March 29, 2024

Kelebihan Aktiviti Mewarna Kepada Anak

Sejak berusia 2 tahun 7 bulan ni, Ayyan dah mula menggunakan pen atau pensel untuk menconteng atau melakar mengikut imaginasi sendiri di kertas kosong. Tak dapat kertas kosong, cadar dalam bilik pun dicontengnya. Mujur dinding masih belum menjadi mangsa.

Marah? Ada gak rasa nak marah apabila Ayyan menconteng pada tempat yang tak sepatutnya. Tapi, sebagai ibu bapa, aku sedar itu itu fitrah semulajadi proses tumbesaran anak-anak. Mereka dilahirkan dengan sifat dinamik dan kerja-kerja menconteng a.k.a seni visual ni boleh dianggap sebagai refleksi kepada imaginasi dan pemikiran mereka.

Sebagai tanda sokongan dengan minat melukis&mewarna Ayyan, aku belikan dia satu set water color dan rangka kosong ladybird. Dengan harapan, cadar atau dinding dah tak menjadi mangsa.

Apa hasil yang patut aku harapkan daripada anak berusia 2 tahun 7 bulan?

Comot memang comot. Dah tak nampak rupa ladybird. Tapi tak pe nak, setidaknya Ayyan tahu mana warna biru, mana warna hijau dan apa akan jadi sekiranya warna merah dicampur dengan biru.

Nasib baik satu set ni hanya lebih kurang RM6.00..Bulan depan kita beli lagi ye. Harapnya, makin kurang comotlah hasilnya nanti..hehe..

Seminggu sekali di hujung minggu, aku dan wifey akan bagi masa untuk aktiviti sebegini bersama Ayyan. Lagi pun, banyak kelebihan aktiviti seni bersama anak-anak.


Kelebihan aktiviti mewarna a.k.a aktiviti seni;

  1. Melatih anak untuk lebih berkomunikasi

Ini pertama kali dia kenal watercolor. Ini warna apa, yang itu kaler apa. Dia angguk tanda faham. Then tanya dan tunjuk-tunjuk nak warnakan dia bahagian mana. Aku tunjuk cara nak warnakan satu demi satu. Kemudian dia lak buat. Pada awalnya ok, lama-lama ikut suka hati dia..hahaha..takpe, setidaknya ada komunikasi di situ. Lebih baik daripada mengadap iPad tengok Youtube, tiada komunikasi

2. Melukis/Mewarna sebagai cara mencapai kepuasan diri.

Untuk awal-awal ni, aku tak tetapkan Ayyan perlu mewarna ikut warna ladybird tu sebetulnya. Bagi je dia berus dan water color. Hanya cakap warna apa yang sepatutnya dia guna untuk warnakan badan ladybird, selebihnya biarlah dia berkarya mengikut imaginasi dia. Bagi dia puas conteng-conteng..

3. Berfikir untuk selesaikan masalah.

Masalah ialah rangka ladybird yang putih tanpa warna. Dalam gambar contoh, cantik je ladybird tu berwarna merah berbintik hitam. Ayyan ada berus & warna-warna air. Pandai-pandailah dia make-up kan rangka ladybird tu supaya ada warna-warna yang cantik..heheh.

4. Latihan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan dan mata.

Penggunaan berus, water color merupakan satu latihan berkesan untuk melatih otot tangan. Cara dia pegang berus, celup dalam water color, angkat dan mewarna badan ladybird merupakan latihan koordinasi tangan dan mata dia. Benda-benda fizikal ni perlukan latihan supaya lebih senang dikawal.

Walaupun hasilnya tidak seperti gambar contoh, it’s OK bro! Boleh cuba lagi. Yang penting, don’t give up!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Kelebihan Aktiviti Mewarna Kepada Anak

  1. Pingback: Anak dan Gajet. |
  2. Baya2 ayyan mmg akan tunjuk bakat spt conteng kt tmpt sepatutnya , mmg ibubapa kena redho bab tu..tisya dlu tunjuk bakat warna n lukisan kt kaki,tgn,dinding,carpet,sarung bantal hehe..tp dh besar skarang mmg nmpk minat die melukis and mewarna, bdk2 mmg suka ngan color

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *