November 2, 2024

Rezeki Dapat GoPro HERO 5 Black.

Rezeki Dapat GoPro HERO 5 Black.

Dari awal kemunculan GoPro beberapa tahun lepas, hingga ke GoPro HERO 4, aku tidak berminat langsung dengan kamera kecil (action cam). Pertama, sebab aku pengguna tegar DSLR sejak 10 tahun lepas. Jadi, jika dibandingkan dengan kualiti gambar, memang tiada sebab untuk aku memiliki GoPro. Lagi pun, penggunaan DSLR terkini aku, Nikon D750 masih relevan bagi aku untuk merakam memori-memori bersama anak-anak dan sebagai sumber pendapatan kedua aku. Eh, ada yang masih tidak tahu buat duit dengan DSLR?

Sejak kemunculan GoPro HERO 5 Black dengan spesifikasi yang lebih mantap ianya berjaya mempengaruhi pemikiran dan mengubah pendirian aku. Akhir tahun lepas, aku mula mengintai/merisik kepoweran GoPro HERO 5 Black. Selain tu, DJi Mavic Pro juga menjadi target aku walaupun aku tak pasti kerasionalan untuk memilikinya. Aku bukannya terlibat dengan aerial photography. Mungkin sebab ianya spesis dron yang mampu merakam gambar&video yang berkualiti tinggi. Jadi, aku tangguhkan dahulu hasrat yang ini. Tetapi hasrat untuk memiliki GoPro HERO 5 Black, aku teruskan.

Masuk je tahun baru 2017, aku makin galak survey seller-seller kat Malaysia yang menjual pakej GoPro HERO 5 dengan harga berbaloi (mana ada yang murah!). Ada masa terluang kat ofis, aku akan Google pasal Go Pro HERO 5 Black. Kebetulan, ada member ofis aku yang menggunakan GoPro HERO 4. Macam-macam aku tanya pasal kelebihan dan ketidakbestan kamera aksi bersaiz kecil ini.

Minggu ke-2 Januari 2017, aku ambil keputusan untuk sambar seketul GoPro HERO 5 selepas membuat mendapat kesimpulan hasil daripada survey aku. Semestinya HERO 5 Black lebih best daripada HERO 4 dan model-model sebelumnya!

Objektif aku memiliki GoPro ni hanyalah untuk feel yang lebih best merakam gambar famili terutama dua orang anak lelaki aku yang makin membesar. Lagi pun, senang dibawa ke mana-mana sebab saiznya yang kecil. Tambahan pula, makin malas aku nak membawa Nikon D750 semasa family outing. Mana nak bawa beg kamera lagi, mana nak mendukung budak-budak lagi kan.

Aku survey pakej GoPro HERO5 ini dengan beberapa orang seller di Lembah Klang. Untuk info, banyak seller GoPro kat Malaysia ni, cuma yang membezakan adalah pakej yang ditawarkan dan after sale service mereka. Rajin-rajinlah survey dan kontek seller-seller tersebut. Aku buat keputusan untuk membeli daripada Rakan Blogger, Eazy yang juga merupakan seller GoPro online shop Go Wawan.

Petang Jumaat aku decide untuk close deal ngan dia, jadi aku boleh collect pada hari Sabtu kat mana-mana kan. Done!

Kita hanya merancang, hanya Dia yang menentukannya. Tak sempat nak kontek untuk close deal dengan dia pun….

Selesai solat Jumaat, aku mendapat panggilan daripada seorang ‘abang elektronik’. Katanya nak jumpa aku di luar ofis untuk deliver barang yang aku order. Dalam otak aku, bila masa lak aku ada order barang elektronik. Kalau betul ada, biasanya PosLaju ke, DHL ke, GDex ke akan naik ke ofis untuk deliver barang. Aku dah hangin sebab dia tak nak beritahu barang apa yang aku order. Macam main-main je. Fine, aku turun. Tapi sebelum tu aku intai dulu kat luar, kot kot ada gangster mana yang nak main pukul dari belakang ke. Line clear! Jadi aku keluar. Brader tu tunggu dalam kereta MyVi kuning. Pintu kereta dibuka, lalu keluar seseorang yang konfem aku kenal. Tersengih-sengih sambil hulurkan paper bag Go Wawan. Nyaris aku nak hempuk dia, nasib baik awal-awal dia dah jerit “Surprise!!!!” tersengih-sengih sambil hulur paper bag Go Wawan!

Apa ada dalam paper bag Go Wawan??

It’s a GoPro HERO 5 Black, bro!!!

HADIAH-GOPRO-HERO5

Apa ni??

“Hadiah hari jadi untuk bro..”

Siapa kasi??

” ..surprise daripada isteri bro..”

Aku dengar dia cakap ni, aku rasa sebak & terharu.

Aku tak pasti aku sebak sebab isteri aku salah tarikh hari lahir aku (dalam I/C, 10hb Feb adalah tarikh lahir aku) atau memang dia perasan aku teruja dok survey pasal GoPro HERO 5 Black ini. Hari-hari aku dok ‘present’ depan dia pasal kebestan gajet ni. Mungkin dia nak buat kejutan ‘advanced’ kot..

Aku pandang je bro Eazy ni, dah naik berkaca mata aku, sebelum dia perasan, aku tanyakan satu soalan untuk pengesahan, ” Ni isteri aku dah bayar ke aku kena bayar COD??”..Eazy angguk-angguk jer..yes! Save bajet gueeeeeeee…

Terima kasih sayang!

Ok. Saja nak bagitau, hari jadi aku 10hb Februari ni tau.

Tu jer..bye!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Rezeki Dapat GoPro HERO 5 Black.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *