December 6, 2020

Nanas Manis MD2

Nanas atau nenas?

Sering kali aku keliru dengan 2 ejaan ini. Aku lakukan carian ‘NANAS’ di Google, berderet gambar buah-buahan tempatan ini. Sedap. aku cuba juga lakukan carian ‘NENAS’ di Google- sedap juga hingga telan air liur. Tapi tak bolehlah tenung lama, sebab awek ofis kat sebelah ni dah terbatuk-batuk..hahaha

Siapa suka makan nanas? Majoriti suka kan kerana ianya manis dan mempunyai pelbagai khasiat. Sejak akhir-akhir ini, gambar fenomena Nanas MD2 yang manis seringkali muncul di garisan masa Media Sosial aku. Telan air liur ok, dah macam mengidam pula.

Alhamdulillah, tertunai hasrat di hati. Penat mencari, rupa-rupanya Rakan Blogger ada menjual Nanas MD 2 ni, siap COD ke kawasan-kawasan tertentu. Alang-alang dah COD, terus angkat 4 biji.

nenas manis

On the way balik ke rumah, semerbak bau manis Nanas MD2 dalam kereta. Dalam fikiran, dah terlintas nak minta wifey masakkan pajeri nanas dan jus nanas segar. Meleleh.

Apa itu Nanas MD2?

-Berasal dari Hawaii
-Dibawa masuk ke Malaysia pada 2008
-Rasanya yang lebih manis
-Berat antara 1.3 hingga 2.5 kilogram sebiji
-Rupa buah berwarna kuning keemasan dan mata yang besar
-Memiliki bentuk silinder dan segi empat lonjong
-Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah
-Tahan lasak dan tidak mudah rosak
-Isi buah berwarna kuning dan padat
-Mempunyai kandungan vitamin C empat kali ganda lebih tinggi
-Harga benih MD2 bernilai RM1.50 sepokok

NENAS SEDAP

Sampai je kat rumah, abang Ayyan dah minta nak makan nanas ni mentah-mentah. Aku pun tak tahan baunya yang semerbak manis tu. Ternyata tak mengecewakan, isi nanas yang sangat juicy dan manis. Sebiji nanas tu boleh habis dalam masa sejam aje. Paling best, lidah tak melidas atau terasa gatal berbanding selepas makan nanas jenis lain.

KHASIAT NENAS MD2

Aku yang kurang makan buah ni pun, secara automatik jadi asyik makan nanas sambil layan TV. Ni baru mentah-mentah, dah minta wifey buatkan pajeri nanas pula, konfem lagi terangkat!

Aku ada baca gak Khasiat Buah Nanas MD-2 ni di blog Uncle Zuan:

  1. Mengandungi Vitamin C 4 kali ganda lebih tinggi dari buah nenas yang lain.
  2. Rendah kandungan Saturated fat, Cholestrol, dan sodium.
  3. Juga kaya dengan Fibre, Thiamine, dan Vitamin B6.
  4. Boleh menyebuhkan penyakit Gaut.
  5. Mempunuyai keupayaan Diuretic dan Detoxification yang dapat menjauhkan sakit kanser.
  6. Mencairkan darah dan melegakan sakit darah tinggi, kencing manis, batu karangdan sakit saluran pernafasan.

Tak sangkakan, sebiji nanas mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat. Kena amalkan selalu ni. Maknanya, nak kena repeat order lagi dengan abam FoodBlogger merangkap Usahawan Nanas MD2 sekarang ni.

Nenas MD2

Terima kasih kepada Usahawan Muda ni sebab sanggup COD jauh-jauh ke Kota Damansara! Kepada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah alert dengan update di Facebook beliau untuk lokasi-lokasi COD tertentu. Boleh pesan banyak-banyak!

Bisnes Aiskrim Nanas dah ada orang komersialkan ke belum ye?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Nanas Manis MD2

  1. Pingback: Lepak @ Wood and Steel Kota Damansara dengan Tokey Nanas MD 2. |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *