Asam pedas Melaka atau Coconut Shake Klebang antara makanan yang dicari apabila berkunjung ke Melaka.
Cuba mencari kelainan tempat makan sedap yang terdapat di Melaka, aku ke restoran yang menyediakan steak & menu barat sedap, Melantak Steak Hub yang terletak di Kota Syahbandar, Melaka.
Walaupun kunjungan kitorang ke sini pada hari biasa, Melantak Steak Hub tetap full house! Terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit untuk mendapat tempat kami. Untuk makluman, Melantak Steak Hub ni terletak tepi Selat Melaka, jadi agak berangin dan nyaman keadaan di sini.
Istimewa di sini, pelanggan boleh memilih sendiri baham mentah untuk dijadikan hidangan. Jangan risau. Setiap bungkusan daging mentah, dipamerkan berat dan harga. Sila pilih ikut nafsu dan kemampuan. hehehe..
Da siap pilih, boleh bagi kepada krew dan diskaslah cara masakan yang korang inginkan..
Sambil menunggu pilihan steak siap dimasak, bolehlah pesan menu pembuka selera ie: Potato wedges. Berborak sambil mengunyahkan.
Sekali-sekala bekerja di luar kawasan bersama Project Team, apa salahnya mencuba menu premium sebegini kan. T-Bone Steak Medium Rare pesanan aku. Memang rare! Dengan rasa daging yang gaak juicy dan lembut. Untuk RM13.90 untuk 100gram, aku kira sangat berbaloi! Ditambah pula dengan sos yang sangat unik di lidah aku.
Serius, aku rasa nak tanya je chef, resipi sos unik tu!
Rib Eye dari daging Grain Fed dengan Medium Rare, tengok pun dah telan air liur kan?
InsyaAllah, kalau ke Melaka sekali lagi, pasti aku akan singgah ke sini.
Alamat Melantak Steak Hub:
No12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka.
Bestnya kalau dapat MELANTAK kat situ…bukan selalu pun kan makan steak ni…hehe
next month leh la blnje melantak kat cni.. hehe
Melaka banyak tempat makan sedap2.. Kalau ada kelapangan nak pegi la nanti..
tu la..banyak lagi nak kena jelajah ni hehe
Menarik betul nama kedai ini. InsyAllah boleh singgah kalau pergi lagi ke Melaka nanti
Pergghhh.. tengok gambar daging bakar tu… telan air liur dibuatnya…
Ingatkana Jamar melantak steak tak ingat donia, rupanya nama kedai tu MELANTAK ya…adoiii