September 19, 2020

Shiraz Mazzeh Premium Kebab di Orchard Road

Salah satu ‘keseronokan’ apabila mendapat tugasan di luar kawasan, dapat lak partner yang satu kepala. Lepas habis je sesi ‘training’ di ofis, balik hotel jap, mandi mandi, the zasss terus lesap merayap. Kena lak partner yang minat foto, memang merayau mencari stock photo.

Masa ‘Distributor Meeting‘ sebelum ini, fully sponsored. Tiap-tiap malam, makan best best. Kali ini, satu malam je ada dinner bersama ‘service expertise’ lain di Grand Hyatt Hotel. Malam-malam lain, malam yang bebas.

Malam pertama, sesi mencari foto di sepanjang Orchard Road yang sangat happening. Dari utara ke selatan kitorang dok klik shutter kamera. Fotografi dalam keadaan low light memang mencabar, shoot hanya menggunakan ‘natural light’. Syok berjalan, hingga tak sedar dah jam 9.30 malam, masih belum dinner!

Mujur sepanjang Orchard Road, ada beberapa kiosk Shiraz Mazzeh yang menjual kebab premium. Baca review, daging kambing dan lembu halal, diimport dari Australia dan Newzealand.

 

Aku tak jumpa sangat kedai makanan halal di sepanjang Orchard Road ni. Ini yang terbaik dan sempat selain satu kedai masakan Padang.

 

Untuk pertama kali ini, aku order set Kebab Kombo- Premium Lamb Kebab+french fries+soft drink dengan harga SGD 14.50 untuk satu set ini. Jangan convert dalam Ringgit, makan je ok. Nasib baik, elaun trip kali ini dalam dollar..hehehe

 

Sedap ke Premium Lamb Kebab ni? Terbaekkkkk in town kot. Dengan saiz besar gedabak. Memang kenyang giler kot. Makan panas, dengan roti dibakar garing..hok alooh..berpeluh-peluh hoi..nasib baik aku tak order dua..hehehe

 

Series kekenyangan weh. Dengan french fries yang boleh tahan banyak. Nasib baik soft drink tu setin je. Kalau yang jenis refillable, memang balik hotel terus terlelap ni.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Shiraz Mazzeh Premium Kebab di Orchard Road

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *