March 28, 2024

Asia Pacific Distributor Meeting

14 Oktober – 16 Oktober lepas, berkesempatan attend meeting yang diadakan di Mandarin Orchard Hotel, Singapore. 3 hari 2 malam di sana, tak terasa lama sebab jadual memang pack. Jadi, awal-awal dah inform kat wifey yang awal-awal dah order macam-macam, “If I got free time, yes..” Dia pasrah..hehe..

 

6 orang jurutera daripada kompeni aku join meeting kali ni. Nasib baik ada geng satu kepala. Well, meeting ni bukan meeting yang terlalu formal, lebih kepada satu event yang membincangkan tentang ‘Problem & how to Solve the Prblem’ dan juga hal-hal yang berkaitan dengan teknikal, sales dan juga strategi&plan 5 tahun ke hadapan.

 

Since susunan meja pun berbentu ‘U’ dan speaker di tengah-tengah, memang rasa mengantuk tu takde. Ye la, seakan masing-masing mengadap muka sesama sendiri. Pasni, kalau organize seminar/meeting, better susun seat macam ni, tips untuk elak daripada mengantuk kan.

 

Meeting kali ni disertai oleh wakil-wakil negara dari seluruh Asia Pasifik. Berbeza budaya dan cara kerja. Yang syoknya, setiap negara menyuarakan masalah/persoalan yang dihadapi oleh mereka dalam bidang ‘fire&gas system’ bagi industri ‘oil&gas’, dan masing-masing memerahkan idea dan pendapat untuk dapatkan satu jawapan yang terbaik.

 

Majoriti peserta memang terlibat secara langsung dengan kerja teknikal samada di onshore atau offshore. Ada yang sampai pengalaman 20 tahun dalam bidang ni. Secara kebetulan, line kat depan aku tu, dibarisi oleh director-director hebat. Aku dengar hujah&idea daripada mereka pun, kadang-kadang aku pun tak terfikir semua tu. Betul cakap orang, lagi banyak kita mencari ilmu, lagi banyak benda yang kita tak tahu.

 

John W .. bangsa Jewish yang berkahwin dengan Singaporea. Pegarah teknikal berbangsa jewish. Tinggi ilmu & pengalaman. No wonder aku pernah terbaca artikel mengatakan kehebatan bangsa diorang.

 

Penginapan kami di Mandarin Orchard Hotel dan pengangkutan kami semasa Distributor Meeting ni ditanggung sepenuhnya oleh kompeni. Dari sarapan, membawak ke tengah malam, juga disupport sepenuhnya tanpa perlu risau kos perbelanjaan yang sememangnya tinggi di Singapore ni. In fact, roomate aku yang tak sempat nak tukar currency ke Singapore Dollar pun tak perlu risau. Sepanjang di sini, banyak gak tempat makan best-best yang disediakan. Yang tu, nanti aku blog di entri yang lain ye.

 

Even bilik kami mengadap Robinson di Orchard Road, tapi tak berkesempatan ke sana pun sebab jadual memang pack sampai ke malam dengan aktiviti entertainment haha..

 

Semoga ketemu lagi. Dengan harapan, pasni buat meeting kat Taiwan ke Korea lak ke..baru lagi syiokkkk..haha

HAAP Distributor Meeting 2014 – Singapore.

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Asia Pacific Distributor Meeting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *