March 28, 2024

Patutlah Ramai Yang Tak Sihat !

Patutlah Ramai Yang Tak Sihat !

Minggu lepas, dua tiga orang rakan ofis aku yang cuti sakit sebab demam. Ada yang demam panas, ada yang demam biasa. Masuk ofis, tetapi masih batuk-batuk. Aku dengar pun macam dah nak terkeluar anak tekak.

Minggu lepas juga, isteri aku demam agak teruk dan batuk-batuk. Tiga klinik pergi, doktor cakap sekadar demam biasa. Nenek isteri dan nekmi pula dok agak ada ‘isi’ dalam rahim isteri. Belum rezeki sebab demam kali ini hanyalah demam biasa. Virus. Lepas ambil antibiotik, sembuh seperti biasa walaupun masih ada batuk. Kemudian, anak sulung aku, Dayyan pula demam. On & Off. Alhamdulillah, tidak lama, 3-4 hari sahaja. Elok dah baik, sekarang adik pula yang demam.

Semalam dah bawa Danish ke klinik. Kata doktor, jika tiada muntah-muntah atau batuk, dan demam berpanjangan sehingga 4/5 hari, better dapatkan rawatan selanjutnya. Perlu diambil darah untuk pemeriksaan demam denggi. Nauzubillah. Harapnya Danish pun hanyalah demam biasa. Atau pun demam nak tumbuh gigi baru..

Dengarnya sekarang ini, ramai yang tidak sihat. Ada demam. Ada dijangkiti influenza. Batuk. Selsema. Bulan lepas pun aku dah diserang ulser yang agak teruk. Kurang air. Harapnya kali ini aku tidak dijangkit virus lain pula.

Adakah musim ramai orang tidak sihat sekarang ini?

Mungkin.

The flu season is here. Influenza, also known as the the common cold or flu, is described as a highly contagious viral infection targeting the respiratory system.

Malaysia adalah sebuah negara tropika. Cuaca yang panas sepanjang sepanjang tahun. Cuma, perubahan cuaca (panas dan hujan) lebih ketara pada bulan Oktober-Januari. Antara tempoh inilah, ramai yang tewas dan lebih mudah diserang influenza. Selain itu, tempoh antara April-Jun juga perlu diberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan.

Patutlah sekarang ini ramai yang tak sihat. Memang musimnya. Penjagaan kesihatan kena ambil berat dua kali ganda. Kalau tak, haru jugalah nak jaga anak isteri yang demam dan tak sihat selama dua minggu ni..hehe..

Aku ada share pasal anak kecil demam di Facebook. Ini antara cadangan yang diberi oleh senior sekolah aku yang merupakan seorang doktor perubatan.

anak demam pergi klinik

Tips Kurangkan Panas Bila Anak Demam.

1- Kerapkan mandi

2- Tak perlu pakaikan baju yang tebal-tebal. Kalau boleh, bukakan baju.

3- Kalau suhu badan tinggi, ambil ubat demam 4 jam sekali.

4- Bila dah kurang panas, 5-6 jam sekali.

5- Bila dah takde panas, bagi ubat demam tambahan 1 hari.

Aku sedang amalkan kelima-lima tips di atas. Cuma point ke-5 tu kiranya ilmu baru bagi aku. Biasanya, bila dah tak panas, aku stop on the spot pengambilan ubat demam. Sebelum ini, aku pernah dengar juga daripada adik yang juga pengamal perubatan tentang perlu dihabiskan sepapan paracetamol yang diberikan oleh doktor walaupun dah tak demam. Macam pengambilan antibiotik pula kan.

Pernah terfikir tak kenapa ramai yang tida tidak sihat sekarang berbanding orang dulu dulu? Ada 5 point yang aku perolehi daripada pembacaan aku tentang habit orang sekarang berbanding zaman ayah ibu atau atok nenek kita sebelum ini.

Sebab Lebih Ramai Yang Tak Sihat:

1- Pengambilan Makanan Yang diProses

2- Pengambilan Kafein yang Berlebihan,

3- Tahap Vitamin D yang rendah

4- Tidur Lewat Malam (kurang tidur)

5- Kurang air masak.

Setuju ke tidak setuju dengan 5 point aku di atas ini?

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

50 thoughts on “Patutlah Ramai Yang Tak Sihat !

  1. Memang hujung tahun musim demam. Hari tu ana ke hospital bawa mak sebab demam memang ramai sangat pesakit yg demam. Sampai dibuka fever centre utk treat pesakit yg demam shj.

    Dan baru2 ni anak ana pun demam mengejut. Suhu sampai 40. G doc masuk ubat kat punggung, kerapkan mandi, kerap lap badan dengan tuala, pakaikan baju nipis Alhamdulillah esoknya kebah dah.

  2. Selalunya yang ccepat jatuh sakit, dia punya sistem imunisasi tak kuat, tu sebab digalakkan menjaga pemakanan yang sihat dan berkualiti tapi zaman sekarang parents ramai suka anak p mcd heheheheh kuman dan bakteria ni suka orang yang suka makan fast food ni dia nak tumpang sekaki dalam badan hahahaa gurau je

  3. Musim monsun ni mmg musim demam… klu demam biasa ok je masih boleh makan ubat demam dan amalkan tip tip yg diberi. moga jauhkan dari demam yg teruk dan tak kebah2..

  4. Hahahaha. Tahu takpe. Eloklah kuarantin je anak-anak di rumah. Ruby dah stop hantar anak ke taska. Dia ke taska asyik la berhingus hidung dan panas badan. Bila duk rumah, kerap mandi. siap bg mandi wap lg. Baru la ok. Bahaya bebudak ni sakit. Sebab mereka tak tau nak cakap. Diam je. Sedih plak tengok

    1. Anak di taska memang sentiasa terdedah dgn sakit tu semua kan. Berjangkit drp budak lain. Patutnya ibu bapa kuarantin anak di rumah kalau anak tak sihat..

  5. Gws semuanya, aduhhh anak demam on of tu yang bikin cuak. Akak lama dah nak entry pasal pengalaman anak demam on off ni sampai kena infection dan urgent surgery. Nanti akak entry kalau rajin. Penting rasanya entry tu. Tapi tunggu rajinlah. Manatah letak gambar anak masa admit dulu hahaha. Dah lah sirang2 sign surat opret, laki outstation oversea. Huaaa sedij nak ingat. So demam on off yg berterusan sangat bahaya. Nnti kyan entry hehee.

  6. Cuaca sekarang yang tak menentu. Tu sebab kita semua mudah sakit. Kinah selalu amalkan minum air masak secukupnya kalau tak cukup minum rasa macam tak lengkap pulak. Apa pun semoga cepat sembuh ye semua

  7. Anak-anak ni ada yang sukar nak minum air kosong cukup setiap hari. So, kita as a parents memang selalu kena ingatkan. Ni salah satu cara juga nak bagi badan diorang sentiasa terhidar dari dehidrasi

  8. Sekarang memang musim orang ramai tak sihat especially anak- anak kecil…eh..mak budak pun tak sihat tapi nak buat caner kena gak keja…mak budak lebih kepada x cukup rehat rasanya…

  9. Ririey pun baru baik dari demam ni, sebab tak tahan cuaca kejap panas hujan ni. Last month pun demam jugak sampai mama pun naik risau asyik demam je

  10. fuh.. risau pulak baca entri ni.. ramai yang demam ye? TB harap baby harraz jangan lah demam.. mati kutu kalau anak demam ni.. kalut mama dan papa nya.. huhuhu.. thanx atas entri ni yea.. tips yang bagus

  11. Tuan

    Makanan yang diproses tu dah tinggi kandungan omega 6

    Sebab omega 3 yang ada pada bahan makanan mudah rosak kepada omega 6 melalui proses penyediaan

    terutama dari suhu

    Sebab itu elok makan makanan segar macam ulam dan buah segar

    Omega 3 tinggi

    Pernah baca, omega 6 penyebab radang dalam badan dan menyebabkan sakit

    Omega 3 dan 6 perlu seimbang

    Minimum dalam nisbah omega 3 : omega 6 ialah 1 kepada 6

    Dan paling bagus 1:2

    Seingat Mama lah

    Sebab tu orang dulu sihat

    Minyak zaitun dan habbatus sauda tu kaya omega 3, minyak ikan pun

      1. Selain omega 3 dan omega 6

        Ada juga omega 9

        Kita perlukan kesemua ni untuk sihat

        Cuma omega 9 ni badan kita boleh hasilkan sendiri

        Cuma bila kita penat dan perlukan banyak tenaga (masa sibuk)

        Bagus untuk kita makan makanan yang ada omega 9 ni

  12. Ibu setuju sangat

    Terutamanya bahagian kafein tu

    kopi teh nescafe milo koka kola

    semua berkafein

    Mengganggu penyerapan nutrien dan tipu badan kita yang kita tak perlukan rehat

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *