October 1, 2020

Makan malam di Straits Kitchen, Grand Hyatt Singapore

Salah satu kekangan untuk menikmati hidangan buffet di hotel-hotel mewah tanpa was-was adalah sijil halal, terutama di hotel luar Malaysia. Ini kelebihan Straits Kitchen di Hotel Grand Hyatt Singapore yang menyediakan hidangan buffet HALAL untuk pengunjungnya yang beragama Islam, selain dari Aquamarine Marina Mandarin Hotel.

No wonder, setiap kali Ramadhan, setiap hari full house. Memang kena reserve dari awal bulan lagi.

Straits Kitchen, Hotel Grand, restoran makanan halal di Scotts Road, Singapore

 

Malam kedua ‘training’ kitorang, makan malam anjuran ‘principal’ diadakan di Straits Kitchen, Grand Hyatt Hotel. Nasib baik dekat je dengan Orchard Hotel, jalan kaki lebih kurang 10 minit je. Kalau tak silap, harga dinner buffet Straits Kitchen ini berharga SGD75. Ada masakan Melayu (sate/lauk pauk Melayu dll), Chinese (nasi ayam hainan, sup dll), Indian(paratha, nan dll) dan dessert.

 

Ada roti paratha, nan, tandoori, kari dan banyak lagi tu. Murtabak tu cicah ngan kari daging, pergh…

 

Satay Section. Dibakar secara LIVE, nasib baik ada penghadang tu, kalau tak, satu hall bau asap la kan.

 

Sesi kali ni, makan dengan berhemah. Tak nampak ‘kelaparan’ sangat. Satu aku notis dengan ‘orang luar’ bila menjamu selera secara buffet, diorang tak ambil makanan dengan banyak sekali gus, penuh satu meja. Pinggan demi pinggan diorang amik, habiskan satu-satu. Jadi, agak segan untuk aku&partner penuhkan satu meja dengan makanan..hahaha

Burpp..alhamdulillah. Walaupun menu yang disediakan tak banyak, tapi tetap kena bersyukur kan. Mungkin Straits Kitchen Grand Hyatt Hotel ni boleh dijadikan destinasi restoran makanan halal bila berkunjung di Singapore. (sijil halal dipamerkan di dining hall).

Alamat Straits Kitchen: 10 Scotts Road, Lobby Level, Grand Hyatt Singapore, Singapore 228211.

Te: +65 6732 1234 || Dinner time: 6.30pm~10.30pm

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Makan malam di Straits Kitchen, Grand Hyatt Singapore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *