October 5, 2024

Anak dan Gajet.

Anak dan gajet.

Satu isu baru dengan dunia sekarang ni. Boleh jadi isu positif dan boleh membawa ke arah negatif. Tapi tak boleh nak komen lebih, sebab ini juga satu isu sensitif, anak masing-masing, mungkin cara didikan mak pak berbeza, kan?

Aku pun sama. Abang Ayyan sejak dari kecil memang dah terdedah dengan gajet; smartphone & tablet. Sampaikan sampai satu tahap, di usia 2 tahun, kecekapan dia ‘slide’2 Ipad&iPhone lebih laju dan cekap daripada nenek & mommy dia..hehehe..

Sebenarnya, terpulang kepada induvidu/mak pak untuk mengawal isu Anak dan Gajet ni. Yang pasti, jangan berlebih-lebihan apabila membenarkan penggunaan gajet oleh anak.

Cara Didik Anak Dengan Gajet.

  1.  Kawal Masa Penggunaan Gajet.

Jadual penggunaan gajet oleh anak-anak sepatutnya disediakan oleh ibu bapa. Hadkan masa penggunaan untuk setiap sesi. Maksimum 15 minit setiap sesi. Lebih elok, penggunaan gajet hanya setiap hujung minggu. Tarik perhatian anak-anak dengan aktivit lain seperti mewarna. Penggunaan gajet di meja makan, seeloknya dilarang sama sekali.

2.  Pantau Aplikasi atau Penggunaan Gajet.

Pelbagai aplikasi dan video disediakan di internet, secara percuma atau berbayar. Ambil tahu, apa yang anak-anak layari. Sebaiknya, ibu bapa yang perlu tetapkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

3.  ‘Offline’

Anak akan menggunakan masa yang lebih sekiranya ada sambungan internet melalui Wifi atau penggunaan Data. Untuk peringkat awal, amalkan gajet dalam keadaan ‘offline’ dan tetapkan aplikasi offline yang boleh digunakan. Dalam masa yang tetapkan had penggunaan gajet supaya tidak berlebih-lebih.

4.  Masa Tanpa Gajet.

Ada masa-masa tertentu, anak-anak perlu dilarang menggunakan gajet seperti di meja makan atau waktu menunaikan solat. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencari slot atau masa tanpa gajet ini. Sebagai ganti, lakukan aktiviti menarik yang boleh menarik perhatian mereka. Waktu sebegini penting untuk mengeratkan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.

Sekiranya ada pembaca yang ingin berkongsi tips mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak, aku sangat alu-alukan. Semoga bermanfaat untuk semua. Dan juga semoga aku & wifey lebih tegas dalam mendidik Anak dan Gajet ini.

Lebih baik mencegah sebelum menjadi parah, kan?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Anak dan Gajet.

  1. Anak-anak kami pun x terlepas dari menyukai gajet ni.
    macam kami, kalau nak bg, better NO smartphones/ tablet.
    instead laptop ok lagi sbb laptop ni buatkan diorang xlah lama fokus kat situ
    kalau smartphone, confirmed lama jugak melekat.
    Anyway, bykkan aktiviti dgn mereka.

  2. Bagus topik ni. Cuma aku takde anak lagi, so aku harap semua ibubapa kat luar sana berhati-hati dan x merosakkan anak dengan gajet yang berlebih dan tak terkawal.

  3. Alhamdulillah, semoga terus mendidik anak ‘lepaskan’ gajet dari pandangan..

    Saya memang tak mempraktikkan langsung anak main gajet, sebab once dah mula memang sukar nak ‘tarik’ perhatian mereka ke arah yang lain..So, better dont start dari awal lagi la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *