March 28, 2024

Tahun 2016 – Dijangka lebih mencabar.

4 Januari 2016, hari ke-4 di tahun baru 2016, baru aku berkesempatan update di sini. Berbanding tahun lepas, hari ke-2 di tahun baru, aku dah berjaya update entri pertama. Bukan

Tahun 2016, dijangka penuh dengan cabaran.

Sedia maklum, tahun 2015 bermulanya ketidakstabilan ekonomi dunia yang turut menjejaskan situasi ekonomi Malaysia. Menyaksikan beberapa rakan seperjuangan aku dalam industri Minyak&Gas dan juga penerbangan utama negara, terpaksa diberhentikan atas alasan kegawatan ekonomi. Sangat pedih menerima situasi ini. Tapi hidup mesti diteruskan.

Penganalisis ekonomi meramalkan tahun 2016, tahun yang lebih mencabar kepada semua industri. Aku tidak mengiyakan mahupun menidakkan.

Cuma, Azam Tahun 2016 aku akan lebih kepada;

‘BERTAHAN’ dengan keadaan ekonomi, di samping mencari peluang untuk terus ‘MARA’ ke hadapan.

Bunyi azam aku macam terlalu ‘umum’ kan, tidak seperti Azam tahun baru 2016 yang betul oleh Tuan Denaihati. Lain orang, lain cara. Tapi tetap matlamat yang sama- mencapai azam tahun baru 2016 sebelum tiba tahun 2017.

azam baru

Secara asasnya, aku mencabar diri sendiri untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2016 ini;

  1. Sebagai seorang jurutera; menten datang awal pagi, kurangkan MC, lebih efisyen dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara berbangkit, sedut lebih banyak ilmu perniagaan dalam industri daripada bos.
  2. Sebagai seorang jurufoto; menten siapkan album dalam tempoh 1-3 bulan. Target job; 15 job fotografi dalam setahun. Dapatkan kembali modal beli Nikon D750 + Nikkor 50mm 1.4f. Cukuplah target ni sebagai part time kan.
  3. Sebagai seorang blogger/media influender; update blogpost setiap hari. Bermakna akan ada 365 blogpost dalam tahun 2016. Kalau lebih, lagi elok..Target follower di IG: 20k. Facebook: 4999 friend.
  4. Sebagai Unit Trust Consultant; memandangkan tahun 2016 adalah tahun pertama aku sebagai UTC, target utama ialah hit sales target 50k.
  5. Sebagai seorang bapa/suami; semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk aku terus berusaha mencari rezeki. Dan lebih SABAR dalam hal-hal anak&bini.huhuh..
  6. Uiks..banyak rupanya kerjaan aku. Ingatkan #2kerja je??
  7. Kumpul not kertas RM5 setiap hari/setiap kali ada dalam wallet. Maknanya, jumlah minimum terkumpul sepanjang tahun 2017, kurang-kurang RM5 x 365 hari=RM1825..mungkin berkurangan kalau bini aku tahu aku sorok kat mana tabung bunian ni.kahkah
  8. Menambah jumlah pelaburan (more than 2015) – unit trust/gold/hartanah.
  9. Dan lain-lain….akan diupdate daripada semasa ke semasa.

Note: Pesan kepada diri sendiri. Pada 31/12/2016, sila semak dan review semua list di sini. CHECKED or NO.

Konsep Azam Tahun Baru 2016.

BERTAHAN(menabung) & MARA(melabur).

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Tahun 2016 – Dijangka lebih mencabar.

  1. semangat tahun baru, bagus. Semoga tuan dapat mengekalkan momentum sepanjang tahun. Semua yang tuan senarikan itu bagus-bagus belaka. Azam kita ada dua yang sama. Kumpul note hijau RM5 dan tambah emas sebagi pelaburan.

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *