October 2, 2020

Asam pedas telur mayong , antara menu sedap di D’Laila Mee Udang, MMA Santai Corner Nilai

Kalau boleh, setiap hujung minggu memang nak habiskan waktu bersama famili, in details, nak entertain si dak kecil ni sebelum dia memegang title ‘abang long’. Waktu tu, dah takleh manja sangat kan? So, kalau takde halangan, ke mana aku pergi di waktu hujung minggu, memang akan di’escort’ oleh dak kecil dan mommynya, melainkan hal-hal berkaitan kerja blog/fotografi.

 

Rezeki anak sentiasa dimurahkan oleh Dia kan. Hujung minggu lepas, selepas dijamu makan tengah hari di rumah makcik aku, Food Blogger Malaysia ada menjemput aku dan famili untuk makan malam di D’Laila Mee Udang @MMA Santai Corner, area Bandar Baru Nilai. Jarak Kota Damansara-Nilai apalah sangatkan berbanding niat tak nak mengecewakn Rakan Blogger yang dah lama aku kenal ni.

 

MMA Santai Corner berkonsepkan gabungan gerai-gerai makan di bawah satu bumbung. D’Laila Mee Udang adalah salah satu daripada mereka. D’Laila Mee Udang menawarkan hidangan istimewa seperti variasi Mee Udang (Udang/ Udang Galah/Ketam/Kupang) & variasi masakan dalam claypot (asam pedas / lemak cili api / kari). Ada ikan patin Pahang, bawal, telur ikan mayong, kepala ikan merah, kulit lembu dsb.  Dah namanya masak dalam claypot, pastinya menu dihidang panas-panas.

 

Mee Udang untuk isteri tersayang. Eh mee kat mana? Mee kat mana? Tu ha, kat bawah timbunan udang tu. Rajin lak diorang susun atur udang tu cantik-cantik. RM12 untuk semangkuk ni. Rasa dia? Terbaik..sebab bagi aku, kalau udang yang tak segar digunakan, akan bagi rasa yang tak enak tang kuah mee udang tu. Tapi kat sini memang terbaik. Aku tumpang hirup yang wife aku punya 2,3 kali je, aku tolak tepi. Kang tak pasal-pasal aku licinkan semua mee udang tu..

 

Wife aku ni cerewet sket bab makan. Tapi kalau everything ok, memang dia akan licinkan semua. Kalau tak, aku la yang terpaksa habiskan. Tak elok membazirkan?

 

Akhirnya, bertemu jua aku dengan telur ikan mayong ni. Bagi aku, menu rare ni. Tak pernah aku jumpa kat kedai lain. First time aku tahu, di blog entri Sanggup abaikan drama Istikharah Cinta demi kelazatan Masak Lemak Cili Api Kulit Lembu dari Blogger Kuat Makan. Untuk kali ni, aku order Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Biasa telur ikan sebijik-bijik gini aku makan untuk hidangan sushi, tapi tu telur ikan salmon. Kali ni, masakan Melayu lak. Servis pantas ok. Tak sempat kelaparan, menu istimewa aku ni sampai. Act.ada satu lagi menu, Kari Bawal. Asam pedas tak terlalu pedas, taste memang kena dengan selera aku. Aku nikmati telur ikan tu sebiji-biji sambil berborak dengan Rakan Blogger dan owner D’Laila Mee Udang. Diselang-seli dengan kari bawal yang memang terangkat, dengan kepekatan kari yang berjaya buat aku berpeluh walaupun cuaca malam tu tak panas mana pun. Series, kena dengan selera aku dan memang aku akan singgah lagi ke sini!

 

Bawal masak tempoyak pesanan abam HazmanFadzil. Aku tak makan tempoyak, tapi bau dari claypot ni cam sedap la pulak kan. Konfem sedap, sebab berselera je Food Blogger Hebat ni makan.

 

Hidangan claypot panas-panas, makan lak ngan nasi putih bersama telur masin, ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang membangkitkan selera kan. Dan sekarang ni, air liur aku dah kecur. Baik aku stop sebelum aku start enjin kereta ke Nilai lagi…

Burpp alhamdulillah…selera kita mungkin berbeza tapi memang aku kena repeat pergi lagi ni!

Alamat D’Laila Mee Udang: 

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Contact : 017-2253337

ATAU

WAZE: MMA Santai Corner Nilai.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Asam pedas telur mayong , antara menu sedap di D’Laila Mee Udang, MMA Santai Corner Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *