July 5, 2020

Company Dinner 2017 di Feast, Hotel Sheraton Petaling Jaya.

Company Dinner 2017 di Feast, Hotel Sheraton Petaling Jaya.

Hari ini dah 15 Disember 2017. Lebih kurang 2 minggu lagi, tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Pejam celik pejam celik, dah nak sampai penamat untuk perjuangan tahun ini. Sekejap je rasa 12 bulan berlalu kan. Rasa baru semalam kekok nak taip tarikh ‘2017’ di dokumen projek yang aku handle apabila masuk hari baru di tahun baru.

Sudah menjadi rutin kebanyakan syarikat untuk mengadakan ‘company dinner/lunch’ event pada setiap hujung tahun. Objektif utama adalah sebagai salah satu cara syarikat menghargai sumbangan dan kerja keras staf sepanjang tahun ini. Bonus dan naik gaji tu cara lain pula la kan? hehehe..

Feast Sheraton Hotel

Tahun ini aku & rakan sekerja yang lain diraikan atas kerja keras kami sepanjang tahun 2017 di majlis makan malam di Restoran FEAST, Hotel Sheraton Petaling Jaya. Hotel yang baru sahaja dibuka 2,3 bulan lepas. Jangan ditanya sama ada makanan secara hidangan buffet di sini sedap atau tidak.

Jawap aku, “Makan free, mana tak sedapnya kan…hehehe”

MENU SEDAP DI FEAST, HOTEL SHERATON PJ.

Di Restoran FEAST yang terletak di Level 3 ni, hidangan buffetnya terdiri daripada beberapa station. Makanan di setiap station memang nampak ohsem. Cuma nak cuba setiap satu tu, memang tak dapatlah. Aku hanya ambil & makan, mana yang betul-betul berjaya menarik perhatian aku. 10 kali jugalah aku dok ulang-alik untuk topup makanan..

Buffet Sheraton Hotel
Oyster + Mussel.. kombinasi penyumbang kolestrol tertinggi.

Raw seafood antara yang menarik perhatian. Oyster, mussel, baby lobster, prawn..dititis sedikit lemon dan tobasco..fuhh..memang tak pandang & borak dengan rakan di tepi dah.

Project-Engineering Team

Team aku yang terdiri daripada berbilang kaum. Agak ‘dull’ sebab tak de awek atau amoi muda..jurutera, semuanya lelaki. Kalau yang perempuan pun, semuanya dah berusia..haha..mungkin bos nak kami lebih fokus kepada kerja. Asam garam bekerja di bawah tekanan, kadang-kadang ada yang bertekak dan tak puas hati, itu perkara biasa. Janji kerja siap! hehe. Semoga kami dipanjangkan jodoh dan murah rezeki untuk terus bekerjasama.

Christmas & New Year’s Promo

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

41 thoughts on “Company Dinner 2017 di Feast, Hotel Sheraton Petaling Jaya.

  1. Seafood on ice tu favourite tiap kali makan di hotel, pastu makanan jepun, haaaa..aneh betul tekak kita sorang ni,wahahahahhaha…..Btw, tak pernah sampai lagi hotel sheraton ni. nampak macam menarik. Nak habis dah tahun 2017 kan, moga tahun 2018 ni terus menjadi pekerja yang rajin dan kerja kerana Allah SWT.

  2. Wowww company dinner tue… dah lama sesangat kot xde rasa company dinner hahaha

    Best tgk hotel nie hari tue.. parking masih lagi free kan?

  3. Nampak macam orang penting company sahaja makan dinner di hotel. Tak berapa menggemari seafood tapi kalau dapat yang rare tu makan jugalah. Semoga refresh kembali untuk tahun 2018!

  4. wah.. bestnya dapat makan-makan di sheraton hotel, teringat pulak TB masa zaman bekerja dulu, selalu je pi makan2 untuk company dinner.. alahai.. time tu je lah nak makan tanpa limit.. hahaha..

Leave a Reply to Betty Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *