September 23, 2020

Bihun Goreng Singapore Daddy Anak Dua

Rasanya ini kali pertama aku post pasal resipi masakan kat blog ini. Bukan bermakna nak ubah niche blog ke blog masakan pula, tapi sekadar catatan untuk tatapan anak-anak aku masa akan datang..haha..apa diorang ingat Daddy Blogger tak boleh nak buat kerja-kerja mak di rumah. Kali ini cerita semalam. Bapa mertua aku ada di rumah, jadi aku ingat nak belanja air tangan aku untuk makan malam. Menu special, Bihun Goreng Singapore Daddy Anak Dua, siap dimasak dalam masa 28 minit.

Ngam-ngam ayah mertua balik dari masjid, Bihun Goreng Singapore sedap, sudah siap terhidang panas-panas di atas meja. Power!

Eh, nak resipi air tangan aku ye?

Boleh jer…

Resipi Bihun Goreng Singapore Daddy Anak Dua.

Bahan-bahan untuk 3 orang makan

1. Aku pasti, takkan jadi Bihun Goreng kalau ko takde Bihun – 1 bungkus (direndam sebelum digoreng).

2. Bahan asas untuk menumis – Bawang Merah dikisar halus, Bawang Putih 4 ulas.

3. Udang segar yang besar..tapi jangan besar sangat kan.tak muat kuali nanti.

4. Fish cakes untuk teman udang kat atas tu dalam kuali nanti.

5. Lobak dipotong panjang-panjang. Jangan panjang sampai sejengkal lak..

6. Kubis dipotong ikut kreativiti masing-masing.

7. Ikan bilis ditumbuk halus..yang ni aku gantikan kiub pati ikan bilis. Tak jumpa lak mana bini aku letak. Nak tanya lak, aku dah sound dia jangan kacau aku masak kat dapur..

8. Garam dan Gula secukup rasa..nak cepat kena darah tinggi, bolehlah letak garam banyak, nak cepat kena diabetis, boleh letak gula lebih-lebih..

9. Lada hitam yang ditumbuk halus.

 

Cara Masak Bihun Goreng Singapore.

Panaskan minyak 2,3 sudu. Tumiskan bawang merah yang telah dikisar dan juga bawang putih sehingga naik bau wangi.

Masukkan udang/ayam & fish cake . Kemudian masukkan sedikit air. Kacau dengan penuh kasih sayang.

Agak-agak udang/ayam dah masak, masukkan lobak merah. Kacau untuk 2,3 minit sebelum masukkan bihun yang telah direndam.

Then, masukkan hasil tumbukan ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Kacau bihun sehingga sebati dengan bahan-bahan itu semua. Jangan lupa taburkan tumbukan lada hitam untuk lebih pedas.

Masak sehingga bihun sedikit kering sebelum tutup api.

Sambil-sambil tu, bolehlah potongkan cili api dan dicampur dengan kicap&lemon.

Hidangkan.

Note: Kuantiti bahan-bahan bergantung kepada berapa banyak portion bihun yang ko sediakan. 

Sedap ke tak, aku dah boleh tahu apabila ayah mertua aku makan bertambah 2,3 kali. Bini pun makan bertambah dan book untuk buat bekal gi ofis pagi esok.

Penat?

Ya, tipulah tak penat lepas balik kerja, terus masuk dapur memasak. Tapi penat itu semua hilang bila melihat yang tersayang berselera menjamah hidangan air tangan kita.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Bihun Goreng Singapore Daddy Anak Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *