Marinated Salmon
Ikan salmon merupakan salah satu makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan juga asid lemak Omega 3 yang amat diperlukan sebagai nutrien penting untuk perkembangan badan. Omega 3 juga penting dalam perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu hamil.
Berbanding ikan laut dalam lain, salmon mengandungi jumlah merkuri yang lebih rendah sekaligus mengelakkan risiko gangguan pada proses pengembangan sistem saraf bayi. Juga perlu diingatkan, elakkan pengambilan salmon yang terlalu banyak terutamanya untuk ibu mengandung bagi mengurangi bahaya merkuri yang terkandung di dalamnya.
Antara kebaikan dan manfaat lain ikan salmon:
1) Baik untuk perkembangan otak
2) Meningkatkan kesihatan mata
3) Mengurangi tekanan darah tinggi
4) Melindungi tubuh dari radikal bebas
5) Mencegah penyakit jantung
6) Melindungi kulit
7) Mengurangi tekanan hidup
8) Mengurangi risiko leukemia
Banyakkan kebaikan dan manfaat dengan memakan ikan salmon ni? Jadi apa lagi..jom makan salmon hari ini!
Poached Salmon & preggy mom.
Paling penting untuk ibu mengandung, elakkan mengambil salmon mentah / tidak dimasak, dikhuatiri tercemar dengan bakteria dan boleh memberi impak yang buruk kepada bayi dalam kandungan.
ramai blogger yang mengandung boleh la bro..hehehe..
tunggu yag ini pulak…kot kot kalau amalakan ide pun meencurah-curah…
sape yang mengidam ni..
bini gua bro..bkn gua..hahaha
kenapa muke sy kalo nmpak mknn mcm sedih jer.. huhu..
bila masa lak nmpk sedih..nmpk teruja dan ini semua adalahhhhh poyo!hahah