March 29, 2024

Messed Up Family @ GARAGE 51, Bandar Sunway

Jarak cafe Garage 51 by Coffee Societe dan ofis aku di Bandar Sunway, hanyalah dua tiga langkah. Ibaratnya..hehe:-p

Kali ni, berpeluang bawa famili dan adik bongsu aku yang baru touch down dari Jepun ke cafe yang sentiasa meriah terutama di hari minggu. Nasib baik ada seat kosong, kalau tak terpaksalah menunggu di kerusi tong drum!

Garage 51 terletak berdekatan dengan Sunway University. Lokasi strategik, tu pasal hampir setiap masa, sentiasa meriah.

Orang perempuan memang sentiasa tertarik dengan benda-benda yang pelik kan. Buktinya, wife aku dan adik bongsu aku, tertarik dengan minuman Messed Up Family di Garage 51 ini.

 

Aku tengokkan dari jauh je. Dari segi material dan aksesori minuman Messed Up Family, aku konfem awal-awal lagi, memang sangat manis. Masing-masing nak order sorang satu. Aku tengokkan ajer. End up, aku yang kena setelkan!

“Don’t mess up with this big boy!”,,boleh rasa sikit je Messed Up Family tu. Nanti terlebih aktif lak.

Kakak ipar dengan adik ipar ni. Kalau dapat makanan, berborak sakan, tak perasan la kan mana anak merangkak, mana anak sedara pergi. Saja layan adik bongsu aku yang tak lalu sangat makan masakan Jepun selama dua minggu kat sana.

Penne Basil-spinach Pesto with Grilled Chicken. Panjang betul nama menu pilihan my wife & adik aku ni. Rasa agak unik. Healthy food ni. Siap ada bayam dan minyak zaitun banjir lagi tu. RM16 untuk sepinggan ni. Ok la kan sekali-sekala. Kalau hari-hari, kena fikir banyak kali gak..haha

Menu lelaki kacakAustralian Beef Sirloin Spaghetti Aglio Olio. Fuhh, tengok gambar ni balik, kecur air liur aku dibuatnya. Terasa lagi daging bakar tu kat celah gigi aku. Terbaik! RM19 sepinggan..ni kalau hari-hari aku sanggup..hahaha

Oh ye. Ada yang tanya berapa harga Messed Up Family tu. RM18.90 untuk secawan besar tu. Boleh kongsi-kongsi. Ko memang power tahap berani potong kaki kalau boleh habiskan segelas besar tu hahah..

Burpp…alhamdulillah.

Jangan lupa jemput aku atau belanja aku gak kalau ada yang datang menjamu selera tengah hari di Garage 51 Bandar Sunway. Murah rezeki korangggg….:-p

  • Cafe Menarik di Bandar Sunway
  • Restoran Menarik di Bandar Sunway
  • Cafe Hipster di Bandar Sunway
  • Menu sedap di Garage 51
  • Spaghetti Aglio Olio sedap

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Messed Up Family @ GARAGE 51, Bandar Sunway

  1. tengok pun mesti Messed Up Family tu manis giler…kalau selalu minum ni mahu kena potong kaki…hehe

Leave a Reply to NuNu EeRa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *