September 27, 2020

Japanese Food || Menu Gyudon di SUKIYA

Fuhh..lambat lak update pasal Japanese Food yang menjadi menu dinner aku, kalau diikutkan, ni menu dinner tepat 3 minggu lepas. Kalau makanan, dah basi kot..:-p

Sebenarnya aku berseorangan masa ni. ‘Partner’ aku dah kena tahan di wad masa ni, seperti di EPISOD INI

So, alang-alang nak cepat, simple dan dekat, aku singgah je di SUKIYA Dataran Sunway, depan Public Bank tu je. Dah lamanya sebenarnya nak singgah di sini, tapi memandangkan partner aku bukan penggemar makanan berdaging, terpaksa ditangguhkan. Pilihan aku pada malam tu adalah GYUDON.

 

 

Apa itu Gyudon ek? Gyudon ni salah satu makanan Jepun, nasi putih dihidangkan bersama daging & bawang yang dimasak sederhana dengan sweet sauce. ‘Gyu’ tu bermaksud beef dan ‘don’ tu bermaksud mangkuk, dicantum menjadi ‘nasi berlauk daging di dalam mangkuk’..hahaha..*okyangniakurekaje..

 

Salad ni aku add-on ye..untuk first time makan ni, dengan harga lebih kurang RM15++ untuk set ni sumer, kira ok ok la. Sajer nak lepaskan nafsu mengidam aku, dulu masa kat Jepun takdapat nak makan menda ni, sebab dagingnya NON-HALAL. Tapi kalau ditanya feedback aku, pasni tak gi lagi kot..kuat sangat bau hanyir lembunya..hahaha..untuk first trial ajo, ok la kot..

BURP..alhamdulillah..

**still prefer ZANMAI SUSHI kalau merasa makanan Jepun..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Japanese Food || Menu Gyudon di SUKIYA

  1. nasi berlauk daging di dalam mangkuk tu macam agak menarik je.. pergh.. meleleh dah ayaqq liuq ni.haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *