4 Januari 2016, hari ke-4 di tahun baru 2016, baru aku berkesempatan update di sini. Berbanding tahun lepas, hari ke-2 di tahun baru, aku dah berjaya update entri pertama. Bukan
Tahun 2016, dijangka penuh dengan cabaran.
Sedia maklum, tahun 2015 bermulanya ketidakstabilan ekonomi dunia yang turut menjejaskan situasi ekonomi Malaysia. Menyaksikan beberapa rakan seperjuangan aku dalam industri Minyak&Gas dan juga penerbangan utama negara, terpaksa diberhentikan atas alasan kegawatan ekonomi. Sangat pedih menerima situasi ini. Tapi hidup mesti diteruskan.
Penganalisis ekonomi meramalkan tahun 2016, tahun yang lebih mencabar kepada semua industri. Aku tidak mengiyakan mahupun menidakkan.
Cuma, Azam Tahun 2016 aku akan lebih kepada;
‘BERTAHAN’ dengan keadaan ekonomi, di samping mencari peluang untuk terus ‘MARA’ ke hadapan.
Bunyi azam aku macam terlalu ‘umum’ kan, tidak seperti Azam tahun baru 2016 yang betul oleh Tuan Denaihati. Lain orang, lain cara. Tapi tetap matlamat yang sama- mencapai azam tahun baru 2016 sebelum tiba tahun 2017.
Secara asasnya, aku mencabar diri sendiri untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2016 ini;
- Sebagai seorang jurutera; menten datang awal pagi, kurangkan MC, lebih efisyen dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara berbangkit, sedut lebih banyak ilmu perniagaan dalam industri daripada bos.
- Sebagai seorang jurufoto; menten siapkan album dalam tempoh 1-3 bulan. Target job; 15 job fotografi dalam setahun. Dapatkan kembali modal beli Nikon D750 + Nikkor 50mm 1.4f. Cukuplah target ni sebagai part time kan.
- Sebagai seorang blogger/media influender; update blogpost setiap hari. Bermakna akan ada 365 blogpost dalam tahun 2016. Kalau lebih, lagi elok..Target follower di IG: 20k. Facebook: 4999 friend.
- Sebagai Unit Trust Consultant; memandangkan tahun 2016 adalah tahun pertama aku sebagai UTC, target utama ialah hit sales target 50k.
- Sebagai seorang bapa/suami; semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk aku terus berusaha mencari rezeki. Dan lebih SABAR dalam hal-hal anak&bini.huhuh..
- Uiks..banyak rupanya kerjaan aku. Ingatkan #2kerja je??
- Kumpul not kertas RM5 setiap hari/setiap kali ada dalam wallet. Maknanya, jumlah minimum terkumpul sepanjang tahun 2017, kurang-kurang RM5 x 365 hari=RM1825..mungkin berkurangan kalau bini aku tahu aku sorok kat mana tabung bunian ni.kahkah
- Menambah jumlah pelaburan (more than 2015) – unit trust/gold/hartanah.
- Dan lain-lain….akan diupdate daripada semasa ke semasa.
Note: Pesan kepada diri sendiri. Pada 31/12/2016, sila semak dan review semua list di sini. CHECKED or NO.
Konsep Azam Tahun Baru 2016.
BERTAHAN(menabung) & MARA(melabur).
nak mula tu mudah.
nak bertahan tu memang mencabar beb.
lebih sukar dari daki gunung kinabalu.
MV pun target follower dalam 20k untuk tahun ni, insyaAllah rasanya akan tercapai…semoga JMR juga akan berjaya dengan azam baru ya
good luck ya
Good luck bro…
Selamat tahun baru..
Semoga impian tercapai..
Saya tertarik bab kurangkan MC tu. Tahun2 lepas asik MC kah? Jangan maraaa
Selamat tahun baru boss. Semoga 2016 ada 365 entri ya.
pergh banyaknya kerja.. tak temampu aku nak ikut tu..
Banyak target tahin 2016 bro… good luck! ,semoga berjaya mencapai semua target tersebut..
selamat tahun baru juga buat abang jamar. moga sukses selalu. jangan lupa baca entry ni pada 31 disember 2016 ya…
terima kasih jutawan abam kid..ada lagi 12 bulan nak kena baca..
Target unit trust sekejap jer leh achieve. Bulan kedua dah achieve tu. Pastu? Jehehe
Pastu tunggu azam tahun depan la pulop..haha
semangat tahun baru, bagus. Semoga tuan dapat mengekalkan momentum sepanjang tahun. Semua yang tuan senarikan itu bagus-bagus belaka. Azam kita ada dua yang sama. Kumpul note hijau RM5 dan tambah emas sebagi pelaburan.
insyaAllah, patut dalam azam baru tu kena listkan ‘kekalkan momentum hingga akhir tahun’..