September 27, 2020

Masakan Kampung yang SEDAP!

Tengok gambar pon dah tahu sedap kan. Belum betul-betul ada depan mata lagi kan.

Maafkan aku. Bukan bermaksud untuk buat awak terliur. Tapi aku sendiri pun meleleh-leleh air liur sampai ke kaki ni.

Masakan kampung. Menu / Resipi terbaik zaman-berzaman. Serius, masakan kampung makan di bandar dan masakan kampung makan di kampung, tetap di kampung yang terbaik. Setuju tak?

 

siput-sedut-masak-lemak
Siput Sedut Masak Lemak

Hehehe..saje je kan. Rileks..dah nak masuk tengah hari kan. Kalau terliur, pergilah cari menu makan tengah siput sedut masak lemak.

Nak masak sendiri pun boleh. Resipi Siput Sedut Masak Lemak ada di blog Mat Gebu ini. Selamat memasak!

Nota: Aku masih tertanya-tanya, adakah menjadi satu kesalahan kita upload gambar makanan sedap di Media Sosial sehinggap membuatkan orang yang melihatnya terliur? Bagaimana pula dengan iklan-iklan yang memaparkan gambar makanan yang tampak menyelerakan? Kadang-kadang teknik fotografi yang membuatkan gambar ‘ayam goreng kunyit’ nampak seakan-akan ayam goreng McDonald.

Apa kata pengamal media kaki makan?

Jom follow instagram aku yang bawah ini:

Instagram JMR

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Masakan Kampung yang SEDAP!

  1. Masakan kampung memang sedap sangat…confirm bertambah kalau makan…hehe

    P.S – Tak salah rasanya kalau upload gambar makanan sedap kat media sosial…habis tu kalau ni tak boleh…tu tak boleh…serupa tak payah buat akaun media sosial…hehe

  2. Hmmm…. Beli dekat mana Siput Sedut ni… Macam tak pernah makan jer Siput Sedut macam ni… Yang biasa saya makan yang panjang sikit tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *