngan ank , depa pula sibuk menelepon
Betul.. Saya pun kena latih diri sendiri untuk letakkan telefon pintar sebelum memperuntukkan waktu kualiti dengan anak-anak.
setiap hari adalah pembelajaran utk ibu bapa. masih belum terlambat kan.. 😉
ada satu famili aku tgk, anak dia kecik dua orang.mak bapak tgh sibuk layan fon..ank diam je tengok depa bedua..rasa macam kesian plak tgk anak anak tu macam tak dipedulikan je
alahai kesiannya anak tu.. jangan bila mak ayah dia dah tua, dia buat gitu plak kat mak ayah dia..
Satu hari nanti mereka dah besar
kita akan terasa sunyi sebab selalu sunyikan mereka di waktu kecil
Pernah je tgk family ni bagi handphone kat anak masa makan. Anak tu pasang kuat2 video kat youtube tu boleh family tu buat tak tau? Mengganggu orang lain kat kedai makan tu….siapa yg perlu dipersalahkan?. Dah tentu ibu ayah yg kena tegur kan?
Memang bagus hentikan penggunaan gajet pada anak-anak ni, Saya sendiri tengok anak sedara suami memang asyik sungguh dengan handphone, siap mak ayah belikan khas untuk dia. Lastnya dia bukan nak berkawan sangat dengan orang, lebih kepada dunia sendiri. Then tantrum kuat kalau kita tak bagi dia nak main gajet
nak kata perlu hentikan terus pun macam tak leh gak kan..mungkin kena kawal ketat hehe